Monday, 2 July 2012

PUKULAN MAUT– USAH TUNGGU KE JALANRAYA ( Oleh : Mohd Zairi HS )




Salam sejahtera untuk semua rakyat yang mendukung Aspirasi perjuangan adil rakyat Malaysia. Dalam masa sesingkat ini saya ingin memberikan sedikit kata-kata perangsang untuk semua bangsa bermaruah sebelom kita menawan Putrajaya. Saya mengharapkan dengan penulisan saya untuk kali ini mampu membuatkan rakan-rakan menyedari bahwa waktu ini – jam ini dan saat ini adalah masa yang sesuai. Masa yang sesuai untuk kita membuat Pukulan Maut terhadap Rejim sebelom ke Putrajaya.


EMPUK GOYANG


Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,

Waktu ini Rejim berada di dalam keadaan tenat. Rejim teraju United Malay National Organisation telah mengalami satu penyakit misteri yang di panggil Histeria sumpahan Rakyat. Penyakit ini adalah tanda-tanda akhir sebelom mereka melangkah ke lubang najis sejarah. Rakyat semua bangsa mengetahui hal ini. Simptom-simptom penyakit ini boleh di lihat dengan tindakan kekanda Najib di saat hari-hari akhir sebelom pilihanraya di umumkan

Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,

Limpahan penghargaan Kekanda Najib kepada rakyat yang mahukan perubahan mudah untuk kita rasai. Dari Durian Runtuh Felda sehingga ke pembinaan jamban untuk penduduk-penduduk kampong telah dilaksanakan. Jalan-jalan kampong diturap. Bumbung beratapkan Nipah telah di perbaiki. Sekolah-sekolah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil di bantu. Ini merupakan tanda-tanda rejim berada di dalam keadaan tenat.

Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,

Penolakan masyarakat Teong Hua kepada Barisan Nasional teraju United Malay National Organisation adalah satu perkara yang jelas untuk kita lihat. Perkara ini mudah untuk kita perhatikan. Ia mudah untuk kita nilai tentang kesahihan berita ini. Bersih 2.0 – Bersih 3.0 dan Perhimpunan Aman Lynas adalah bukti kukuh untuk kenyataan ini. Mata rakyat amnya Melayu melihat sendiri bahwa perhimpunan rakyat bukan lagi milik mereka. Sebelom ini hanya masyarakat Melayu sahaja yang menguasai perhimpunan rakyat. Itu cerita lama. Cerita itu adalah sejarah untuk peninggalan anak cucu Nusantara. Keadaan dan situasi sudah berubah. Masyarakat Teong Hua telah menjadikan perhimpunan jalanan sebagai adat resam budaya dan darah daging mereka.Syabas semua!!! ini adalah tanda-tanda Rejim berada di dalam keadaan tenat

 Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,

Rakyat Malaysia harus mengetahui bahwa kita mempunyai senjata berharga. Biawak hidup yang berada di dalam peneraju Barisan Nasional adalah senjata utama kita untuk kita menjayakan projek pukulan maut ini. Biawak hidup itu bukan sahaja memberi bala kepada rakyat Malaysia malah turut memberi bala kepada peneraju Barisan Nasional United Malay Nasional Organisation. Biawak hidup yang saya maksudkan adalah Rosmah a.k.a manusia poyo Cun. Bagi saya, saya mengharapkan supaya biar Si Biawak Hidup ini berlamunan di dalam tugas-tugasnya. Ini merupakan senjata utama kita. Makin lama si Biawak Hidup ini berlamunan, semakin dekat Perjuangan adil rakyat Malaysia menghampiri kemenangan. Ini juga merupakan tanda-tanda Rejim berada di dalam keadaan tenat

Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,

Laporan khas dari Mahkamah Perancis di antara senjata perjuangan adil rakyat Malaysia. Semua rakyat  mengetahui tentang kesahihan berita ini. Lim Huan Yek, Ahmad Jaabar, Puti A/L Maniam, Jugah A/L Limbong tahu bahwa Kekanda Najib Bakal di heret ke Mahkamah Perancis dengan Kes Rasuah Pembelian Kapal Selam. Kes ini telah mengorbankan awek Cun Altantuya Saaribu. Ini juga merupakan tanda-tanda rejim berada di dalam keadaan tenat


HEMPUK GANYANG


Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,

Ayat-ayat di atas yang telah saya susun sebentar tadi merupakan tanda-tanda bahwa Rejim United Malay Nasional Organisation berada di dalam keadaan tenat. Ini adalah peluang untuk rakyat mencapai kemenangan. Caranya pasti ada. Caranya pasti wujud untuk rakyat menambah luka yang semakin membiak di dalam United Malay National Organisation. Peluang ini jarang lahir. Keadaan ini sukar untuk kita temui. Rakyat harus memanfaatkan peluang yang sedang terhidang untuk kita bersama-sama menghumbankan mereka ke lubang najis sejarah. 

Untuk rakyat yang sedang menanti kemenangan, Pilihanraya merupakan perkara yang sia-sia. Kita boleh menyoal kepada pemimpin-pemimpin Perjuangan adil rakyat Malaysia sejauh mana keyakinan mereka bahwa rakyat akan menang melalui Pilihanraya. Selama 50 tahun rakyat telah di hidangkan dengan cherita-cherita, kesah-kesah tentang United Malay Nasional Organisation menjalankan tektik Kencing dan menang dalam mengharungi Pilihanraya. Undi Pos oleh Mat Rela, Mat Polis, Mat Askar – Pengundi hantu Mat Bangla – Minah Sulawesi – Ahmad Nepal dan Mat Pilipin adalah tunjang kepada kenyataan ini. Ini merupakan bahwa mereka akan mentadbir sehingga tiupan sangkakala berbunyi. Untuk yang masih percaya dan yakin bahwa kemenangan rakyat akan dicapai melalui pilihanraya, maka saya serahkan kata-kata ini “ Biar berkecai badan sekalipun, putrajaya kita pertahankan – ( Najib Razak Bini Rosmah )‘’. Ungkapan ucapan tersebut adalah panduan tentang kenyataan saya. 

Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,

Jalanraya medium pertempuran sebenar. Mesir – Tunisia – Revolusi Bolshevik 1917 dan bla bla bla adalah mata rantai perjuangan rakyat yang menuntut Keadilan. Sejarah ini bukan sekadar sejarah untuk rakyat mengetahui tentang kesahnya. Sejarah ini adalah pengajaran untuk kita. Sejarah ini juga telah mendidik kita bahwa Revolusi/kemenangan rakyat hanya di capai melalui kebangkitan rakyat melawan rejim menerusi turun ke jalanraya. Caranya mudah, dengan kekuatan rakyat yang sedia ada Melayu – Iban – India – Cina – Kadazan – Malanau – Orang Asal mampu untuk mengangkat perjuangan adil rakyat Malaysia ke Persada Putrajaya. Terpulang kepada kalian. Waktu ini adalah masa yang sesuai. Masanya sudah boleh di tuai. Ranum dan Molek. Untuk yang masih mempercayai Pilihanraya semoga Selamat menanti kemenangan dengan sabar. Penantian satu penyeksaan ( bukan tajuk lagu ). Penantian kalian mengembirakan Rosmah yang sedang mentedarah Harta pusaka Rakyat..Ikhlas dari KT = Kincirtua.


Ungkapan Emas :
Kincirtua = United Malay National Organisation Adalah kaki kencing. Jika benar pilihanraya Malaysia mampu mengubah Peneraju kerajaan, masakan perlu untuk mereka laksanakannya.


- PERTEMPURAN SUDAH BERMULA.  AYUH ke JALANRAYA . JALANRAYA PENTAS KEMENANGAN RAKYAT!!!!


Wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas ( Mohd Zairi HS 2012)
Penulisan itu ada jiwa dan roh. Ia lahir dari perasaan penulis dan bukan dari perasaan orang lain ( Mohd Zairi HS 2012 )

Sunday, 1 July 2012

RADIO BANGSAR UTAMA BERANI LANGGAR ( Oleh : Mohd Zairi HS )










Radio Bangsar Utama menyajikan lagu-lagu terhot di planet bumi.
hanya yang kacak berani dengar.
hanya yang gebu berani layan.


Radio Bangsar Utama menyediakan lagu-lagu Perjuangan.
Mat Sekinhed-Mat Jalanan Pasar Seni-Mat HipHop wajib santap.
Lagu yang mengimbas kembali zaman muda-muda dahulu kala.


Radio Bangsar Utama radio langgar laporan.
Menteri-menteri rasuah jangan dengar.
Di takuti terkencing atas tilam.

Hahahahahhahaaha........

RADIO BANGSAR UTAMA BERANI LANGGAR LAPORAN JELAS!!!
www.radiobangsarutama.com

Untuk makluman pembaca 
anda boleh melayari di Page www.facebook.com/BersihUltras untuk sebarang pencerahan.
page ini bukan sekadar page biasa.
page ini mendukung usaha-usaha murni perjuangan adil rakyat Malaysia
Mohon panjang-panjangkan
Bersih Ultras Tukang Hempuk Pembohongan!!!