Friday, 21 September 2012

SURAT PERTAMA : PENGIBAR KEDUA SANG SAKA MALAYA




Setelah sebulan tidak menulis, buat pertama kalinya dalam bulan ini tulisan ini di lahirkan. Tidak lain dan tidak bukan - tulisan ini di lahirkan adalah bertujuan untuk menjahanamkan United Malay National Organisation. Ini adalah cabang jihad yang di genggam sebelom karya ini di buat empat bulan sebelom ini.

Setelah lebih seminggu heboh di media akhbar bersoal kibaran sang saka malaya, akhirnya hebohan kesah itu senyap bin sunyi. Ini adalah kerana mereka United malay National Organisation tahu bahwa di sebalik kesah bendera tersebut tersimpan seribu satu cerita yang menyebabkan kumpulan ini akan lenyap dari coretan sejarah. Lagi lama mereka mainkan lagi lama bohongan mereka akan pecah.

MAKIN TERSUNGKUR

Ayuh saya bawa pembaca ke luar jendela tahun ini. kesahnya pada tahun 2011. Kesahnya bermula apabila Tuan Haji Mohammad sabu mengeluarkan kenyataan bahwa Mat Indera adalah perjuang tulen melayu. Mat Indera adalah orang yang mempunyai peranan penting dalam menghapuskan kemaraan penjajah. Setalah kenyataan terbuka dari mat sabu maka Heboh di media akhbar bahwa mat sabu adalah komunis. Ajenda komunis sedang meresap di dalam parti islam. Mat sabu adalah pertualang bangsa. Mainan kesah ini berlarutan sehingga lebih kurang dua minggu.

Akhirnya mereka United Malay National organisation akur bahwa kesah ini terpaksa di hentikan. Ini kerana anak muda, anak tua dan anak kepada ibu dara mengkaji tentang kesah tersebut dan menemui satu cerita yang sebelom ini tidak pernah di fikirkan oleh mereka bahwa - ada nama lain yang menuntut kemerdekaan tanah malaya. Parti Komunis Malay 1930 adalah kumpulan yang bertanggungjawab mendesak penjajah inggeris berundur dari tanah mALAYA

Parti komunis malaya yang berdiri atas nama semangat menghalau penjajah adalah kumpulan yang menuntut kemerdekaan dengan cara yang lebih radikal. Mereka masuk hutan angkat senjata lawan penjajah inggeris. Begitu juga Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM 1945, Kesatuan Melayu Malaya 1938, PUTERA, AMCJA, API AWAS. turut ada anggotanya menyertai PKM untuk bersama sama menghalau penjajah.  Apa makna semua ini? ini adalah tanda bahwa kemerdekaan malaya di cipta hasil daripada desakan kumpulan ini dan bukan Kumpulan United Malay National Organisation.

Dengan mengelarkan Mat Indera adalah perjuang maka bohongan cerita dan kesah United Malay National Organisation pecah. Ini adalah kejayaan Mat Sabu dalam menjadikan diri sebagai garis untuk menyambung rakyat keseluruhan dengan kajian sejarah sebenar.

APA PULA SUMBANGAN KIBARAN SANG SAKA MALAYA

 Sepertimana yang di tulis di dalam blog singa selatan, kibaran bendera tersebut adalah untuk mengimbas kembali sejarah dan mengangkat nama-nama perjuang terdahulu. Bagi saya, kibaran yang di lakukan pada malam 30 ogos yang lalu, saya mempunyai niat lain. Niatnya adalah untuk menyekat fitnah united malay national organisation terhadap golongan yang menuntut kemerdekaan secara sah di sisi rakyat.

Berapa lama bonda Shamseah Fakeh fitnah? Bapak rashid maidin? Abdullah CD? Chin Peng? Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestamam rakan-rakan yang lain. Ini semua adalah nama-nama tokoh sebenar perjuang kemerdekaan yang di fitnah sehingga ke hari ini. nama-nama ini di anggap pengkhianat negara walhal mereka inilah yang sebenar bermati matian menuntut kemerdekaan.

Bagi yang mengkaji tentang bendera tersebut pasti akan menemui dengan nama-nama di atas dalam menuntut kemerdekaan. Jika di perhatikan mainan media dalam mengutarakan kesah tentang kibaran sang saka malaya itu hanya seketika.

Ini adalah tanda bahwa kesah pembohongan united malay national organisation makin terkantoi. Justeru itu, kibaran sang saka malaya yang di kibarkan oleh anak muda pada malam merdeka tempoh hari adalah  tanda united malay national organisation makin menuju ke lubang najis sejarah. Janji anak muda, maseh banyak lagi kesah dan penipuan akan di bongkarkan dari hari kehari sehingga united malay national organisation musnah dari diari bangsa yang di beri nama bani Malaya.

Yang ikhlas
Komrad rakyat - zairi heri makaroyo -

Wednesday, 29 August 2012

JANGAN LUPA ESOK. DATARAN SUCI MENANTI RAKYAT



Lagi sejengkal ke Dataran Merdeka.
Hati membuak-buak seperti ulat ketagihan daun ketum.

Detik waktu sudah ke kemuncak
Tarikhnya 30 ogos 2012.
Waktu malaya 10 malam

Ketika itu
Maka bergemalah Dataran Suci Dataran Merdeka
Dengan laungan
BErsih !!!

LAUNGAN oleh sosok yang bernama Rakyat

luangan bersih menjadi penganti
bahkan sakti pembunuh durjana
ia mengantikan Merdeka

Sosok-sosok ini adalah
umpama
Malam terlalu rindukan Bulan
Siang pula gilakan Matahari

Esok Jangan LUpa..jumpa aku Di sana..


Tuesday, 28 August 2012

DATARAN MERDEKA. JANGAN LUPA TUNTUTAN RAKYAT.


Tidak lama lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan  kali yang ke 55. Seluruh rakyat malaysia akan menyambutnya. Jika di kira dari jarum jam waktu, kali ini buat kali pertamanya saya akan menyambut bersama seluruh rakyat malaysia di Dataran Merdeka. Tempat di mana menjadi mercu tanda kemerdekaan negara namanya Malaysia.

Dengan semangat kemerdekaan untuk kali ini - saya bersama-sama teman lain hadir ke sana ‘’ Dataran Merdeka Rakyat ‘’ dan di sertakan dengan ole-ole tentang janji bersih. Janji yang seharusnya perdana menteri  najib razak ingat - bahwa rakyat tidak pernah lupa dengan tuntutan bersih. Tuntutan ke arah pilihanraya yang telus dan adil.

Berita akan rakyat turut berhimpun pada malam 31 ogos tahun ini dengan memakai baju kuning tanda kebersamaan menyokong agenda bersih telah di ketahui umum. Tersebarnya berita ini telah membuatkan perdana menteri kaget ,lalu terus menukar lokasi sambutan ke bukit jalil.

Pelbagai spekulasi telah di buat oleh rakyat semua bangsa bahwa Perdana Menteri Malaysia penakut – bacul dan ada yang mengatakan Perdana Menteri sebenarnya pondan. Untuk saya, saya menganggap perkara ini perkara biasa. Biasa untuk seorang Perdana Menteri yang takut dengan kebangkitan rakyat.

RAKYAT BERANI BERDEPAN

Telah di beritakan kepada saya bahwa semua pintu masuk ke dataran merdeka rakyat - akan di tutup tiga hari sebelom hari kemerdekaan tersebut. Jalan-jalan ini di tutup bukan di sebabkan kerana mahu memberi laluan kepada sambutan hari kemerdekaan, tetapi adalah kerana puak pemerintah takut dengan bayang-bayang sendiri kerana akan hadirnya sosok sosok yang akan memenuhi dataran merdeka rakyat pada hari tersebut.

Dengan tindakan seperti ini jelas bahwa seluruh rakyat yang hadir pada malam tersebut akan berdepan dengan sebarang kemungkinan dan tidak mustahil tragedi berdarah bersih 3.0 akan berulang. Bagi rakyat yang sayangkan kedaulatan wilayah tercinta Malaysia, semua itu telah di lubang najiskan. Maknanya rakyat akan  berdepan. Membujur lalu melintang patah.

Rakyat semua bangsa telah sebulat suara. Tuntutan bersih maseh belom di tunaikan oleh puak pemerintah. Justeru itu, perhimpunan janji bersih yang akan menjelma pada malam 31 ogos ini bukan yang terakhir selagi tuntutan belom di lunaskan.

Untuk itu rakyat mengingatkan pemerintah. Rakyat pilih Dataran Merdeka adalah untuk menjadikan Dataran ini medan suci untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. Jangan sampai rakyat memilih Dataran ini untuk di jadikan medan menuntut supaya pemerintah di turunkan. Ini bukan amaran mahupun ugutan. Ini  janji rakyat!!!!

TIPS DAN ADAB KETIKA BERDEMO

 
Tidak perlu aku cerita lebih-lebih sebab semua sudah tahu - malam 31 ogos rakyat akan berhimpun di Dataran Merdeka. Di beritakan, rakyat mahu berjumpa Najib Razak di sana - memakai baju berwarna kuning.  Tapi sayang, najib tak kuasa nak melayan.
Tapi tidak mengapa. Tuntutan bersih maseh belom di tunaikan. Demo tetap demo. Jadi kat sini aku nak kongsi sedikit dengan sahabat yang ku cintai lagi di kasehi tentang tips dan adab ketika berdemo. Aku ambil semua ini dari praktikal yang sudah aku buat .

Praktikal ini berdasarkan pengalaman penyertaan perhimpunan bersih satu – dua – tiga - mansuh isa - ppsmi dan bla bla bla..aku harap dengan tulisan untuk kali ini boleh mengelak diri kita semua dari malapetaka, bala, musibah, bencana mahupun kecelakaan ketika acara rakyat itu berlangsung.

1.   Hmm.. ok hahahaha..lupa pulak tipsnya. Ok ok, yang pertama pastikan ketika mula turun berdemo baca bismillah dahulu. Ambil berkat
 
2.   Kedua ketika berdemontrasi jangan sesekali memakai selipar . terompah lagi lah tak boleh. Pastikan memakai kasut. Kalau tak de kasut korang boleh cari kat bundle. Sapuloh ringgit boleh dapat. Bukan apa, pakai kasut supaya senang untuk korang membuat pecutan ketika polis sedang mengila. Kang elok-elok duk lari terpeleot pulak kat bahu jalan. Take note yang ni.jangan main gilo.

 
3.   Yang ketiga. Korang Tak payah nak tunjuk hero maki-maki polis. Korang maki polis, pastu polis mengamuk, korang lari. Yang kena dengan polis nanti orang-orang lama yang tak larat nak lari. Kerja macam ni kadang-kadang kita tak sedar bahawa tindakan sedemikian boleh memberi musibah kepada orang lain. Jika nak maki, boleh. Di alu-alukan. Hadap betul-betul dengan polis. Nak lagi cool ajak one by one. Hmm kalau tak berani duduk diam2..Cuma laungkan slogan bersih bersih !!! pilihanraya!!!!

4.   Pastikan bawa beg kecil. Simpan air banyak-banyak. Kalau boleh bawak sekali air yang bertenaga tapi jangan air bateri kereta pulak.macam aku, aku bawak redbull. Redbull boleh sedikit sebanyak mengurangkan pahit tekak ketika terkena serpihan gas pemedih mata. Air 100plus pun ok. Jangan beer pulak. Kalau beer nanti tak jadi kerja.

5.   Yang kelima, Ketika polis melepaskan air kimia dan tembakan gas pemedih mata, elakkan berlari. Jalan perlahan-perlahan dan terus berjalan mengikut jalanraya yang terpampang di sediakan oleh kerajaan. Tidak perlu anda masuk ke lorong-lorong mahupun lari menghala ke kaki lima banggunan. Ini kerana jika korang masuk ke lorong-lorong , udara makin berkurang. Di tambah pula dengan asap gas pemedih mata yang di lepaskan dan berkemungkinan korang boleh pengsan – sesak nafas. ( dont play-play ya )

6.   Jika korang nak elak pedih mata terkena gas. Korang boleh bawak spec renang. Tak payah nak segan pakai. Masa korang terkena gas tu memang tak pikir apa dah. Yang korang pikir adalah, celake umno. Hancur umno, mampus umno. Ini dari apa yang aku alami. Tak tahu lah pula bila korang kena gas tu korang akan cakap sayang kak mah. Tengkiyu Be End.

7.   Ok yang ni penting, untuk mengurangkan kesakitan dan mengelak diri korang menyedut gas pemedih mata berlebihan, korang boleh letakkan jus limau pada sapu tangan. Beli sebiji limau purut dan perah atas sapu tangan. Kemudian tutup sapu tangan tersebut di hidung ketika gas di lepaskan.

8.   Yang ni biasa orang buat. Bila rasa pedih terkena serpihan gas pemedih mata, telan garam banyak-banyak. Jika muka berasa pedih sapu garam tersebut di muka. Inshallah boleh meredakan keadaan. Silap-silap dengan jerawat-jerawat boleh hilang.

9.    Jika ada garam lebih jangan lupa kongsi bersama demonstran yang lain. Ingat, kita semua satu keluarga.

10. Jangan sesekali sapu muka korang dengan baju yang korang pakai. Ini boleh menyebabkan muka korang bertambah pedih. sebab pada baju tersebut, gas pemedih mata telah meresap. Bawak kain tambahan. Hmm jangan korang curi kain dekat kedai jalan tar tu sudah. kang tak pepasal keluar surat khabar, bersih bukan sahaja kotor tapi perompak. Hemm jenuh pulak pak samad nak menjawab.

11. Opsss.. tertinggal satu perkara. Korang boleh Turun awal bagi mengelak kesulitan. Banyak shoping-shoping mall yang boleh korang pergi sementara menunggu acara rakyat bermula. Kadang-kadang cakap je mula pukul 10 malam, sekali petang tu pun dah mula. Benda macam ni selalu berlaku.

12. Ok geng,,,Setakat ni - Cuma ini sahaja yang termampu aku sediakan untuk kengkawan yang ku kasehi sekalian. Jika ada yang perlu aku tambah, aku akan tambah di lain waktu. Kalau korang ada tambahan idea yang nak kongsi, aku mewakili pihak kincirtua mengalu-alukan. Untuk itu semoga berjaya. Jumpa di sana semua..


Monday, 20 August 2012

SELAMAT HARI RAYA DARI SELURUH KREW KINCIR TUA




Masa berlalu terlalu pantas. Hari ini telah masuk raya yang kedua. Di hujung ramadhan aku tidak dapat mengucapkan salam shawal bagi pihak kincirtua kerana kekangan masa. Hujung ramadhan aku berniaga.  jadi aku tidak sempat untuk menulis pasal sambutan hari raya.

oleh itu, Bagi pihak krew kincirtua, selamat hari aidilfitri. hanya doa dan kaseh sayang aku sertakan untuk kalian semua. Semoga  dengan akhirnya ramadhan dan bermulanya syawal, memberi sejuta makna kepada kalian semua.

makan lemang dan ketupat jangan lupa janji bersih 30 ogos..
jumpa di sana..

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Monday, 13 August 2012

PAPAN HITAM ZAMAN EDAN

Waktu ini cuma tinggal lagi enam hari untuk ramadhan melabuhkan tirai. keesokkan hari aku akan meninggal bumi selangor. bumi yang telah aku duduki selama empat tahun. Hari ini merupakan hari terakhir aku berbuka puasa bersama teman-teman.

Seperti biasa tadi aku ke bazar ramdhan. Tempat di mana duit aku mengalir dengan laju. Aku beli murtabak - air tebu - nasi ayam dan sedikit kueh. semuanya berharga RM 14. Bagi yang maseh bujang dan yang berduit jumlah ini boleh di anggap logik. Bagi yang sudah beranak dan berpinak, untuk seorang jumlah ini cukup tinggi.

Dunia hari ini kian zalim. dulu harga kueh hanya 20sen. Aku sempat zaman itu. dan juga di kampung, aku sempat makan nasi lemak dengan harga 20sen walaupun aku bukan hidup di zaman jepun.semua makanan waktu itu di masak di dapur rakyat marhean. Bagi aku maseh ada yang belom termampu untuk menikmati semua ini. Menikmati apa yang aku telah lahap dan makan setiap hari.

Maseh lagi ku dengarin di corong-corong radio - dada akhbar - kaca tv berbayar tentang soal rakyat yang miskin hidup melarat. Ada juga yang sanggup mencuri kueh untuk menahan perut yang kelaparan. Dunia hari ini kian zalim...

Ayuh berfikir sejenak..




Aku terfikir, seorang pemimpin, pemimpin agama pulak tu sanggup berbelanja untuk sekeping papan hitam dengan harga ratusan ribu ringgit. Kerja yang tidak masuk akal. Kerja edan. Kerja gila. Kalau untuk sekeping papan hitam mampu di beli dengan harga sedemikian, berapakah pula harta yang beliau miliki? berapa pula harta di luar negara yang beliau ada? berapa pula eset-eset harta yang berliau mampu tinggalkan untuk warisnya. andai buih di laut dapat di kira, aku rasa sebanyak itu lah harta beliau.




Di atas adalah gambar rumah Khir Toyol dan rumah Anak bekas PM MAhafiraun

BINCANGKAN...

Friday, 10 August 2012

TUGU NEGARA : USAH ABAI PEMBOHONGAN BUDAK ASUHAN BRITISH








malam ini aku mahu ajak rakan-rakan memahami siri berterusan pembohongan budak asuhan bristih United Malay National Organisation. mengapakan aku mengatakan mereka ini budak asuhan british. ayuh aku terangkan serba sedikit. mengharapkan penerangan kali ini mampu membuka mata rakan-rakan sekalian

dosa United Malay National Organisation terlalu banyak
banyak di antara dosa-dosa sudah di kantoikan oleh rakyat
antaranya lagu negaraku adalah lagu ciplak dari lagu indonesia. lagu terang bulan
bendera juga di ciplak dari bendera amerika
hmmmmm...


ini bendera kita yang sebenar


selain itu aku mahu londehkan lagi dosa mereka
aku harap rakan-rakan menghayati sebenar gambar ini
jawab jujur di dalam hati


patung batu di atas namanya tugu negara
patung batu ini di katakan mercu tanda kemerdekaan kita
jangan bohong
tengok betul-betul patung tu mirip siapa
mirap tentera pembebasan malaya atau mirip tentera penjajah malaya british






PANAS!!! GAMBAR KRONI KHIR TOYO MENGAMUK DI UNISEL

Semalam aku ada menulis pasal malam 31 Ogos. malam tersebut akan diadakan perhimpunan di Dataran Merdeka - Janji Bersih -.Tadi ketika aku mahu ke unisel aku terserempak dengan satu sekawan manusia. Lebih kurang 400 ribu macam tu lah..

Aku ingatkan perhimpunan Bersih telah di awalkan - oleh kerana sekawan ini berhimpun dengan memakai baju berwarna kuning. Lalu aku pergi mendekati sekawan ini. sebab ingat geng2 aku - Janji Bersih!!

Gambar pertama. Di antara celahan ini aku cuba mencari pak samad. sebab aku tahu yang pak samad said akan membacakan sajak pada perhimpunan bersih nanti. Try korang cari ada x pak samad







 Aku juga try cari Isham Rais











 Last-last aku cari Ambiga pun tak dak....










Ni gambar perhimpunan 400 ribu tadi..
hahahhahahahahaaa... Janji BERSIH !!!











Tq untuk kawan yang baru kenal 2 jam .Beliau sebagai jurufoto aku tadi..namanya lupaaaa.....bincangkn....






janji bersih..jumpa malam 31 ogos di Dataran Merdeka...

Thursday, 9 August 2012

DATARAN MERDEKA MALAM 31 OGOS. JANJI BERSIH!!



tahun ini hari kemerdekaan jatuh pada hari jumaat.
maknanya malam ambang merdeka adalah malam jumaat.

pada malam itu ratusan warga akan keluar menyambutnya
sambut ambang merdeka

di dataran ada program kerajaan
program janji di capati

itu semua program mengabiskan beras
tak ade paedah

rakyat ada program lain
rakyat juga akan berhimpun pada malam tersebut

berhimpun dengan berpakaian kuning
warna kuning di pilih kerana warna ini boleh membuatkan mereka itu, dalam kurungan (  )
akan terkencing

 ayuh...

janji BerSIH !!!



















jumpa di sana.. ikhlas - kincirtua -

KIRIMAN GAMBAR ; DUA TAHUN SUDAH BERLALU



seperti gambar sebelomnya
gambar ini juga di kirimkan oleh seseorang

beraya bersama keluarga pada DUA tahun lepas
tahun ini belom pasti lagi
sama ada sempat atau tidak
semua kerja tuhan untuk menentukannya

ehh pukul tujuh lebih..
selamat berbuka puasa

..bincangkan..





















INI PANJI KITA
KIBARKAN SANGSAKA

BULAN OGOS BULAN MUHASABAH



lawak merdeka sudah di lalui selama 50 tahun lebih. untuk saya baru hampir masuk ke 30 tahun untuk melalui garis lawak merdeka tersebut. bulan ini 31 0gos adalah bulan yang sesuai untuk kita menilai sejauh mana malaya mengecapi erti kemerdekaan yang sebenar.

telah di beritakan dan di lohongkan ke telinga saya dengan pelbagai pandangan. ada yang mengatakan malaya merdeka tidak secara total. tidak kurang juga yang mengatakan malaya ini tidak langsung pernah merdeka .

masakan tidak. kemerdekaan dari sudut apa yang boleh di nilai jika hujah-hujah yang mengatakan malaya telah merdeka dan tidak merdeka secara total tiada konkritnya. hujah-hujah ini tidak meyakinkan saya dan kebanyakkan anak muda khususnya.

ayuh muhasabah tentang erti kemerdekaan sebenar.

falsafah kincirtua pernah menyebut di dalam kitabnya bahwa '' wahai orang2 beriman, binasalah kamu sekiranya kamu hanya mengkaji sejarah dengan hanya mengambil modal dari TV3 mahupun cerita dongeng leftenan Adnan''



megah berkibar oh sangsaka
membelah siri pembohongan penjajah

megah berkibar dengan panji merah putih
warna sakti wilayah nusantara

kibarkan sangsaka merah putih malaya !!!

Wednesday, 8 August 2012

DAKU KAH, DAKU KAH ITU..TENTUNYA DAKU



NI GAMBAR AKU MASA MUDA-MUDA DULU
GAMBAR INI DI KIRIM OLEH SESEORANG
TENGKIYU YA..
 HUHU,,,,,

BINCANGKAn...

Tuesday, 7 August 2012

UNISEL KAKI PAU DAN REMBAT DUIT PELAJAR

KUALA LUMPUR - 7 ogos. ketika ini Universiti Selangor (Unisel) telah menempuh musim pelajar mendaftarkan diri. Telah di beritakan lebih ratusan orang telah berbaris dan menunggu sejak awal pagi. ini kerana di sebabkan pelajar-pelajar ini tidak mahu diri mereka di kenakan denda yang berkuatkuasa kuasa pada minggu ini untuk pendaftaran dalam semester yang baru sekirannya lewat mendaftar. jumlah denda yang di kenakan di antara Rm 25.00 sehingga ada yang mencecah Rm 200.00 mengikut tempoh lewat yang di buat. penulisan sempat menemubual seorang pelajar yang hanya mahu memperkenalkan dirinya sebagai samad. " saya telah membuat pembayaran sebanyak Rm 230.00 di Bank Islam. oleh kerana saya mempunyai hutang melebihi Rm 500.00 pada semester lepas saya tidak boleh memasukkan nama saya di dalam i-daftar. mengikut laporan Unisel sekiranya idaftar lewat sehari rm 25.00 akan di kenakan. kalau seribu hari berapa ringgit pulak. justeru itu, saya juga di kira akan di denda selagi hutang saya tidak di jelaskan. - berita di petik dari Unisel Daily-


ulasan

agak-agak lah unisel woii...sengket sangat ke sampai tak de duit nak pau pelajar?
cakap pelajar masuk/pelajar baru daftar di unisel meningkat..
bila pelajar ramai masuk duit pun meningkat
yang ni kes ape plak..

nak rembat duit? 
nak pau duit?
nak cari duit lebih?
mana dia unisel ala kebajikan?
ahhahaha..
 














pelajar boleh mula menyusun barisan
pelajar jangan jadi pak turut
jangan jadi kambing...
unta
monyet

waktunya molek untuk siap siaga menyusun sosok ke dataran
dataran mana?
dataran unisel.....

tunjuk pelajar bukan kambing
bahkan kambing pun tak suka kena pau..

hahahahaha hahahahaha..

semoga berjaya ( KINCIRTUA )







Friday, 3 August 2012

SATU MALAYA DAH TAHU..BINCANGKAN..

mamat ni penganti PM? hahaahahahaha....
jangan terkencing apabila memdengar berita seram ini..
ini bukan cerita pelik tapi benar
tetapi ini cerita pelik tapi hairan..hahahahaaa

satu malaya dah tahu
mamat bertengkolok besar ini tahu bahwa kononnya peluang beliau mengantikan najib monggolia.
tetapi dia saja buat-buat banggang
rakyat nak humbankan kumpulan poyo melayu termasuk diri beliau sekali
hahahahahahaha...
dan
dan...rakyat johor lagi tahu...hahahaaa

sebagimana yang telah  di ketahui
satu malaya dah tahu
bloger-bloger dah banyak telanjangKAN pasal hal ni
bahwa ,rosmah sedang mengintai peluang untuk kahwin dengan mamat ini HAHAHAHAHAHA
sebab?
rosmah nak jadi first lady
lady gaga ala bik mama
hahahahahaaha...
CUN JUGAK NENEK NIE..HIHIHIHI..BINCANGKAN..























HA YANG SEBELAH KANAN NIE BUKAN GAMBAR ROSMAH..KIH3...

Monday, 30 July 2012

THE CRANBERRIES IN KL AKU TERPESONA




Mungkin peristiwa ini boleh di anggap basi. tapi untuk aku,aku menganggap peristiwa ini cukup penting dan menjadi diari bernilai dalam sejarah hidup. maka perlu aku menyimpannya dengan baik. mungkin di sini
( blog )

tarikhnya 4 april 2012. lapan hari sebelom tarikh kelahiran aku iaitu 12 april - malaysia di gegarkan dengan sebuah kumpulan dari Ireland iaitu The Cranberries yang bakal mengadakan persembahan di kuala lumpur. aku terpesona, lalu aku gerakkan sosok empat kerat ke Stadium Negara. utntuk pengetahuan, Band ini di anggotai oleh empat sosok. dan yang paling aku kenal adalah penyanyinya Dolores Oriordan. minah ni cukup cun.sebab tu aku terpanggil untuk mengenalinya dengan lebih dekat.

jom aku  cerita sikit tentang band ni. band ni popular lebih kurang penghujung tahun 80an. berasal dari limerick Ireland. dahulu namanya adalah The Cranberry Saw Us. lagu yang cukup sinonim dengan band ni adalah lagu Zombie. untuk pengetahuan, masih banyak lagu-lagu cukup popular dan yang mengikuti sepenuhnya perkembangan band ini pasti tahu dengan lagu seperti animal instinct, ode to my family, dream, linger, dan lain-lain..












sekadar bukti aku pergi ke tempat kejadian. tapi dia letak nama orang lain. hampeh...






















MOGA TIDAK LUPA ASAL KITA




Demi mu tuhan...
tuhan sekalian alam
raja segala mahkluk..

Demi mu tuhan
berlindung
bergantung harap
menagih kaseh
moga senang kelak di sana

LAILAHAILLAH...MUHAMMAD PESURUH ALLAH..




MENGENALI GANJA ( OLEH MOHD ZAIRI HS )



ganja oh ganja

untuk permulaan selamat menjalani ibadah puasa. malam ini aku mahu mengajak  rakan mengenali sejenis makhluk tuhan yang mengelarkan dirinya sebagai Ganja atau panggilan manja dengan nama Dam atau tepek atau seanteranya.

nama saintifik untuk ganja adalah (Cannabis sativ syn,Cannabis indica). apa yang aku tahu adalah ganja ini berasal dari negeri china. berita ini aku dapat dari bahan-bahan rujukan yang telah aku telanjangkan.

sebagai contoh pada kurun ke 2737 sebelum masihi warga china telah mengunakan ganja sebagai alat untuk mengubati penyakit seperti malaria, sembelit dan bla bla bla..untuk mengubati penyakit stim berdengung yang di amalkan oleh mat pet mat pet yang itu tidak pula di ketahui. berita ini aku lapikkan lagi dengan fakta yang mengatakan bahawa seorang doktor cina telah mengunakan makhluk tuhan ini sebagai alat bius pada kurun ke 2 sebelom masihi. mamat ini nama dia Hua Ta.

ganja ini pengamalnya akan menghisap secara balut atau dengan mengunakan botol. ada yang guna baldi. nak tahu lebih mendalam pergi tanya mat ganja. sebelom aku akhiri penulisan untuk kali ini aku siapkan untuk rakan-rakan tanda-tanda orang isap ganja. perkara ini cukup penting..sekian wasallam..









kesan / stim
mata merah..
jadi pemalu
kepala berdengung
selera makan bertambah
cirit birit macam budak baru lahir
kedatangan haid yang tidak menentu ( khas untuk perempuan, pondan jangan ambil port )

Menghisap ganja juga boleh mendatangkan kerosakan yang teruk kepada paru-paru dalam masa 18 – 24 bulan. Mengikut ahli sains, kesan 5 batang rokok ganja adalah sama dengan 112 batang rokok tembakau. Ganja juga akan mengubah fungsi jantung. Ia akan meningkatkan kadar degupan jantung.

kesimpulan
jauhi dadah..jangan hisap ganja.
sedut xpe hahahahahhahahaha....bincangkan..





WILAYAH DAMAI " MERDEKA SANGSAKA " ( OLEH MOHD ZAIRI HS )



ini bendera kita
bendera yang mengangkat martabat negara bangsa
bendera yang  seharusnya dijulang oleh rakyat umpunya wilayah

sedetik yang bakal melangkah
kita akan merentasi bulan yang di katakan untuk pencinta wilayah damai malaysia iaitu

BULAN OGOS 31

Di katakan bulan ini
bulan yang kononnya sinonim dengan pendekar-pendekar
bulan yang kononnya rapat dengan perjuangan
bulan yang menghalau penjajah inggeris

benar?
saheh?

mari memahami makna bulan ini
makna yang akan menterbaraikan seluar dalam seseorang
bukan hanya seorang tetapi segerombolan

sejelas mungkin....
berita dan kesah ini benar belaka

31 0gos 1957
inggeris serah kuasa kepada UNited MALAY NATIONAL ORGANISATION
perangai sama kulit sahaja berlainan

31 0gos 1957
budak suruhan inggeris ambil alih
perangai sama hidung sahaja berbeza

31 ogos 1957
indonesia wilayah yang benar-benar merdeka menganjing malaysia bahwa Malaysia dapat kemerdekaan secara pondan, bapok, tak de telor
waktu itu pak  rahman hanya gigit jari
tapi mujur aku tak lahir lagi
kalau tidak tentu tukar nama sebagai wak dahaman
sebab malu mengaku rakyat wilayah poyo merdeka

31 ogos 1957
laungan hidup melayu di tukar kepada merdeka
sehingga perlembagaan rakyat di humban dan menerima perlembagaan lord reid
lord reid adalah perlembagaan kapir
perlembagaan penjajah


31 0gos 1957
parti komunis malaya yang mengangkat senjata sehingga menghalau penjajah komunis di tuduh penjenayah besar
kerja ini sehingga bonda aku samseah Fakeh turut sama di fitnah
ada pulak yang perasan mengaku mereka pejuang kemerdekaan
hahahahahhhaahaha dan..

31 0gos 1957
mustahaknya adalah tarikh ini hari merdeka ala gampang

ayuh kibarkan sangsaka
sangsaka merah putih















Monday, 23 July 2012

DAP : AKU TETAP MELAYU ISLAM ( Oleh : Mohd Zairi HS )



Sedar dengan wujudnya kumpulan poyo melayu yang tidak jemu memperbodohkan umat melayu maka surat ini dilunaskan. Surat ini untuk memberikan pencerahan kepada seluruh bangsa Malaysia khususnya umat melayu.
Mustahaknya adalah surat ini dilunaskan sesudah empat hari saya menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Parti Tindakan DEMOKRASI atau mesra di panggil DAP. Surat ini akan menjawab segala persoalan untuk umat yang masih buta dengan real politik dan dalam masa yang sama bercita-cita untuk menawan Putrajaya.
Ketika surat ini di lunaskan juga, telinga saya masih di hempuk dengan kata-kata dari umat sekeliling yang mempertikai tindakan yang saya lakukan iaitu menyertai DAP. Kata- kata ini adalah dari kalangan umat yang bermimpi siang dan malam mahu menawan putrajya. Maka dengan itu Telingga saya tidak tertanggung lagi, lalu, surat ini saya lunaskan untuk mereka.
Tembok pemisah
Telah diketahui oleh rakyat semua bangsa bahwa United Malay National Organisation merupakan parti politik yang mentadbir negara ini dalam masa tempoh sekian lama. Hal ini tidak perlu dibincangkan.
Seleweng dan diseleweng harta pusaka hak rakyat semua bangsa merupakan agenda mereka dalam masa tempoh 50 tahun berkuasa . Hal ini juga tidak perlu dibincangkan.
8 Mac 2008 - segalanya berubah. Projek Pembodohan Rakyat Terbangang ( PPRT ) telah menjadi projek gajah putih. Maknanya projek ini telah dimandulkan oleh rakyat semua bangsa. Tarikh ini, United Malay National Organisation tersungkur layu. Keyakinan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis khususnya anak muda. Maknanya United Malay National Organisation bakal dimuziumkan di loji penapisan kumbahan Teluk Kemang.
Terdesak dengan itu cara lama mereka gunakan. Cara ini pasti berjaya. Disentuh pasti rakyat termakan. Caranya adalah dengan menghidupkan api perkauman. Rakyat semua bangsa mesti dipecahkan segera. Ketiga-tiga parti PAS DAP dan keADILan yang mendukung hasrat murni perjuangan adil rakyat malaysia mesti dipatahkan.
Penampakkan DAP anti Islam dan Melayu telah diwujudkan. Pas pula dimomokkan sebagai  parti yang akan menyunatkan ( Khatan ) Aney dan Apek sekiranya mereka berkuasa. Ini semua kerja-kerja yang dibina oleh United Malay National Organisation bagi menghentikan kebangkitan rakyat semua bangsa.
Justeru itu tidak pelik jika di kampong-kampong penerimaan masyarakat ke atas DAP cukup tersasar dari landasan perjuangan Parti tersebut. Seolah-olah seperti Komunis masuk kampong. Dengar sahaja perkataan DAP, pasti wajah Ching Peng yang terbayang di dalam kepala masyarakat melayu khususnya. Walhal Ching Peng tidak pernah menjadi wakil rakyat DAP.
DAP KENAPA MESTI PILIH
Kebelakangan ini dilihat segerombolan umat Tiong Hua memilih PAS dan Umat melayu memilih DAP sebagai wadah perjuangan mereka. Ini merupakan kerja murni. Ini adalah kerja yang molek. Ini adalah bala untuk United Malay National Organisation. Ini juga merupakan satu perkara yang telah mematahkan projek yang di bina oleh mereka united malay antional organisation.projek yang telih di bina hampir sekian lama terhadap DAP untuk mengalih sokongan rakyat kepada parti selain mereka.
Dominasi sesebuah parti yang di dukung oleh hanya satu bangsa adalah satu perkara yang tidak relevan dalam masa suasana politik zaman sekarang. Sekiranya sesebuah parti mahu menampakkan keutuhannya, parti tersebut seharusnya di dukung oleh semua bangsa bermaruah Cina India Melayu Kadazan dan bla bla bla...
Ini adalah berita benar. Ini real politik yang berlaku. Bagi umat yang mengkaji perkara ini pasti nampak. Melayu menyertai DAP adalah ancaman untuk United Malay National Organisation. Segerombolan melayu yang menyertai DAP akan membuatkan umat nusantara celik bahwa “ oh DAP sebenarnya bukan parti rasis hanya untuk kaum Teong Hua sahaja, tetapi adalah Parti untuk semua kaum. Terhakisnya momokkan United Malay National Organisation terhadap DAP adalah tanda mereka sedang menuju ke hari-hari akhir untuk di kapankan. Ini juga akan menyebabkan secara automatiknya Pakatan Rakyat berada di persada putrajaya.
United malay national Organisation sedar bahwa politik perkauman sudah tidak relevan lagi dalam keadaan negara yang sedang menuju ke arah negara yang kematangannya makin menampakkan hasil. Sebab itu kerja-kerja gila mentafsirkan andaian songsang untuk rakyat menerima bahwa PAS parti anti agama lain dan DAP parti totok cina adalah kerja mereka untuk memerintah negara ini sehingga tiupan sesangkala.
PESANAN
Projek penyertaan beramai-ramai melayu menyertai DAP dan Kaum lain menyertai PAS harus di segerakan. Ini sahaja yang mampu memeningkan kepala pUak gerombolan poyo melayu United Malay National Organisation. Mahu putrajaya atau tidak? Jika mahu, teruskan projek ini.semoga berjaya..
Tunggu surat kedua..
P/S : jangan risau, walaupun Melayu masuk DAP mereka tidak akan berhenti makan belacan dan tempoyak..hahahahahaha...bincangkan.

Tuesday, 17 July 2012

PANAS!!!!!! AZIZAN MB KEDAH KENA LONDEH DGN PENYOKONG SENDIRI????? BINCANGKAN…



Hati rakyat tidak tertanggung lagi. Kali ini sampai ke kemuncak. Jika di lihat gunung berapi, seperti itulah hati rakyat sewaktu ni. Hati rakyat yang mendukung perjuangan adil rakyat Malaysia.
Tempatnya sama. Waktu Cuma berbeza. Kedah. Kedah adalah negeri pakatan rakyat. Maknanya segala usha murni rakyat Malaysia yang mendukung perjuangan adil rakyat Malaysia, Pakatan Rakyat senantiasa bersama. Tetapi apa sudah jadi dengan kedah negeri PAKATAN ?
Sebelom ini Mahasiswa yang dibelenggu sejak sekian lama dengan akta zalim AUKU mengharapkan perjuangan mereka di bela oleh kerajaan Pakatan Rakyat -  tetapi berlaku sebaliknya. Apa yang berlaku di kedah telah merubah segala-galanya. Azizan yang telah di amanah oleh rakyat akhirnya mengalah dan mengambil sikap seperti ketua cawangan United Malay National Organisation apabila membiarkan Mahasiwa di KUIN di kenakan akta tersebut. Apa semua ini Azizan?
Sebentar, hang tunggu sat Azizan
Ada lagi,
Selain itu, Setelah warga peneroka dan rakyat Malaysia yang berjuang siang dan malam untuk mendapatkan keadilan dan menyelamatkan FELDA dari malaon Si Isa Samad, Si Azizan pula tidoq lena. Kali ini beliau membiarkan Perbadanan Negeri Kedah membeli Unit saham dengan jumlah 500,000 unit.
Ha ni apa pulak Azizan Oiii
Belom masuk Biro Tatanegara ( BTN ) lagi yang masih di laksanakan..
Ok jom tengok yang ni….


Komen dari YB Dato Mahfuz,
"Saya tidak menganggap perkara ini sebagai sabotaj. Tetapi mereka berfikir ini berniaga, (ada) untung, rugi. (Lagipun) duit itu bukan kepentingan mereka atau menteri besar
.- MALAYSIAKINI 16 Julai 2012 8.38pm -


Ya benar, di beli bukan untuk kepentingan peribadi tetapi rakyat mahu bertanya kepada YB adakah dengan tindakan ini menampakkan penyenaraian FGVH mampu memberi manfaat dan keuntungan kepada rakyat jelata. Kalau benar memberi manfaat, mengapa Si Mazlan Aliman terpekik terlolong mengatakan penyenaraian FGVH ini menjahanamkan rakyat jelata sehingga menjemput puluhan ribu anak empunya Negara bangun melawan termasuk diri ini sekali.. Rakyat sudah tidak paham.
Rakyat mohon tuan punya badan peneraju negeri kedah tolong komen. Dan…
1 ) Anwar Ibrahim
2) Nurul Izzah
3 ) Sivarasa
4 ) Hadi Awang
5 ) Lim Guan Eng
6 ) Kapal Singh
7 ) Nik Aziz
8 ) Dan PM Rosmah Mansor hahahahahahahaha
ingat Rakyat memerhati. Salah, rakyat Londeh!!!!
Fuhhhsss ( lap dahi )    …..BINCANGKAN………..

  


hai cantik tak saya...macam sape agaknya?