Thursday, 31 May 2012

DROGBA CHELSEA Dan KETUANAN MELAYU

BERMULANYA AL-KESAH

Semenjak Negara kita Malaysia meniti usia matang iaitu 55 tahun, terdapat cerita menarik yang mahu saya kongsi bersama pembaca budiman.
Cerita ini adalah cerita sahih lagi menyahihkan melebihi tayangan iklan pampers kanak kanak di dalam Tb. Malah cerita ini lebih sahih dari cerita Bik Mama menyembah Tok Dukun untuk menambat hati Si suami tersayang. Ataupun , kesah cerita  Sapie Apedal membedal artis.
 Cerita ini kejadiannya berlaku ini di negeri nun jauh di Utara iaitu negeri Pulau Mutiara yang tiada Dara. Maka saya tarikhkan di sini pada 1990 tahun berlakunya peristiwa. Pada tahun yang sudah saya tarikhkan sebentar tadi 1990 adalah tarikh keramat untuk orang melayu.
Ketika itu, pulau mutiara yang tiada dara itu telah ditadbirkan oleh seorang melayu tulen yang di beri nama Haji Koh Bin Sukun. Hj Koh Bin sukun ini berketurunan dari melayu jawa di seberang pulau,pulau mutiara. Aman, damai dan permai – seronok, gumbira dan senang hati. Itulah gambaran yang di terima segenap umat negeri tersebut di kala zaman pemerintahan Haji koh bin sukun.
 Haji Koh Bin Sukun ini mempunyai pengikut setia yang juga orang melayu. Walaupun pengikutnya ini, bagi saya mempunyai kesangsian dari segi asal keturunan melayu berdasarkan warna kulit mereka yang ala – ala seperti Drogba pemain bola sepak Chelsea. tetapi saya kagum dengan kesetian mereka untuk mempertahankan ketua yang sebangsa dengan mereka itu.
Ketika Hj koh Bin Sukun mentadbirkan negeri tersebut, kemana sahaja Hj koh Bin Sukun Pergi, pengikut setia beliau akan setia mengikut. Dari melawat projek kalung bunga di hadapan rumah Ketua Menteri sehinggalah ke dalam bilik “ melepas hajat “ pengikutnya pasti akan pergi.
 Dengan bahasa mudah,mereka ini begitu setia. sayang menyayangi -senang hati dan seronok ketika Hj Koh Bin Sukun mentadbir. Ini adalah susulan daripada keperbadian Hj Koh bin Sukun dengan sifat pemurah beliau yang dilakukan tatkala membahagi hasil negeri kepada mereka setiap hari.
 Tawaduk dan rajin ke masjid , mentelaah ilmu agama juga di antara rutin harian Hj Koh Bin Sukun di kala ’ Free ‘. Jadi tidak pelik mengapa budak ala –ala Drogba ini menyayangi beliau.

 

NASIB DI TIMPA GAJAH

Sesudah berpuluh kelendar di tukar, jam dinding beratus bateri di ganti, hari berganti hari,tahun berganti tahun  maka terhumbanlah Hj Koh sukun ke celahan Batu feringgi apabila di dalam pilihanraya 2008 menyaksikan Hj Koh bin Sukun tidak di terima rakyatnya lagi.
Terberak dan terkencing – kencing lah pengikut setia Hj Koh bin Sukun berlari meninggalkan beliau.
Tidak berguna – lupa diri – tidak kenang budi adalah lontaran kata – kata Hj Koh bin sukun kepada pengikut – pengikut yang meninggalkan beliau. Nasib badan – nasib di timpa Gajah.


NAMANYA LIM GUAN ENG BUKAN ABU SAMAH


Setelah Hj Koh bin sukun tersungkur dari jawatannya, tempatnya diganti seorang bangsa cina yang di beri nama Lim Guan Eng ( Lim ). Mendengar akan berita Lim di lantik menjadi ketua negeri tersebut, maka melompatlah pengikut- pengikut Hj Koh bin Sukun membantah.
Manakan  tidak, Lim ini berlainan bangsa dengan mereka sama seperti Hj Koh bin Sukun. Lim ini asal keturunannya memang saya tiada kesangsiannya. Beliau berasal dari tanah besar China. Sebab ini lah mengapa pengikut – pengikut Hj Koh bin Sukun marah.
Di cananglah olehnya, bekas pengikut Hj Koh bin Sukun kepada umat negeri pulau mutiara bahawa ketua menteri mereka sekarang bukan sebangsa dengan mereka. Ketakutan menghantui umat negeri itu. Budak ala – ala Drogba berperanan sebagai egen untuk menakut – nakutkan umat di sana.
Telah di ceritakan kepada saya, bahawa penduduk di sana hidup mereka terlalu takut dan sengsara di bawah pentadbiran budak cina Lim ini. makan tidak lalu sebab terlampau banyak sangat makan. Tidur tidak lena sebab terlampau sejuk kerna setiap rumah ada aircond. Ini lah saban hari umat di sana terpaksa menempuh kehidupan seharian dengan kesengsaraan.
Justeru ini fahamlah kita akan maksudnya, mengapa bekas pengikut Hj Koh bin sukun yang ala-ala Drogba ini marah. Puncanya kerana Lim berlainan warna kulit. – Jom kita anggukkan kepala tanda terlalu setuju – HAHAHAHAHAHHHAHAHAHAHA
“ wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas “
                                          - Mohd Zairi HS –
Penulisan merupakan pelajar tahun akhir Industrial Psychology                        
                                   UNIVERSITY OF SELANGOR

Friday, 25 May 2012

Biarkan Panglima Berbicara


Panglima melayu separuh masak

Bukan lagi satu, dua dan bukan lagi lapan kita dipertontonkan di lutut dan di tapak kaki Akhbar melayu muka jaguh Malaya ataupun lebih selesa saya memanggilnya dengan panggilan manja panglima melayu separuh masak iaitu Berahim ALI.

Tabiat si Berahim Ali ini adalah suka bermain beduk. Tetapi seingat saya dari utara ke selatan bawa ke Sabah dan Sarawak tidak pernah tercatit dalam buka The Book of Record yang si Berahim ini pernah mendapat award pemain beduk terhandal Malaya. 

Bunyi beduk ini semakin kuat kedengaran di kala perhimpunan Bersih datang menzahirkan diri. Buktinya perhimpunan bersih dua dan tiga. Beduk yang dimainkan beliau, bunyinya seiring dan sekata dengan minat yang diminta oleh peminat setia beliau Kak Najib dan Abang Mah.
Biarpun begitu, perhimpunan Bersih satu, bunyi beduknya tidak kedengaran kerana sewaktu itu Berahim sedang sebuk mengipas tokoh-tokoh parti Bulan di Kelantan untuk bertenggek di kerusi Parlimen Pasir Mas.

Katak menge”onggm” kredit untuk Rakyat

Bagi saya, saya mempunyai pendapat yang berbeza rakyat sekalian alam yang suka mengkritik Berahim. Saya dengan muka garang memuji apa yang dilakukan beliau. Ini adalah kerana sedar atau tidak Berahim ini sebenarnya adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat dan banyak kerja amal yang dilakukan beliau untuk memenangkan Pakatan Rakyat.

Justeru itu, Pakatan Rakyat harus berterima kasih kepada Si Berahim ini kerana dengan kecerdikan dan keberanian beliau masyarakat Teong Hua telah menolak kumpulan United Malaysia National Organisation. Sebagai contoh, di Perhimpunan aman Bersih 2.0 di mana Berahim dengan lantang memberi nasihat supaya masyarakat Teong Hua duduk di rumah dan jangan menyebuk menyertai perhimpunan aman Bersih. Jika boleh, simpan makanan sekali pada hari tersebut.

Mengakui kepada asas dan kebenaran keikhlasan Berahim menasihati Masyarakat Teong Hua maka ia disambut baik. Masyarakat Teong Hua menyambut nasihat tersebut sambil menganggukkan kepala dan menjelirkan lidah. Lalu akibat daripada ketakutan dan mengiyakan nasihat Berahim tersebut mereka turun berduyun-duyun ke pesta rakyat perhimpunan Bersih 2.0 . 

Jadi soal menghina Berahim Ali saya akan pertahankan. Ini pasti dan menjadi kewajipan saya. 
Hahahahhaha 

 Di sini penulis juga mahu berterima kasih kepada kumpulan Beduk melayu yang lain, yang saling tidak tumpah seperti Berahim. Perkasa bukan parti politik dan ada juga NGO lain yang sependapat dengan Perkasa mengatakan bahawa mereka bukan kumpulan politik tetapi bunyi beduk saling tidak tumpah seperti bunyi beduk kesukaan Abang Mah dan Kak Najib. Syabas!!!.hahahaahahahaha :p


Wujudnya kritikan dan Pujian tanda penulisan itu bernafas
Mohd Zairi Hj Shafa’ai            
Penulisan merupkan pelajar tahun akhir Industrial Psychology Uni Of Selangor

Monday, 21 May 2012

BErsih DAN AmbiGA


Gerakan Rakyat

Secara Umumnya, telah di ketahui oleh sekalian makhluk bahwa gerakan rakyat ini sangat tinggi nilainya. Ia takuti oleh hantu-hantu dan pemilik Jalang di Brikfil dan Rumah Urut Di Bandar Kepong.Ia umpama malapetaka untuk mereka si tokey jalang-jalang tersebut. Tidak termasuk tokey-tokey lembu di singapura dan juga Tokey Cincin 24juta yang berada di singgahsana Putrajaya.Untuk itu, menghumbankan Gerakan Rakyat ke dalam Semak Hutan lipur Lentang Harus di segerakan.

Gerakan rakyat telah lama bertapak kukuh di Negara kita Malaysia yang dahulunya di timang dengan panggilan manja sebagai Tanah Melayu “ The Malay Land “. Sebagai contoh bermulanya Gerakan Rakyat terhadap pembebasan Malaya dari penjajah Inggeris oleh Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang ,Tok Janggut Di Kelantan dan Rosli Dobi di Borneo. Ini merupakan di antara gerakan rakyat yang terawal.

Gerakan Rakyat yang terawal ini di sambung dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda pada 1938 ( KMM ) yang di pimpin oleh Ibrahim Yaakob. Gerakan pembebasan Malaya tidak terhenti di situ. Desakan daripada kerakusan si Penjajah inggeris ketika itu telah menghambat anak semua bangsa Bermaruah bangun menuntut hak. Maka penentangan terhadap penjajahan British ketika itu di zahirkan oleh semua bangsa bermaruah dengan lahirnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang bersayapkan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) pada 1945 seterusnya Parti Komunis Malaya.

Di era Zaman baru, Gerakan Rakyat dirakamkan untuk tinggalan anak cucu kita adalah  ketika era pemecatan terhadap Saudara Anwar Ibrahim 1998. Ketika itu di jangkakan lebih 200,000 bangsa Malaysia memenuhi perkarangan Masjid Negara menyatakan pendirian dengan di lambung sebagai GERAKAN REFORMASI Sehingga lah  baru- baru ini  perhimpunan aman BERSIH 3.0

Nusantara dan timur tengah

Gerakan Rakyat tidak hanya tertumpu di Negara kita. Filipina adalah sebagai contoh terdekat untuk saya buktikan lagi bahwa Gerakan Rakyat mempunyai nilai yang cukup tinggi. Dek kerana Kerakusan isteri Perdana Menteri Filipina ketika itu iaitu Elmeda Marcos memboroskan diri berbelanja mengunakan wang rakyat di kala rakyat Filipina di himpit dengan kemiskin, ia telah mengheret rakyat Filipina bangun menghumbankan Marcos dan isterinya Emelda ke dalam lubang najis sejarah.

Selain itu kita jangan memekakkan mata atau membutakan telinga dengan kebangkitan Rakyat di timur tengah seperti Mesir dan Tunisia tidak termasuk Libya kerana bagi saya Libya di bawah pimpinan Gadaffi bukan di gulingkan oleh kuasa Rakyat tetapi dia ( Gadaffi ) di gulingkan dengan perancangan Licik oleh kapalis Barat. “(Andai terdesak saya lampirkan fakta untuk pencerahan )”.

Gerakan dan Pantang larang

Mewujudkan fenomena kesedaran untuk rakyat bukanlah satu perkara  yang mudah. Bagi saya, Untuk memahat “pertimbangan Nilai”dalam diri rakyat bukanlah satu perkara boleh mengambil masa sehari dua untuk di laksanakan. Kesedaran ini terhasil daripada proses pentarbiahan didikan Gerakan terdahulu. Dua perkara ini “Kesedaran dan pertimbangan nilai” adalah satu perkara yang cukup penting.

Dewasa ini, berani saya katakan rakyat di Negara kita sedang menuju ke satu kelas/peringkat yang cukup matang dalam mendemokrasikan Negara terdidik daripada Gerakan Reformasi 1998, perhimpunan Bersih satu, dua dan tiga, Perhimpunan Mansuh Isa, Perhimpunan mansuh PSSMI dan yang terbaru Mansuh Ptptn (anak muda dan Mahasiswa ). Ini merupakan perhimpunan mega yang di anjurkan oleh rakyat Kebanyakkan.

Justeru itu, Gerakan ini harus di muliakan. Gerakan ini harus di angkat martabat untuk sekalian makhluk. Peneraju ataupun pemimpin Gerakan haruslah di lihat bersih dari kaca penyokong, pendokong mahupun pihak lawan. Ia bertujuan supaya perkara asas iaitu perkara Fundamental itu tidak dapat tutup dengan mudah.

Sebagai Contoh di sini saya nyatakan pencerahan kepada kenyataan ini. Ambiga bagi saya bukanlah individu yang layak untuk menerajui Bersih. Saudara sekalian boleh mengelar kenyataan ini sekadar kenyataan ampuh dari seorang anak muda yang buta politik. Bagi saya, itu tidak menjadi masalah. Maka Alasan ini, saya lampirkan bukan kerana Ambiga ini berlainan warna kulit dengan saya menjadi sebab musabab untuk saya mengeluarkan kenyataan seperti ini. Berlainan warna kulit bukan perkara yang saya agong-agongkan dan untuk bukti sila lihat surat-surat saya yang terdahulu.

Walaupun Bersih dua dan tiga telah menjemput ratusan ribu anak bangsa bermaruah turun ke jalan raya tetapi tujuan mereka anak semua bangsa turun ke jalan raya telah mudah di tutup oleh pihak lawan iaitu bersoal penipuan dalam pilihanraya yang di lakukan oleh tukang kencing. Watak watak Pak Dogol di zihirkan dengan jayanya ketika menjelang hari perayaan rakyat 28 April 2012 dengan mengkritik peribadi Ambiga. Mengapa tidak di Di Kritik Pak Samad atau Saudara Isham Rais yang menjadi pemandu bersih bersama. Adakah Pak Samad Dan Isham Rais Ini guru Sekolah pondok sehingga tiada satu modal untuk mereka kritik? Jawabnya adalah satu, modal perkauman, jual bangsa mudah di mainkan oleh mereka United Malay National Organization. Maka termuntahlah Lebai Haji orang kuat Pas di Baling Kedah ketika mendengar berita tersebut.

Kembali kepada sejarah terdahulu, di mana perhimpunan bersih satu ( Saudara Mat Sabu ), Mansuh Isa ( Syed Ibrahim Syed Noh ) dan turun Harga Minyak di Kelana Jaya berlangsung dengan jayanya dan rakyat sekalian alam mengetahui untuk apa dan kerana apa mereka semua anak bangsa bermaruah berhimpun. Isu asas tidak dapat di tutup kerana pemimpin itu BErsih dan Benar benar BErsih. Mengapa, Kenapa, untuk apa da tujuan rakyat berhimpun harus di terjemahkan untuk umat sekalian alam.

Rakyat matang

Andai terpaksa sudah sampai masa dan ketika untuk rakyat sekalian alam berhimpun, berdikari tanpa pemimpin. Rakyat sudah matang terdidik daripada gerakan terdahulu. “ Ado bran BERSIH 4.0”?
Wujudnya Kritikan Dan Pujian Tanda Penulisan Itu  Bernafas ‘’ ( Mohd Zairi HS 2012 )

Mohd Zairi HJ Shafa’ai
Penulis Merupakan Pelajar Tahun Akhir University Of Selangor

Asas Kepada pengambilan Nama Kincir Tua


Mengapa Dan kenapa


Surat ini saya lunaskan apabila sesudah seminggu penulisan ini bernafas. Bagi saya ia tidak terlalu lambat untuk saya memberi sedikit penjelasan kepada para pembaca budiman, bersoal mengapa dan kenapa saya mengelar Blog saya sebagai Kincir Tua. Kenapa tidak meletakan nama Kambing Tua ke, atau Cik Nab Tua. Untuk itu saya nyatakan alasannya.


Benda apa Kincir ini


Sepertimana yang kita ketahui bahawa kincir ini adalah mesin yang di gunakan untuk menukar kuasa angin kepada tenaga putaran melalui bilah yang dikenali sebagai layar kincir angin atau kipas. Pada asalnya kincir angin dibangunkan bagi mengisar bijiran bagi penghasilan makanan. Ia juga adalah satu keguaan penting adalah bagi mengepam air. Sebagai contoh jurutera Yunani Heron dari Alexandria pada abad pertama AD merupakan peristiwa terawal diketahui mengenai penggunaan kincir angin. 

Tidak ketinggalan ia juga digunakan di Tibet dan China silam sejak abad ke-4 dan merupakan penemuaan kincir terawal di Dunia. Makna yang lebih tepat untuk pembaca ialah Kincir ini bukan lah satu alat yang di gunakan untuk membuat kueh bahulu ataupun lemang.


Suratan atau kebetulan ‘’Bukan Tajuk Lagu’’

Untuk itu saya beranggapan bahawa Kincir ini adalah sebagai satu alat yang penting .Tanpa kincir tidak mungkin akan lahirnya bijirin walaupun ada alatan lain yang di gunakan seperti Turbin yang berperanan sama seperti Kincir. Kincir ini saya umpamakan sebagai pemerintah. Kincir ini saya umpamakan sebagai peneraju tapuk kepimpinan negara yang menjadi peranan terpenting dalam sesebuah negara. 

Kincir yang tua atau dalam erti kata lain yang telah rosak haruslah di ganti dengan kincir yang baru supaya segala proses penghasilan Bijirin ini berjalan dengan lancar. Begitu juga dengan kepimpinan negara contohnya negara agung seperti Malaysia. Sejak 1957, kita di tadbir oleh satu kumpulan Poyo Melayu yang namanya United Malay National Organisation. 

Hal ini di ketahui umum. Dari penduduk Kg Keduak Daerah Sik sehingga lah Ke pendalaman Sabah dan sarawak. Maknanya di sini, sudah 55 tahun kumpulan ini memerintah. Segala kerosakan, penyalahguanaan Kuasa sehingga kes lembu-lembu di Kondo Singapore telah di ketahui umum oleh sekalian makhluk. Kita boleh lihat sendiri dengan mata hati betapa kenyangnya Bik Mama bersama ‘’isteri tersayang’’ mentedarah wang rakyat. Mahu atau engak mahu kumpulan ini harus di ganti dengan yang baru agar proses mentadbir negara ini boleh di selenggara dengan kumpulan baru. Rakyat boleh pilih kumpulan baru tersebut dan saya senaraikan di sini.



Nama-nama kumpulan yang harus di pilih rakyat
1)   Pakatan Rakyat
2)   Pakatan Rakyat
3)   Pakatan Rakyat
4)   Semua Kumpulan 1,2 dan 3
Semoga kalian berpuas hati dengan nama-nama kumpulan yang saya senaraikan di atas untuk pilihan. Heheheehehe...
Sekian..




’Wujudnya kritikan Dan Pujian Tanda Penulisan Itu Bernafas’( Mohd Zairi HS 2012 )’’

MOHD ZAIRI HJ SHAFA’AI
Penulisan merupakan Pelajar tahun akhir Industrial Psychology University Of Selangor

Saturday, 19 May 2012

Apek Lo...dan Si Tikus Gedabak


Kari mamak dan tikus gebabak

Hari berganti hari ,minggu berganti minggu, bulan berganti bulan Cuma tahun sahaja belum berganti. Sedar kadang kala tidak sedar sudah sebulan aku bekerja. Untuk permulaan, memang sukar kerana kena bangun awal ke tempat kerja. Untuk permulaan, aku terpaksa saban hari menyedut karbon yang tidak enak di sebabkan pelepasan asap-asap kereta oleh makhluk yang tidak bertanggungjawab. 

Tetapi yang manisnya bagi aku adalah menebeng di kedai mamak di persimpangan belakang rumah aku. Aku turut di temani tikus-tikus besar gedabak dalam longkang selepas pulang bekerja. Tikus-tikus besar gedabak ini tidak menjadi masalah untuk aku kerana kari ikan kedai mamak dia memang sOdap berbanding kari di dalam Tin di supermarket kepunyaan saudagar besar. Kesedapan Kari ikan kedai mamak inilah yang telah melenyapkan rasa segan silu aku terhadap tikus-tikus yang besar gedabak tadi.

Apek nama manja

Maka sudah di ceritakan sebentar tadi menebeng di kedai Mamak adalah rutin harian aku ketika aku pulang bekerja. Seperti biasa tea Tarik dan kari ikan menjadi juadah pilihan aku di kala menunggu tengelamnya matahari untuk malam menyerpa. Aku tarikh kan di sini pada 15 May 2012 iaitu hari selasa sewaktu aku menjalankan tabiat aku seperti hari-hari sebelumnya iaitu menebeng di kedai mamak, ketika berulas-ulas nasi berlumba-lumba masuk ke dalam perut aku, aku di datangi oleh seorang cina tua atau di kenali sebagai apek tua dengan panggilan manja oleh sekalian bangsa bermaruah. 

Apek ini dengan tidak semena-mena telah duduk di hadapan meja aku. Aku melihat apek ini dan apek ini juga melihat aku. Dengan mengunakan bahasa orang bisu iaitu isyarat tangan aku menjemput si apek tua ini memasuk berulas-ulas nasi ke dalam perut lalu apek ini dengan sama si Apek tua ini mengunakan bahasa isyarat yang dia telah pun makan sebentar tadi dengan mengesok perut. Mungkin itu yang aku fahami atau mungkin pula apek ini sakit perut baru 15 minit dia memerut dan aku tersalah tafsir tanda mengosok perut tersebut.

 Perbualan dengan mengunakan bahasa Bisu tadi berhenti di situ. Aku terfikir, Bagi aku kadang-kadang dan jarang-jarang anak muda seperti aku mempelawa orang yang tidak di kenali makan apatalah lagi mempelawa bangsa berlainan tidak di kenali makan. Mungkin perkataan sombong, bongkak dan berlagak terkeluar dari mulut hati saudara pembaca bila membaca kenyataan ini. Tetapi itu bukan persoalannya kerana bagi aku ‘’wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas’’ (Mohd Zairi HS 2012). 

 Bagi aku juga momokkan kumpulan si poyo melayu United Malay National Organisation untuk memecah tembok bangsa telah aku campakkan dari diri aku yang mana pelawaan aku telah membuktikan segala-segala dengan beranggapan bahawa Tok Ngah, Tok wan, Apek dan Tanggha chi ( adik perempuan ) itu adalah satu keluarga. Garis pemisah antara bangsa yang di bina dengan jayanya oleh kumpulan poyo Melayu United Malay National Organisation telah dapat aku terajangkan Ke Gunung Kinabalu. Garis pemisah yang telah di bina oleh kumpulan poyo melayu ini telah aku humbankan jauh-jauh ke dalam lautan inggeris. 

Jika kita memperhalusi apa yang telah di lakukan oleh kumpulan poyo melayu adalah memecah-belahkan dan mengucar kacirkan semangat perpaduan antara semua bangsa bermaruah telah berlaku berabad lamanya. Aku sisipkan pencerahan dan bukti kenyataan ini ,dengan tindakan yang di lakukan oleh kepala pemimpin kumpulan poyo melayu  iaitu Datin seri Najib Binti Razak isteri kepada Datuk Seri Rosmah Mansor yang mengatakan  
ayuh umat melayu kita persiapkan jentera,bawa walaupun sebtang mancis’’ ketika mana Negara namanya Malaysia di porak perandakan oleh ketegangan kaum 13 Mei 1969. 

Tindakan sedemikian tidak akan membuat Haji Semeon dan Ah Leng mengusap- ngusap kepala antara satu sama lain menunjukkan tanda persahabatan mereka baik.Tindakan sedemikian juga tidak akan mewujudkan  nilai kasih mengasihi ,sayang menyayangi antara satu sama lain. Tetapi sebaliknya tindakan sedemikian akan berlakunya amuk amukan,ludah meludah antara bangsa bermaruah.

Hari Ke dua

Perlumbaan nasi ke dalam perut aku, aku tabiatkan lagi pada hari berikutnya. Di sini aku tarikh kan pada pembaca iaitu 16 May 2012 berlakunya kejadian tersebut. Seperti semalam ketika berlakunya perlumbaaan tersebut, apek tua semalam yang entah dari mana datang itu duduk lagi di hadapan meja aku. Tempat duduk seperti kedudukan semalam. Kerusi dan meja juga seperti kedudukan semalam. Aku turut mengunakan agenda biasa seperti semalam dengan mengunakan bahasa bisu mempelawa dia makan. 

Di jangka lagi di duga sekali dan tidak perlu mengunakan khidmat tukang telek feng shui ,apek ini telah mengosok perutnya tanda dia sudah makan, juga seperti kedudukan semalam. Kali ini ia tidak terhenti di situ. kali ini ia tidak bernohtah di situ.kali ini ia tidak berakhir di situ. Kami mula berborak dan bertemberang antara satu sama lain ,dari tajuk makan belacan sampailah tajuk petik limau mandarin. 

Jelas tiada kekok, mekok, lekok antara kami berdua dan kadang-kadang aku berseleroh “jangan lupa undi pakatan ya’’ dengan di beri tanda ‘thumb up ‘ dan di sambut oleh gelak yang besar sehingga mengalahkan tikus-tikus besar gedabak dalam longkang tepi kedai mamak ini. Paling aku tidak tahan apabila “thumb up “ tersebut di iringi ucapan “ tak pa lo..kita kan satu Malaysia maa..” Alamak,pulak dah..Aku berani berseloroh begini sebab aku tahu kaum theong hua di kawasan ini telah lama menolak calon dari parti biru dengan mengantikan Teresa kok. Kalau tidak, masakan perlu akan berbicara seperti itu. Ini lah sahaja semangat perpaduan antara bangsa bermaruah yang aku mampu zahirkan untuk semua anak bangsa bermaruah.  Sekian.

·         Aku dan apek ini mampu menzahirkan keutuhan perpaduan antara semua bangsa sehingga ke saat ini. Apek Tua is Best Friend Aku…hahaahahahahaha..:-P
Wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas''
                               (Mohd Zairi HS 2012 )

Mohd Zairi Hj Shafa’ai
Penulis merupakan pelajar tahun akhir Industrial Psychology Universty Of Selangor

Bersih bersama Perjuangan Adil Palestin



 
Dusta si Poyo melayu


Mungkin ada yang tidak bersetuju bila saya mengatakan Perhimpunan Bersih memberi impak yang besar untuk rakyat Palestin dan berhimpun untuk Bersih adalah berhimpun untuk membela perjuangan adil rakyat Palestin. ‘’ishhhh.....ape plak kaitan Bersih dengan Palestin” “Palestin, Palestin la. Bersih is Ambiga Hindu”. 


Tidak menjadi masalah, saya lampirkan pencerahan untuk saudara fahami apakah bersangkut paut dan berkait kiut antara Bersih bersama Perjuangan adil rakyat Palestin. Saya harap saudara dapat berfikir dengan waras dengan membuntangkan mata yang luas kerana saya percaya lagi menyakini fikiran saudara semua lebih berkualiti dari Kera, Monyet dan Si Lontong di hutan kalimantan. 


Untuk pencerahan, Pertama kita perlu mengakui bahawa Negara ini namanya Malaysia. Saya ulangi lagi Malaysia. Saya sebut dalam perkataan M-A-L-A-Y-S-I-A. Dan yang kedua negara Malaysia ini ditadbir oleh satu kumpulan “poyo melayu” yang di panggil United Malay National Organisation. Saya turut akan mengulangi United Malay National Organisation ataupun dalam ejaan perkataan U-n-i-t-e-d M-a-l-a-y N-a-t-i-o-n-a-l O-r-g-a-n-i-s-a-t-i-o-n. Jelas tiada bunyi melayu. 


Sejak azali lagi Negara yang namanya Malaysia yang di tadbir oleh United Malay National Organisation ini tidak membuat sebarang pakatan mahupun perjanjian dengan Negara haram Israel. Negara namanya Malaysia ini juga telah memutuskan hubungan dagang dengan Negara haram Israel malah apa yang berkaitan dengan Negara haram israel telah terputus mutus. Jadi kalau ada makcik pakcik Felda dari Felda Sg Nerek atau makcik pakcik Felda dari Felda Semantan 18 yang baru dapat duit Durian runtuh beribu ribu tu bermimpi mahu melancong ke Israel lupakan sahaja mimpi tersebut. Ini adalah di sebabkan Negara namanya Malaysia memutuskan hubungan dengan Israel dalam erti kata mudah di fahami Negara tersebut haram di lawati.

Saudara semua boleh mendengar semua hujah ini yang berfundamentalkan “Negara namanya Malaysia memutuskan hubungan dengan Israel” tetapi haruslah mendengarnya beserta dengan menutup kedua belah telinga dengan kapas dan mengaru kepala tanda anda terlalu faham.


 Ini semua adalah satu pembohongan hakiki kerana Negara namanya Malaysia TIDAK memutuskan hubungan dengan Negara haram Israel. Malah Malaysia dengan Isreal Umpama Durian dengan Tempoyak. Mungkin ada di kalangan saudara ragu sambil mengaru dengan kenyataan saya. Baik saya akan sertakan lagi pencerahan dengan lebih mendalam. Pernahkah saudara makan milo? Tak pun cekelat milo di kedai Ali. Kalau makan saudara boleh lihat di bungkusan cekelat milo tersebut tertera nama ‘’ Nestle “. Kilang Nestle ada di Negara yang namanya Malaysia. Jika di analisis pengasas nestle ini bukan orang Israel tetapi pemegang saham terbesar nestle adalah dari pemodal kapitalis yang datang nya dari Israel yang bertapak wall street. 

Untuk pencerahan golongan pemodal kapitalis inilah yang merupakan penyumbang utama kepada modal untuk membekalkan alat ketenteraan untuk membunuh rakyat palestin .dan untuk pencerahan golongan pemodal kapitalis ini tidak menjadi penyumbang modal kepada kedai kopi Cik Bedah Kg Chat atau kedai Runcit Wak Kidol Kuala Selangor.


*Boleh search google untuk dapatkan maklumat senarai syarikat Israel yang bertapak di Malaysia.
                                    
Sumbangan Bersih ke atas palestin


Haji, Apek dan Aney telah berjaya beramai ramai menghumbankan perkataan takut ke gaung Haiwey Karak dan hulu Sg Perak dengan menghadiri perhimpunan Bersih 3.0 ( Syabas semua!!! ). Haji, Apek dan Aney tidak mahu “di kencing” oleh kumpulan poyo melayu. Mereka bangsa bermaruah ini telah meletakkan kumpulan poyo melayu dalam keadaan ketakutan sampai ada yang gugur bulu ketiak akibat daripada 400,000 bangsa bermaruah bangun menuntut hak. 


kumpulan poyo melayu United Malay National Organisation begitu kaget kerana mereka faham dengan mengunakan formula, apabila pilihanraya itu bersih dan adil justeru lapan tuntutan di lunaskan maka si kumpulan poyo melayu ini akan di tolak oleh rakyat. Justeru itu, hanya mengundi untuk mereka nanti ialah mat bangla,minah Sulawesi dan mat pilipin yang baru dapat IC biru. 


Perkara sahih lagi menyahihkan ini adalah apabila kumpulan poyo melayu ini di tolak oleh rakyat maka tiada lah lagi kuasa ,maka nya terlopong lah mereka tiada lagi projek Mega, tiada lagi projek jalang di Brikfil dan Bukit Bintang kuala Lumpur, tiada lagi projek air Jambu dan Kueh Teow di Casino Genting dan tiada lagi pemodal pemodal besar kapitalis datang menyembah. kuasa rakyat seterusnya secara langsung di Putrajaya lah tempatnya. 


Apabila rakyat di putrajaya maka segala hantu hantu, lembu lembu di Kondo dan Bik mama akan di campakkan di tempat yang sepatutnya nanti. Gedung gedung penghisap darah si kapitalis barat yang menjadi penyumbang utama kepada ketenteraan zionis akan di berambuskan dari Negara ini. Perhimpunan Bersih adalah susur untuk merdeka. Malaysia Merdeka,Merdeka Rakyat, Merdeka Palestin.


Surat berikutnya akan menyusul, InshaALLAH..


#BERSIH JUGA adalah PERJUANGan ADIL RAKYAT PALESTIN

Mohd Zairi Hj Shafa’ai
Penulis merupakan pelajar tahun akhir Industrial Psychology University Of Selangor