Tuesday, 29 January 2013

CIKGU HISHAM GURU SEPANJANG ZAMAN



Mungkin ada yang tidak sedar. Bahwa ada nama penting yang akan meletakkan namanya terpahat dalam coretan sejarah berharga negara. Di sebalik nama burhanudin alhelmi, tok janggut ,abdullah Cd - shamseah fakeh, anwar ibrahim , nik aziz ada insan yang akan di kenang untuk sepanjang zaman.

 Nama itu ialah Hishammudin Rais.mungkin ada yang kurang setuju.juga tidak terlepas ada yang mengatakan bahwa tulisan ini hanya membodek dan kurang penting. Jadi saya cuba buktikan di sini - bahwa kenyataan ini adalah betul dan laku untuk tahun yang mendatang.lebih dari itu sehingga dunia ini kiamat. pertama, ayuh saya pimpin ingatan saudara ke era tahun70an. 

Saya harap era yang cuba saya tulisan akan menyakinkan tentang apa yang saya lakarkan di atas. Era 70an - dunia ketika itu maseh ke belakang.waktu itu fesbook maseh belom lahir. Twiteer belom di cipta lagi.blog, email juga maseh belom wujud. Maknanya segala bentuk perhubungan maseh terbatas.justeru itu,  manusia mencari jalan lain untuk menghubung antara manusia dgn manusia. Di universiti - pelajar pelajar tidak terlepas dari masalah sama. kaum pelajar telah mengunakan speaker coner sebagai alat perhubugan mereka.

 Di sini, segala bentuk permasalahan pelajar, masalah rakyat bahkan permasalahan yang menhimpit di negera lain juga mereka ketengahkan.hasilnya cukup berkesan. Sehingga dengan speaker coner sahaja mampu menarik ribu manusia sedar datang memberi sokongan.buktinya protes kemiskinan di kuala lumpur yang menarik solidariti rakyat khususnya kaum pelajar ketika itu. yang mengetuai perhimpunan ketika itu adalah saudara hisham sendiri dan rakan yang lain. Banyak lagi bentuk bentuk bantah diadakan ketika itu. 

Hasilnya berpunca dari speaker coner. Pemerintah di bawah kerajaan UMNO telah melihat bahwa speaker coner ini adalah satu bentuk ancaman baru kepada mereka.gerakan ini terpaksa di patahkan.speaker coner harus di hentikan. Justeru itu - pada tahun 1974 pemerintah telah mengubal akta unversiti dan kolej universiti. Alasannya untuk memantau dan mengawal segala bentuk aktiviti pelajar.bagi saya ini adalah satu cubaan menghalang kaum pelajar dari bangun menuntut hak terutamanya kepada pemerintah.  

akta ini di bantah oleh kaum pelajar.ketua ketua pelajar yang mempunyai tahap kesedaran sosial yang baik ketika itu di buru.persatuan persatuan pro pelajar di haramkan.pensyarah pensyarah pro sosial di tamatkan kontrak.tidak terlepas juga saudara hisham sendiri  terpaksa ke luar negara untuk mengelakkan diri daripada di tangkap oleh pemerintah. Tempoh 20tahun adalah masa yang di habiskan oleh beliau di luar negara. Bibik bibik dari akta ni - penentangan dari kaum pelajar tidak terhenti di situ. Sehingga ke hari ini maseh ada kedengaran suara suara keramat kaum pelajar yang membantah akta tersebut

Pelbagai memorendem, perbincangan dengan pihak pemerintahn diadakan.saya juga sempat untuk menyertai beberapa siri perbincangan dengan pihak pemerintah tetapi semuannya gagal.alasannya sama - dengan terhapusnya akta ini sahaja mampu menyerahkan kembali kesedaran pelajar seterusnya menjadikan kaum pelajar itu sebagai kuasa pendesak di antara pemerintah dan rakyat.semua ni adalah ingatan kaum pelajar sekarang yang telah di lakukan oleh kaum pelajar terdahulu di zaman saudara hisham.



Maknanya - kesenambungan dari gerakan terdahulu telah memberi sedikit sebanyak kefahaman kepada kaum pelajar sekarang bahwa mahasiswa itu mempunyai suara yang mampu mengugat pemerintah negara. kedua adalah berkaiatan idea yang cuba di bawa oleh beliau dalam perancangan untuk menjadikan negara ini sebagai hak autoriti semua rakyat dan bukan hanya untuk sesuatu nama atau keluarga. Kekayaan itu untuk semua. Ceramah, forum ilmu, penulisan dan kolum kolum media rakyat telah di gunakan. Semuanya adalah bertujuan untuk menghasut rakyat supaya menjadi diri rakyat itu adalah tuan kepada ini tanah. BERSAMBUNG..

DI SEBALIK LORONG ITU



Hujung minggu lalu - saya ke jalan petaling. Saya cuba dapatkan barang yang saya cari. Minggu itu saya beli buah - air botol , jagung dan sehelai baju. Semuanya tidak sampai 30 ringgit.Saya pergi dengan seorang kawan. 

Seperti biasa saya akan pergi ke salah sebuah kedai baju murah di kawasan tersebut. Waktu itu jam saya pukul 9 pagi. Peniaga sedang sebuk mengemas barang untuk persiapan berniaga pada hari tersebut.dalam fikiran saya mungkin agak awal saya sampai ke situ. Maknanya jika saya berjalan di kedai kedai mencari pakaian - banyak lagi kedai yang belom di buka. Untuk menunggu kedai semua di buka - saya SINGGAH di sebuah kedai kopi. Kedai kopi ini kepunyaan orang theong hua.saya cuma pesan tea panas.

Sambil berbual dengan kawan, mata saya teralih ke tempat kaki lima rumah kedai tersebut. Mata saya tertumpu ke arah sosok yang taat berdiri. Dari raut wajah sosok itu jelas mereka itu orang asia seperti saya. Dalam bayangan saya - saya fikir mereka ini bekerja di kedai di salah sebuah kedai pakaian di situ. Sedang fikiran saya terbayang dengan tidak di sedari kawan saya menepuk meja lalu dia kata " woii, lu tau sapa tu. Ayam murah tu beb ''. Saya cuma senyum dan terus segala macam hal bermain di fikiran saya.

Apa yang saya tahu - kebiasaannya warga  ini hanya berkeliaran pada malam hari. Tetapi masa itu maseh lagi awal. mungkin waktu itu mereka perlu bekerja untuk mendapatkan makanan di sebelah tengahari.persoalan itu tidak penting. Untuk saya perkara kemestian yang perlu kita persoalkan kemana pegawai pegawai polis sewaktu ini? 
Dua tiga kali kereta peronda polis lalu di kawasan ini adakah mereka tidak sedar tentang kewujudan warga ini di celah kaki lima rakyat?  Mungkinkah  ini apa yang di katakan oleh bekas ketua polis negara Musa Hassan bahwa polis menjaga penjenayah.

jelas dan benar sekali seluruh pegawai pegawai polis yang berpangkat tinggi ini di bayar oleh tokey tokey besar untuk melindungi jenayah dan seterusnya menjaga segala eset kepentingan mereka. 

Jika kenyataan saya ini salah maka saya minta saudara pembaca dangkal dengan hujah. Sebelom saya akhiri tulisan saya - saya tinggalkan persoalan ini. Selain pegawai polis berpangkat tinggi, adakah menteri menteri juga turut sama di bayar untuk menjaga jenayah tersebut? - zairi HEri 2013

Wednesday, 9 January 2013

RAKYAT ITU DAN INI


Usia saya sedang menuju ke angka 30 tahun. Dalam seusia sebegini - kehidupan yang terpaksa di lalui akan lebih mencabar. Sama ada masalah itu kecil atau besar, banyak atau sikit - masalah itu adalah  wahyu untuk kita terus berfikir. Saya ramai kawan yang berada dalam lingkungan seusia dengan saya. Mempunyai latar belakang yang berbeza - Dari kaum gelandangan sehingga ke kaum profesional telah saya berkawan. Walaupun mempunyai latar yang berbeza, ada satu persamaan yang saya temui. Ia adalah berkaitan dengan ' masalah modal untuk hidup '. 

Makna modal di sini adalah sumber untuk manusia itu meneruskan hidup. Modal itu akan menyebabkan beras di rumah di sini.modal itu akan menyebabkan kenderaan itu bergerak.modal itu juga akan menyebabkan orang sakit miskin mampu membeli ubat. Adalah tidak adil sekirannya saya menyalahkan diri si pelapor masalah bahwa masalah modal itu berpunca dari sikap malas bekerja. 

Minggu lalu di kampung - saya sempat berbual dengan seorang kawan, sambil berbual beliau berkongsi soal gaji yang beliau terima dari majikan. Kerjanya hanya buruh biasa di sebuah anak syarikat FELDA. Kerja seminggu enam hari dan menerima gaji sebanyak 700 ringgit sebulan.masuk elaun motosikal sebanyak 30ringgit sebulan jumlahnya 730ringgit.mungkin ada di antara pembaca yang mengatakan jika di urus kewangan itu dengan baik,jumlah itu mencukupi. 

Terima kaseh atas jawapan itu....

Untuk saya ini bukan persoalan cara rakyat itu mengeruskan kewangan dengan baik atau tidak tetapi adalah bersoal jurang di antara orang bawah itu sedang menuju ke garis yang cukup kritikal. 


Sahabat pembaca yang di kasehi sekalian..

Di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis seperti malaysia perkara ini adalah lumrah. Lebih tepat lagi semua ini adalah hukum yang terpaksa di lalui oleh rakyat yang bertuhankan sistem ekonomi kapitalis. Di dalam undang undang sistem kapitalis pemodal akan menggunakan modal yang sedia ada dengan tahap minimum bagi meningkatkan keuntungan yang melampau.modal itu adalah tapak tempat kerja - alatan kerja - gaji pekerja dan termasuk buruh yang mereka kerah untuk memastikan keuntungan itu berterusan. 


Untuk Ingatan sejarah - Undang-undang kapitalis telah mendapat penentangan sejak zaman perang dunia ke dua lagi. Malang di malaysia - subjek kefahaman rakyat itu belom sampai ke satu tahap yang membolehkan undang undang di tentang habis habisan.buktinya, dari apa yang kawan saya kongsikan tadi.gaji sebanyak 700 itu menjadi rutin biasa dan si penerima gaji maseh mampu rela di jerut oleh majikan.maknanya mereka maseh belom sedar.

mereka lupa - bahwa ada sejarah yang berlaku 1917 di mana kaum bawahan - rakyat bawahan bangun melawan golongan atasan.akhirnya hak di berikan. Suara di dengar. Yang miskin di bela. Mereka yang menentang sedar bahwa tanah yang mereka duduki hari ini adalah tanah di mana tumpahnya darah ibu sewaktu melahirkan mereka.tidak masuk akal - kemiskinan itu di tentukan oleh dua tiga kerat tokey tokey kaya di tempat mereka lahir. 


Tunggu! 

Jangan salahkan tokey kaya. Mereka ini hanya watak yang melengkapkan setiap aturan sistem yang sedia ada.caranya sistem itu harus di hapuskan dulu dan di ganti dengan sistem yang baru.sistem yang menjamin autoriti rakyat semua bangsa .sistem yang akan membawa semua rakyat keluar dari kotak kemiskinan.sistem ini akan menyebabkan kawan saya tadi mampu hidup lebih senang.sistem ini juga mampu membuat anak anak miskin mendapat pendidikan dengan baik.justeru itu - adalah menjadi tanggungjawab semua untuk kita bangun melawan sistem yang sedia ada.. 



Untuk permulaan adalah 12 januari 2013. Himpunan kebangkitan rakyat. Himpunan ini ingatan kita kepada kerajaan yang mengawal sistem tersebut. Sama ada kerajaan bertukar tangan ataupun tidak - adalah menjadi kemestian untuk kita terus melawan. 


- sekian diri saya. Zairi HEri 2013 – 

Monday, 7 January 2013

2012 BERLALU - TAHUN BARU MOGA CERITA SEMUANYA MOLEK

Di sini ada gambar.
Gambar dari awal tahun sampai habis tahun.
Wa tampal gambar gambar yang best saja.
Gambar yang tak best wa buang jauh jauh.

Konsert

masa awal tahun..
dalam bulan empat macam tu - The Cranberries.
kumpulan rock yang wa cukup minat datang malasyia lah beb...
duit memang tarak.
harga tiket nak cecah 300ringgit macam tu..
wa orang miskin mana ada duit.
jadi wa guna akal.
caranya mintak sponser.
akhirnya dapat pegi..
terima kaseh orang sponser!!

Gambar ini lepas wa penat tengok itu kumpulan
gambar dengan kawan wa.
Awe...







demo bersih 3.0

bulan empat jugak..
hujung bulan.
wa terjebak untuk kali yang ketiga.
untuk buat bising kat KL.
join itu perhimpunan aman BERSIH 3.0.
masa ni wa pergi dengan seorang awek.
wa mengaku...




gambar ni masa malam perhimpunan di adakan.
malam ni - kawan wa dari kedah buat semak nak ikut join sama. wa dengan dia. Hassan.




janji bersih

kemudian bulan lapan.
ini agak menarik.
hujung bulan. di Dataran Merdeka
ada janji bersih.
masa ni - wa pergi bertiga
ni gambar malam tu..dengan kawan kawan wa..











yang tua tunjuk peace tu kawan. dia ni tua tapi xnk mengaku tua. betul beb!
sebelah org tua tu kawan wa jugak..orang kuat UMNO johor.
dan sebelah dia kawan wa datang dari penang..
lain- lain manusia dalam gambar ni wa tak kenal..
dan ada lagi gambar.









dari kiri amoi cun dari penang..jangan mintak no fon dia kat wa..OK?
kemudian org kuat umno johor dan
sebelah dia budak filipina..ha ha ha...

wa kena tangkap!

angkara semua ini kerja.
di sebabkan kerja satu malam saja.
tak pasal pasal wa nyaris masuk dalam..
ini adalah gambar kat rumah pasong dang wangi.
masa kat dalam kawan wa dapat seorang abang angkat













nama dia inspektor rozaini.
selalu kol dia mintak maklumat ha ha ha..
.wa kena soal siasat selama berbelas jam..wa tak ingat..
dari pukul 230ptg sampai 5 pagi.
yang tolong bantu wa dalam kes ni.
beberapa orang peguam.
nama dia..brader Jan Omar, kawan dia dan fadiah serta kawan2 yang lain..Terima Kaseh!!

polis ada tanya..
hobi wa...
wa suka makan apa..
dah kawen belom..
tu saja soalan dia..lain lain soalan wa tak ingat sebab banyak sangat..
dalam pukul 1 pagi.
lepas ambil keterangan. polis tak puas, hati,sebab bila polis tanya semua soalan cuma satu jawapan saja yang wa jawab
" saya tak mau jawab! "

terus..polis tanya " bendera mana bendera ''

wa jawab bendera ada incik..kalau nak incik cari di rumah..tu pun kalau tikus belom gigit la..
jadi...
wa dengan kawan wa yang ni - kena angkut naik van ke rumah.
dari rumah pasong ke rumah wa dalam satu jam gitu..



ok ni van yang wa naik..
dari rumah pasong ke rumah sewa wa.
dalam tiga kali macam tu polis bawak wa pusing pusing KL
setelah berpusing pusing baru lah wa di bawa ke rumah wa..
bagi wa..ini adalah cubaan polis untuk menakut nakutkan wa..



jadi bila sampai rumah sewa..bendera kena ambil..
polis mintak baju.. tapi wa cakap.." incik,,baju tu saya beli mahal incik..saya beli kat pasar malam "
terus..polis tak jadi ambik..
lepas polis ambik bendera dua keping terus wa di bawa semula ke rumah pasong.
dua tiga kali juga polis pusing rumah pasong tu saja guna polis punya taktik untuk saja main saiko..

bendera dah kena ambik..janji polis wa kena bebas..jadi pukul 5 wa bebas..
masa tu.
otak wa penat - campur seharian tak makan..
jadi bila keluar dari rumah pasong.
mujur ada kawan kawan kasi semangat..wa rasa orang politik tak dak subuh tu.
sebab tu bila jumpa orang politik wa main jauh jauh..
tu saja..


 









ni kawan yang kasi semangat..terima kaseh!!



lain lain cerita!

lepas ini kes..
wa jalani kehidupan seperti biasa..

nanti!! wa lupa..dalam bulan lapan macam tu sebelom masuk dalam wa ada ambik stok.
ambik stok barang.
barang meniaga,,
jangan tanya apa barang wa meniaga..kalau nak,kasi tau..barang ni boleh kasi awek pakai.
jadi - macam biasa wa buat hal wa pergi meniaga.
wa sempat meniaga di konsert bersih.

malam tu wa meniaga sebelah mamat jual baju dan sebelah brader pyaan habib.
abang pyann dia meniaga buku dia.
sama tolong jual itu vCD lagu Brader Nik Jidan..
ok kejap..
wa ada gambar..



ni abang pyann, brader charlee, ali dan wa xkenal..








ni gambar kat kedai abang pyann..
masa ni first time wa jumpa itu komrad rakyat..wa rasa dia ni ASS bee lah beb..




sesi bedah buku..
buku ni tajuk pasal onn jaafar kalau wa tak silap..
dalam gambar...
charlee, wa, pyann habib, nik jidan dan komrad rakyat..

di Janda terBAIK!

lagi - ni gambar wa pergi bercuti itu sama blogger..
wa saja buat ramai kasi itu - cukup korem.
ada makan free .
jadi wa pergi.
kat janda baik..jumpa itu uncle seekers..










ni masa sebelom sesi memuja untuk cari hantu sama uncle seekers.
dan ni ada lagi gambar di sana.




wa dengan orang tua abu nawas dan adik angkat dia.
hahaha..
masa ni..tengah tengok ada pakcik tu bawak sebilah keris.
dia kata itu keris taming sari.
wa tak tau betul ke tidak..kalau dia kata itu keris boleh hantar duit pun wa angguk saja..
tapi orang tua abu nawas yg baju hitam tu percaya..tengok mulut dia ternganga..duk meleleh air liur sebab ingat keris tu boleh kasi duit..ha ha ha..

lagi ada gambar










THAILAND bikin HAL 

ok cerita ni bagi wa cukup istemewa..
kalau bagi awek cun dengan ini cerita memang lah wa pilih itu awek cun!! ha ha...

bulan 11 wa ke selatan thai..nama tempat tu selatan thai lah..
.tempat ini tempat perkampungan parajurit Parti komunis Malaya..
dalam kepala wa.. sebelom ke sini mesti manusia yang tinggal di sini hidup dalam kesesatan.
makan tupai..
ye la..apa yang wa tau dari wa zaman kanak kanak sampai sekarang Komunis adalah sesat dan tak de .agama..jadi bila wa sampai sini apa yang wa nampak pertama adalah ini banggunan..


lu orang teka banggunan apa ni?
kalau lu orang nak tau..ni lah masjid tempat orang islam sembahyang.
terkena wa kali ni....
apa yang masyarakat cakap sama wa selama ni komunis tak de agama tu adalah cerita karut!!




di sini wa sempat berjumpa dengan tokoh perjuangan kemerdekaan.
dia pernah menjadi pengerusi Parti Komunis Malaya.
nama dia Abdullah CD..
kalau dalam cerita versi Umno dia ni kepala penjahat..
pernah di tawarkan ribu ringgit kalau wa xsilap kepada siapa yang dapat tangkap dia dan serah pada penjajah..



yang tengah tu gambar dia..ni gambar ramai ramai...






















lagi - wa sempat jumpa dengan pak mamat.
dia ni otai tongkat ali..
komunis juga..
sapa lemah boleh terus jumpa dia.betul!!
dia orang pahang. keturunan teong hua..
bila masuk komunis terus masuk islam..

lepas wa angkat kaki blah dari perkampungan ni.
wa dapat belajar benda baru selain ilmu kuat pak mamat..
tentang.. apa itu perjuangan kemerdekaan yang sebenar lah beb..

HUJUNG TAHUN 

wa rasa elok wa terus ke hujung tahun 2012.
malam tahun baru kali ni - wa sambut.
dalam hidup wa..
tak pernah pernah wa sambut..

sebab bagi wa tiada erti tahun baru tanpa Isteri tersayang,,
jadi kena kasi kawen dulu baru sambut..ha ah ahhaha...

malam tahun baru..wa dengan kawan buat itu projek bendera rakyat..
sini ada gambar..

wa dan kawan.
wa datang saja buat semak.
sebelom sidang media.
jadi lepak dulu mengumpat itu rosmah.





malam tu..
projek ni bagi wa berjaya.
sebab bendera naik cun atas kemah muhiddin duduk.
malam tu muhiddin datang dataran merdeka tengok konsert...
meh wa kasi tengok gambar...
tip top!!













berita tentang kibaran bendera ini - warga selatan thai dapat tau.
jadi mereka kirim sama itu tahniah dan terima kaseh!
sebab..bendera rakyat 1947 ini lah bendera anak semua bangsa di malaysia.
melayu india cina - dulu dulu angkat ini bendera bersama sama dan tolak itu sama acuan penjajah inggeris.
maknanya mereka mau inggeris blah.
tak ada apa apa sangkut paut dengan negara ini lagi.
jadi..kerja kami..abdullah CD suka!!

ni gambar dia suka.
dalam kertas tu..
gambar bendera rakyat 1947 naik atas kepala muhiddin dan rais yatim yang tengah duk syok tengok artis nyanyi kat pentas

..ha ha ha ha..padan muka!!





ok tu saja..tahun depan ada lagi gambar
tunggu gambar wa kawen dengan tut....
tu yang penting..

selamat tahun baru..moga allah kasi itu keberkatan dalam mengharungi tahun yang mendatang
INSHAALLAH..


Sunday, 6 January 2013

12 JAN - BERSIAP SEDIALAH KAUM YANG DI RAMPAS HAKNYA





Agak  lama saya tidak menulis. apa saya ingat tulisan terakhir saya yang telah di tulis adalah 3 hari selepas saya di sabitkan dengan kesalahan akta hasutan kes kibaran Sang Saka pada malam 30 ogos tahun lalu. Dua bulan mungkin angka yang tepat bahwa saya tidak bersama sama dalam penulisan blog.

Sepertimana yang di rancang sebelomnya - 12 januari 2013 adalah tarikh untuk seluruh rakyat yang merasakan diri di tindas akan mengadakan perhimpunan besar besaran di Kuala Lumpur. perhimpunan ini kan menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun dan mungkin angkanya akan mencecah lebih dari itu. satu juta. ? anggarannya mungkin begitu.

sudah pasti ada di antara saudara yang  maseh  keliru  dengan tujuan perhimpunan itu diadakan. saya tidak menyalahkan persoalan itu kerana sudah menjadi kelaziman bahwa rakyat di negara ini tidak mempunyai tahap kesedaran sosial atas apa perkara yang berlaku di sekeliling. jadi adalah menjadi tugas saya untuk menepuk bantal saudara supaya saudara yang maseh tidur itu terus terjaga.

Saudara pembaca yang saya kasahi sekalian - perhimpunan rakyat adalah medium yang terbaik untuk seluruh rakyat menyatakan hak. sama ada hak itu kecil atau besar. Ini telah di janjikan dalam lakaran bertulis dalam perlembagaan Malaysia Perkara 10 bahwa rakyat itu tidak kira United Malay national Organisation atau DAP ,miskin atau kaya, pandai atau bodoh, tua atau muda, petani atau golongan pendidik, pelacur bawahan atau Maknyah  adalah mempunyai hak untuk berhimpun  membantah segala bentuk tindakan yang di lakukan oleh pemerintah.

ini yang berlaku 

Senario yang berlaku di sekeliling kita adalah begini. ini negara kita. tanah ini tanah kita tetapi  mungkin ada yang sedar dan pasti ada yang sengaja tidak mahu sedar. senario yang saya tulis ini adalah jawapan mengapa kita perlu turun berpatisipasi pada 12 januari nanti.

Melihat di sekeliling kita. Terbukti maseh ada rakyat yang di rampas haknya dengan mendapat pendapatan gaji 500 ringgit ke bawah. pasti ada ibu ibu tunggal yang TIDAK ADA HAK sewajarnya  dan miskin , tanah rakyat di rampas oleh pemodal , golongan pelajar yang terjerat dengan pinjaman along PTPTN dan suara mereka di halang, kaum buruh yang di himpit dengan kos sara hidup yang cukup membebankan - sehingga ada harus mengikat perut untuk menampung segala kos yang sengaja di timbulkan oleh pemerintah. Tol, cukai pintu, cukai makanan, cukai beras, cukai api dan air - semua ini kos yang segaja di timbulkan oleh pemerintah.

Peningkatan pelajar lepasan Universiti yang mengangur itu menjadi perkara wajib. Gelandangan yang semakin ramai sedangkan pemimpin kaya raya sebuk mengumpul kekayaan untuk keturunannya. sila semak berapa kaya Taib Mahmod Ketua Menteri Sarawak?  Petani Miskin, golongan peniaga kecil dan ada lagi yang tidak sempat saya tulis di sini menjadi faktor yang menyebabkan rakyat ke jalanraya untuk mendesak layanan yang sepatutnya di lakukan oleh pemerintah. ini tanda marah rakyat. tanda marah ini harus pemerintah dengar.


spr dan peranannya

Ini paling penting . SPR - suruhanjaya Pilihanraya Malaysia adalah badan yang menguruskan Sistem Pilhanraya Malaysia. Ini cerita betul. Bukan dan tentu bohong adalah cerita ini saya ambil dari orang gila ataupun dari Mat Bangla yang akan mengundi pada pilihanraya nanti.

Dari nama dan misi penubuhan memang nampak adil, nampak enak. tetapi apa yang telah di report oleh badan badan bebas yang memantau Sistem Pilihanraya Malaysia - jelas menampakkan badan ini adalah badan yang menjaga kepentingan United Malay National Organisation untuk terus berkuasa. Bagaimana di selangor sendiri peningkatan puluhan ribu pengundi baru di sesuatu kawasan dan jika di lihat senarionya sama berlaku sepertimana tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu. Maknanya semua negeri akan tumbang dengan penipuan licik ini.

Berita tentang warga asing akan mengundi pada pilhanraya nanti juga tidak perlu saya hebohkan lagi di sini. saya fikir semua rakyat tahu bahwa SPR dan jabatan pendaftaran Negara telah bersama sama bergotong royong bagi memastikan nama nama seperti kayu - lembu - mangkuk hayun - beruk dan todi akan di daftarkan sebagai rakyat Malaysia dan memastikan mereka mereka ini akan mengundi United Malay National Organisation.

Buktinya di Sabah bagaimana di laporkan pendatang asing yang mendapat IC secara terang terangan dan ini di akui oleh jabatan bertanggungjawab - sehingga ke hari ini tidak di siasat secara menyeluruh tentang siapa yang menjadi dalang. dan dan dan yang penting dan saheh rakyat mahu tahu apakah tujuan IC itu di keluarkan.

Jadi tidak pelik - ramai di antara sahabat sahabat saya yang tidak daftar untuk mengundi kerana beranggapan bahwa  mendaftar untuk mengundi adalah sama seperti merelakan kepala di kencing oleh United Malay National Organisation dengan sistem yang sedia ada.


rakyat tuntut

Justeru itu , tidak ada cara lain. Tidak ada pilihan lain melainkan jalanraya. Jalanraya adalah adalah medium sebenar. Nama nama ini telah bersumpah. Anak- anak muda - orang kampung dari hulu  Sg pahang - Si tua - Warga Felda - Petani - Tukang teksi - Warga Kota - Orang Kurang Upaya - jutaan Rakyat Miskin akan turun bersama sama bagi memastikan pilihanranya di bersihkan sebelom pilihanraya. dengan membersihkan pilihanraya sahaja mampu menghapuskan segala permasalahan yang saya tulis pada awal tulisan saya

Elak tidak menjadi bodoh dan di perbodohkan - 12 haribulan kita jumpa di Kuala Lumpur.dengan harapan segala impian ini akan tercapai. Jumpa di sana. DUnia Baru Pasti DATANG!!

Zairi HEri 2013

akan di tulis lagi..