Sunday, 6 January 2013
12 JAN - BERSIAP SEDIALAH KAUM YANG DI RAMPAS HAKNYA
Agak lama saya tidak menulis. apa saya ingat tulisan terakhir saya yang telah di tulis adalah 3 hari selepas saya di sabitkan dengan kesalahan akta hasutan kes kibaran Sang Saka pada malam 30 ogos tahun lalu. Dua bulan mungkin angka yang tepat bahwa saya tidak bersama sama dalam penulisan blog.
Sepertimana yang di rancang sebelomnya - 12 januari 2013 adalah tarikh untuk seluruh rakyat yang merasakan diri di tindas akan mengadakan perhimpunan besar besaran di Kuala Lumpur. perhimpunan ini kan menyaksikan lebih setengah juta rakyat berhimpun dan mungkin angkanya akan mencecah lebih dari itu. satu juta. ? anggarannya mungkin begitu.
sudah pasti ada di antara saudara yang maseh keliru dengan tujuan perhimpunan itu diadakan. saya tidak menyalahkan persoalan itu kerana sudah menjadi kelaziman bahwa rakyat di negara ini tidak mempunyai tahap kesedaran sosial atas apa perkara yang berlaku di sekeliling. jadi adalah menjadi tugas saya untuk menepuk bantal saudara supaya saudara yang maseh tidur itu terus terjaga.
Saudara pembaca yang saya kasahi sekalian - perhimpunan rakyat adalah medium yang terbaik untuk seluruh rakyat menyatakan hak. sama ada hak itu kecil atau besar. Ini telah di janjikan dalam lakaran bertulis dalam perlembagaan Malaysia Perkara 10 bahwa rakyat itu tidak kira United Malay national Organisation atau DAP ,miskin atau kaya, pandai atau bodoh, tua atau muda, petani atau golongan pendidik, pelacur bawahan atau Maknyah adalah mempunyai hak untuk berhimpun membantah segala bentuk tindakan yang di lakukan oleh pemerintah.
ini yang berlaku
Senario yang berlaku di sekeliling kita adalah begini. ini negara kita. tanah ini tanah kita tetapi mungkin ada yang sedar dan pasti ada yang sengaja tidak mahu sedar. senario yang saya tulis ini adalah jawapan mengapa kita perlu turun berpatisipasi pada 12 januari nanti.
Melihat di sekeliling kita. Terbukti maseh ada rakyat yang di rampas haknya dengan mendapat pendapatan gaji 500 ringgit ke bawah. pasti ada ibu ibu tunggal yang TIDAK ADA HAK sewajarnya dan miskin , tanah rakyat di rampas oleh pemodal , golongan pelajar yang terjerat dengan pinjaman along PTPTN dan suara mereka di halang, kaum buruh yang di himpit dengan kos sara hidup yang cukup membebankan - sehingga ada harus mengikat perut untuk menampung segala kos yang sengaja di timbulkan oleh pemerintah. Tol, cukai pintu, cukai makanan, cukai beras, cukai api dan air - semua ini kos yang segaja di timbulkan oleh pemerintah.
Peningkatan pelajar lepasan Universiti yang mengangur itu menjadi perkara wajib. Gelandangan yang semakin ramai sedangkan pemimpin kaya raya sebuk mengumpul kekayaan untuk keturunannya. sila semak berapa kaya Taib Mahmod Ketua Menteri Sarawak? Petani Miskin, golongan peniaga kecil dan ada lagi yang tidak sempat saya tulis di sini menjadi faktor yang menyebabkan rakyat ke jalanraya untuk mendesak layanan yang sepatutnya di lakukan oleh pemerintah. ini tanda marah rakyat. tanda marah ini harus pemerintah dengar.
spr dan peranannya
Ini paling penting . SPR - suruhanjaya Pilihanraya Malaysia adalah badan yang menguruskan Sistem Pilhanraya Malaysia. Ini cerita betul. Bukan dan tentu bohong adalah cerita ini saya ambil dari orang gila ataupun dari Mat Bangla yang akan mengundi pada pilihanraya nanti.
Dari nama dan misi penubuhan memang nampak adil, nampak enak. tetapi apa yang telah di report oleh badan badan bebas yang memantau Sistem Pilihanraya Malaysia - jelas menampakkan badan ini adalah badan yang menjaga kepentingan United Malay National Organisation untuk terus berkuasa. Bagaimana di selangor sendiri peningkatan puluhan ribu pengundi baru di sesuatu kawasan dan jika di lihat senarionya sama berlaku sepertimana tumbangnya kerajaan PAS di Terengganu. Maknanya semua negeri akan tumbang dengan penipuan licik ini.
Berita tentang warga asing akan mengundi pada pilhanraya nanti juga tidak perlu saya hebohkan lagi di sini. saya fikir semua rakyat tahu bahwa SPR dan jabatan pendaftaran Negara telah bersama sama bergotong royong bagi memastikan nama nama seperti kayu - lembu - mangkuk hayun - beruk dan todi akan di daftarkan sebagai rakyat Malaysia dan memastikan mereka mereka ini akan mengundi United Malay National Organisation.
Buktinya di Sabah bagaimana di laporkan pendatang asing yang mendapat IC secara terang terangan dan ini di akui oleh jabatan bertanggungjawab - sehingga ke hari ini tidak di siasat secara menyeluruh tentang siapa yang menjadi dalang. dan dan dan yang penting dan saheh rakyat mahu tahu apakah tujuan IC itu di keluarkan.
Jadi tidak pelik - ramai di antara sahabat sahabat saya yang tidak daftar untuk mengundi kerana beranggapan bahwa mendaftar untuk mengundi adalah sama seperti merelakan kepala di kencing oleh United Malay National Organisation dengan sistem yang sedia ada.
rakyat tuntut
Justeru itu , tidak ada cara lain. Tidak ada pilihan lain melainkan jalanraya. Jalanraya adalah adalah medium sebenar. Nama nama ini telah bersumpah. Anak- anak muda - orang kampung dari hulu Sg pahang - Si tua - Warga Felda - Petani - Tukang teksi - Warga Kota - Orang Kurang Upaya - jutaan Rakyat Miskin akan turun bersama sama bagi memastikan pilihanranya di bersihkan sebelom pilihanraya. dengan membersihkan pilihanraya sahaja mampu menghapuskan segala permasalahan yang saya tulis pada awal tulisan saya
Elak tidak menjadi bodoh dan di perbodohkan - 12 haribulan kita jumpa di Kuala Lumpur.dengan harapan segala impian ini akan tercapai. Jumpa di sana. DUnia Baru Pasti DATANG!!
Zairi HEri 2013
akan di tulis lagi..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment