Setelah sebulan tidak menulis, buat pertama kalinya dalam bulan
ini tulisan ini di lahirkan. Tidak lain dan tidak bukan - tulisan ini di lahirkan
adalah bertujuan untuk menjahanamkan United Malay National Organisation. Ini
adalah cabang jihad yang di genggam sebelom karya ini di buat empat bulan
sebelom ini.
Setelah lebih seminggu heboh di media akhbar bersoal kibaran
sang saka malaya, akhirnya hebohan kesah itu senyap bin sunyi. Ini adalah
kerana mereka United malay National Organisation tahu bahwa di sebalik kesah bendera
tersebut tersimpan seribu satu cerita yang menyebabkan kumpulan ini akan lenyap dari
coretan sejarah. Lagi lama mereka mainkan lagi lama bohongan mereka akan pecah.
MAKIN TERSUNGKUR
Ayuh saya bawa pembaca ke luar jendela tahun ini. kesahnya
pada tahun 2011. Kesahnya bermula apabila Tuan Haji Mohammad sabu mengeluarkan
kenyataan bahwa Mat Indera adalah perjuang tulen melayu. Mat Indera adalah
orang yang mempunyai peranan penting dalam menghapuskan kemaraan penjajah. Setalah
kenyataan terbuka dari mat sabu maka Heboh di media akhbar bahwa mat sabu
adalah komunis. Ajenda komunis sedang meresap di dalam parti islam. Mat sabu
adalah pertualang bangsa. Mainan kesah ini berlarutan sehingga lebih kurang dua
minggu.
Akhirnya mereka United Malay National organisation akur
bahwa kesah ini terpaksa di hentikan. Ini kerana anak muda, anak tua dan anak
kepada ibu dara mengkaji tentang kesah tersebut dan menemui satu cerita yang
sebelom ini tidak pernah di fikirkan oleh mereka bahwa - ada nama lain yang
menuntut kemerdekaan tanah malaya. Parti Komunis Malay 1930 adalah kumpulan
yang bertanggungjawab mendesak penjajah inggeris berundur dari tanah mALAYA
Parti komunis malaya yang berdiri atas nama semangat
menghalau penjajah adalah kumpulan yang menuntut kemerdekaan dengan cara yang
lebih radikal. Mereka masuk hutan angkat senjata lawan penjajah inggeris.
Begitu juga Parti Kebangsaan Melayu Malaya PKMM 1945, Kesatuan Melayu Malaya
1938, PUTERA, AMCJA, API AWAS. turut ada anggotanya menyertai PKM untuk bersama
sama menghalau penjajah. Apa makna semua
ini? ini adalah tanda bahwa kemerdekaan malaya di cipta hasil daripada desakan
kumpulan ini dan bukan Kumpulan United Malay National Organisation.
Dengan mengelarkan Mat Indera adalah perjuang maka bohongan
cerita dan kesah United Malay National Organisation pecah. Ini adalah kejayaan Mat Sabu dalam menjadikan diri sebagai garis untuk menyambung rakyat keseluruhan
dengan kajian sejarah sebenar.
APA PULA SUMBANGAN KIBARAN SANG SAKA MALAYA
Sepertimana yang di tulis di dalam blog singa selatan,
kibaran bendera tersebut adalah untuk mengimbas kembali sejarah dan mengangkat
nama-nama perjuang terdahulu. Bagi saya, kibaran yang di lakukan pada malam 30
ogos yang lalu, saya mempunyai niat lain. Niatnya adalah untuk menyekat fitnah
united malay national organisation terhadap golongan yang menuntut
kemerdekaan secara sah di sisi rakyat.
Berapa lama bonda Shamseah Fakeh fitnah? Bapak rashid
maidin? Abdullah CD? Chin Peng? Ibrahim Yaakob dan Ahmad Boestamam rakan-rakan yang lain. Ini
semua adalah nama-nama tokoh sebenar perjuang kemerdekaan yang di fitnah sehingga ke
hari ini. nama-nama ini di anggap pengkhianat negara walhal mereka inilah yang
sebenar bermati matian menuntut kemerdekaan.
Bagi yang mengkaji tentang bendera tersebut pasti akan menemui
dengan nama-nama di atas dalam menuntut kemerdekaan. Jika di perhatikan mainan
media dalam mengutarakan kesah tentang kibaran sang saka malaya itu hanya
seketika.
Ini adalah tanda bahwa kesah pembohongan united malay
national organisation makin terkantoi. Justeru itu, kibaran sang saka malaya
yang di kibarkan oleh anak muda pada malam merdeka tempoh hari adalah
tanda united malay national organisation makin menuju ke lubang najis sejarah.
Janji anak muda, maseh banyak lagi kesah dan penipuan akan di bongkarkan dari
hari kehari sehingga united malay national organisation musnah dari diari
bangsa yang di beri nama bani Malaya.
Yang ikhlas
Komrad rakyat - zairi heri makaroyo -
1 artikel yang mantap bro. :) respect! ABU
ReplyDelete