Wednesday, 9 January 2013

RAKYAT ITU DAN INI


Usia saya sedang menuju ke angka 30 tahun. Dalam seusia sebegini - kehidupan yang terpaksa di lalui akan lebih mencabar. Sama ada masalah itu kecil atau besar, banyak atau sikit - masalah itu adalah  wahyu untuk kita terus berfikir. Saya ramai kawan yang berada dalam lingkungan seusia dengan saya. Mempunyai latar belakang yang berbeza - Dari kaum gelandangan sehingga ke kaum profesional telah saya berkawan. Walaupun mempunyai latar yang berbeza, ada satu persamaan yang saya temui. Ia adalah berkaitan dengan ' masalah modal untuk hidup '. 

Makna modal di sini adalah sumber untuk manusia itu meneruskan hidup. Modal itu akan menyebabkan beras di rumah di sini.modal itu akan menyebabkan kenderaan itu bergerak.modal itu juga akan menyebabkan orang sakit miskin mampu membeli ubat. Adalah tidak adil sekirannya saya menyalahkan diri si pelapor masalah bahwa masalah modal itu berpunca dari sikap malas bekerja. 

Minggu lalu di kampung - saya sempat berbual dengan seorang kawan, sambil berbual beliau berkongsi soal gaji yang beliau terima dari majikan. Kerjanya hanya buruh biasa di sebuah anak syarikat FELDA. Kerja seminggu enam hari dan menerima gaji sebanyak 700 ringgit sebulan.masuk elaun motosikal sebanyak 30ringgit sebulan jumlahnya 730ringgit.mungkin ada di antara pembaca yang mengatakan jika di urus kewangan itu dengan baik,jumlah itu mencukupi. 

Terima kaseh atas jawapan itu....

Untuk saya ini bukan persoalan cara rakyat itu mengeruskan kewangan dengan baik atau tidak tetapi adalah bersoal jurang di antara orang bawah itu sedang menuju ke garis yang cukup kritikal. 


Sahabat pembaca yang di kasehi sekalian..

Di dalam sebuah negara yang mengamalkan sistem ekonomi kapitalis seperti malaysia perkara ini adalah lumrah. Lebih tepat lagi semua ini adalah hukum yang terpaksa di lalui oleh rakyat yang bertuhankan sistem ekonomi kapitalis. Di dalam undang undang sistem kapitalis pemodal akan menggunakan modal yang sedia ada dengan tahap minimum bagi meningkatkan keuntungan yang melampau.modal itu adalah tapak tempat kerja - alatan kerja - gaji pekerja dan termasuk buruh yang mereka kerah untuk memastikan keuntungan itu berterusan. 


Untuk Ingatan sejarah - Undang-undang kapitalis telah mendapat penentangan sejak zaman perang dunia ke dua lagi. Malang di malaysia - subjek kefahaman rakyat itu belom sampai ke satu tahap yang membolehkan undang undang di tentang habis habisan.buktinya, dari apa yang kawan saya kongsikan tadi.gaji sebanyak 700 itu menjadi rutin biasa dan si penerima gaji maseh mampu rela di jerut oleh majikan.maknanya mereka maseh belom sedar.

mereka lupa - bahwa ada sejarah yang berlaku 1917 di mana kaum bawahan - rakyat bawahan bangun melawan golongan atasan.akhirnya hak di berikan. Suara di dengar. Yang miskin di bela. Mereka yang menentang sedar bahwa tanah yang mereka duduki hari ini adalah tanah di mana tumpahnya darah ibu sewaktu melahirkan mereka.tidak masuk akal - kemiskinan itu di tentukan oleh dua tiga kerat tokey tokey kaya di tempat mereka lahir. 


Tunggu! 

Jangan salahkan tokey kaya. Mereka ini hanya watak yang melengkapkan setiap aturan sistem yang sedia ada.caranya sistem itu harus di hapuskan dulu dan di ganti dengan sistem yang baru.sistem yang menjamin autoriti rakyat semua bangsa .sistem yang akan membawa semua rakyat keluar dari kotak kemiskinan.sistem ini akan menyebabkan kawan saya tadi mampu hidup lebih senang.sistem ini juga mampu membuat anak anak miskin mendapat pendidikan dengan baik.justeru itu - adalah menjadi tanggungjawab semua untuk kita bangun melawan sistem yang sedia ada.. 



Untuk permulaan adalah 12 januari 2013. Himpunan kebangkitan rakyat. Himpunan ini ingatan kita kepada kerajaan yang mengawal sistem tersebut. Sama ada kerajaan bertukar tangan ataupun tidak - adalah menjadi kemestian untuk kita terus melawan. 


- sekian diri saya. Zairi HEri 2013 – 

No comments:

Post a Comment