Mengapa Dan kenapa
Surat ini saya lunaskan apabila sesudah seminggu penulisan ini bernafas. Bagi saya ia tidak terlalu lambat untuk saya memberi sedikit penjelasan kepada para pembaca budiman, bersoal mengapa dan kenapa saya mengelar Blog saya sebagai Kincir Tua. Kenapa tidak meletakan nama Kambing Tua ke, atau Cik Nab Tua. Untuk itu saya nyatakan alasannya.
Benda apa Kincir ini
Sepertimana yang kita ketahui bahawa kincir ini adalah mesin yang di gunakan untuk menukar kuasa angin kepada tenaga putaran melalui bilah yang dikenali sebagai layar kincir angin atau kipas. Pada asalnya kincir angin dibangunkan bagi mengisar bijiran bagi penghasilan makanan. Ia juga adalah satu keguaan penting adalah bagi mengepam air. Sebagai contoh jurutera Yunani Heron dari Alexandria pada abad pertama AD merupakan peristiwa terawal diketahui mengenai penggunaan kincir angin.
Tidak ketinggalan ia juga digunakan di Tibet
dan China silam sejak abad ke-4 dan merupakan penemuaan kincir
terawal di Dunia. Makna yang lebih tepat untuk pembaca ialah
Kincir ini bukan lah satu alat yang di gunakan untuk membuat kueh
bahulu ataupun lemang.
Suratan atau kebetulan ‘’Bukan Tajuk Lagu’’
Untuk itu saya beranggapan
bahawa Kincir ini adalah sebagai satu alat yang penting .Tanpa kincir
tidak mungkin akan lahirnya bijirin walaupun ada alatan lain yang di
gunakan seperti Turbin yang berperanan sama seperti Kincir. Kincir
ini saya umpamakan sebagai pemerintah. Kincir ini saya umpamakan
sebagai peneraju tapuk kepimpinan negara yang menjadi peranan
terpenting dalam sesebuah negara.
Kincir yang tua atau dalam erti
kata lain yang telah rosak haruslah di ganti dengan kincir yang baru
supaya segala proses penghasilan Bijirin ini berjalan dengan lancar.
Begitu juga dengan kepimpinan negara contohnya negara agung seperti
Malaysia. Sejak 1957, kita di tadbir oleh satu kumpulan Poyo Melayu
yang namanya United Malay National Organisation.
Hal ini di ketahui
umum. Dari penduduk Kg Keduak Daerah Sik sehingga lah Ke pendalaman
Sabah dan sarawak. Maknanya di sini, sudah 55 tahun kumpulan ini
memerintah. Segala kerosakan, penyalahguanaan Kuasa sehingga kes
lembu-lembu di Kondo Singapore telah di ketahui umum oleh sekalian
makhluk. Kita boleh lihat sendiri dengan mata hati betapa kenyangnya
Bik Mama bersama ‘’isteri tersayang’’ mentedarah wang rakyat.
Mahu atau engak mahu kumpulan ini harus di ganti dengan yang baru
agar proses mentadbir negara ini boleh di selenggara dengan kumpulan
baru. Rakyat boleh pilih kumpulan baru tersebut dan saya senaraikan
di sini.
Nama-nama kumpulan yang
harus di pilih rakyat
1)
Pakatan
Rakyat
2)
Pakatan
Rakyat
3)
Pakatan
Rakyat
4)
Semua
Kumpulan 1,2 dan 3
Semoga
kalian berpuas hati dengan nama-nama kumpulan yang saya senaraikan di
atas untuk pilihan. Heheheehehe...
Sekian..
‘’Wujudnya
kritikan Dan Pujian Tanda Penulisan Itu Bernafas’( Mohd Zairi HS 2012 )’’
MOHD ZAIRI
HJ SHAFA’AI
Penulisan
merupakan Pelajar tahun akhir Industrial Psychology University Of Selangor
No comments:
Post a Comment