Monday, 21 May 2012

BErsih DAN AmbiGA


Gerakan Rakyat

Secara Umumnya, telah di ketahui oleh sekalian makhluk bahwa gerakan rakyat ini sangat tinggi nilainya. Ia takuti oleh hantu-hantu dan pemilik Jalang di Brikfil dan Rumah Urut Di Bandar Kepong.Ia umpama malapetaka untuk mereka si tokey jalang-jalang tersebut. Tidak termasuk tokey-tokey lembu di singapura dan juga Tokey Cincin 24juta yang berada di singgahsana Putrajaya.Untuk itu, menghumbankan Gerakan Rakyat ke dalam Semak Hutan lipur Lentang Harus di segerakan.

Gerakan rakyat telah lama bertapak kukuh di Negara kita Malaysia yang dahulunya di timang dengan panggilan manja sebagai Tanah Melayu “ The Malay Land “. Sebagai contoh bermulanya Gerakan Rakyat terhadap pembebasan Malaya dari penjajah Inggeris oleh Dato Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang ,Tok Janggut Di Kelantan dan Rosli Dobi di Borneo. Ini merupakan di antara gerakan rakyat yang terawal.

Gerakan Rakyat yang terawal ini di sambung dengan penubuhan Kesatuan Melayu Muda pada 1938 ( KMM ) yang di pimpin oleh Ibrahim Yaakob. Gerakan pembebasan Malaya tidak terhenti di situ. Desakan daripada kerakusan si Penjajah inggeris ketika itu telah menghambat anak semua bangsa Bermaruah bangun menuntut hak. Maka penentangan terhadap penjajahan British ketika itu di zahirkan oleh semua bangsa bermaruah dengan lahirnya Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang bersayapkan Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar ( AWAS ) pada 1945 seterusnya Parti Komunis Malaya.

Di era Zaman baru, Gerakan Rakyat dirakamkan untuk tinggalan anak cucu kita adalah  ketika era pemecatan terhadap Saudara Anwar Ibrahim 1998. Ketika itu di jangkakan lebih 200,000 bangsa Malaysia memenuhi perkarangan Masjid Negara menyatakan pendirian dengan di lambung sebagai GERAKAN REFORMASI Sehingga lah  baru- baru ini  perhimpunan aman BERSIH 3.0

Nusantara dan timur tengah

Gerakan Rakyat tidak hanya tertumpu di Negara kita. Filipina adalah sebagai contoh terdekat untuk saya buktikan lagi bahwa Gerakan Rakyat mempunyai nilai yang cukup tinggi. Dek kerana Kerakusan isteri Perdana Menteri Filipina ketika itu iaitu Elmeda Marcos memboroskan diri berbelanja mengunakan wang rakyat di kala rakyat Filipina di himpit dengan kemiskin, ia telah mengheret rakyat Filipina bangun menghumbankan Marcos dan isterinya Emelda ke dalam lubang najis sejarah.

Selain itu kita jangan memekakkan mata atau membutakan telinga dengan kebangkitan Rakyat di timur tengah seperti Mesir dan Tunisia tidak termasuk Libya kerana bagi saya Libya di bawah pimpinan Gadaffi bukan di gulingkan oleh kuasa Rakyat tetapi dia ( Gadaffi ) di gulingkan dengan perancangan Licik oleh kapalis Barat. “(Andai terdesak saya lampirkan fakta untuk pencerahan )”.

Gerakan dan Pantang larang

Mewujudkan fenomena kesedaran untuk rakyat bukanlah satu perkara  yang mudah. Bagi saya, Untuk memahat “pertimbangan Nilai”dalam diri rakyat bukanlah satu perkara boleh mengambil masa sehari dua untuk di laksanakan. Kesedaran ini terhasil daripada proses pentarbiahan didikan Gerakan terdahulu. Dua perkara ini “Kesedaran dan pertimbangan nilai” adalah satu perkara yang cukup penting.

Dewasa ini, berani saya katakan rakyat di Negara kita sedang menuju ke satu kelas/peringkat yang cukup matang dalam mendemokrasikan Negara terdidik daripada Gerakan Reformasi 1998, perhimpunan Bersih satu, dua dan tiga, Perhimpunan Mansuh Isa, Perhimpunan mansuh PSSMI dan yang terbaru Mansuh Ptptn (anak muda dan Mahasiswa ). Ini merupakan perhimpunan mega yang di anjurkan oleh rakyat Kebanyakkan.

Justeru itu, Gerakan ini harus di muliakan. Gerakan ini harus di angkat martabat untuk sekalian makhluk. Peneraju ataupun pemimpin Gerakan haruslah di lihat bersih dari kaca penyokong, pendokong mahupun pihak lawan. Ia bertujuan supaya perkara asas iaitu perkara Fundamental itu tidak dapat tutup dengan mudah.

Sebagai Contoh di sini saya nyatakan pencerahan kepada kenyataan ini. Ambiga bagi saya bukanlah individu yang layak untuk menerajui Bersih. Saudara sekalian boleh mengelar kenyataan ini sekadar kenyataan ampuh dari seorang anak muda yang buta politik. Bagi saya, itu tidak menjadi masalah. Maka Alasan ini, saya lampirkan bukan kerana Ambiga ini berlainan warna kulit dengan saya menjadi sebab musabab untuk saya mengeluarkan kenyataan seperti ini. Berlainan warna kulit bukan perkara yang saya agong-agongkan dan untuk bukti sila lihat surat-surat saya yang terdahulu.

Walaupun Bersih dua dan tiga telah menjemput ratusan ribu anak bangsa bermaruah turun ke jalan raya tetapi tujuan mereka anak semua bangsa turun ke jalan raya telah mudah di tutup oleh pihak lawan iaitu bersoal penipuan dalam pilihanraya yang di lakukan oleh tukang kencing. Watak watak Pak Dogol di zihirkan dengan jayanya ketika menjelang hari perayaan rakyat 28 April 2012 dengan mengkritik peribadi Ambiga. Mengapa tidak di Di Kritik Pak Samad atau Saudara Isham Rais yang menjadi pemandu bersih bersama. Adakah Pak Samad Dan Isham Rais Ini guru Sekolah pondok sehingga tiada satu modal untuk mereka kritik? Jawabnya adalah satu, modal perkauman, jual bangsa mudah di mainkan oleh mereka United Malay National Organization. Maka termuntahlah Lebai Haji orang kuat Pas di Baling Kedah ketika mendengar berita tersebut.

Kembali kepada sejarah terdahulu, di mana perhimpunan bersih satu ( Saudara Mat Sabu ), Mansuh Isa ( Syed Ibrahim Syed Noh ) dan turun Harga Minyak di Kelana Jaya berlangsung dengan jayanya dan rakyat sekalian alam mengetahui untuk apa dan kerana apa mereka semua anak bangsa bermaruah berhimpun. Isu asas tidak dapat di tutup kerana pemimpin itu BErsih dan Benar benar BErsih. Mengapa, Kenapa, untuk apa da tujuan rakyat berhimpun harus di terjemahkan untuk umat sekalian alam.

Rakyat matang

Andai terpaksa sudah sampai masa dan ketika untuk rakyat sekalian alam berhimpun, berdikari tanpa pemimpin. Rakyat sudah matang terdidik daripada gerakan terdahulu. “ Ado bran BERSIH 4.0”?
Wujudnya Kritikan Dan Pujian Tanda Penulisan Itu  Bernafas ‘’ ( Mohd Zairi HS 2012 )

Mohd Zairi HJ Shafa’ai
Penulis Merupakan Pelajar Tahun Akhir University Of Selangor

No comments:

Post a Comment