Tuesday, 28 August 2012

DATARAN MERDEKA. JANGAN LUPA TUNTUTAN RAKYAT.


Tidak lama lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan  kali yang ke 55. Seluruh rakyat malaysia akan menyambutnya. Jika di kira dari jarum jam waktu, kali ini buat kali pertamanya saya akan menyambut bersama seluruh rakyat malaysia di Dataran Merdeka. Tempat di mana menjadi mercu tanda kemerdekaan negara namanya Malaysia.

Dengan semangat kemerdekaan untuk kali ini - saya bersama-sama teman lain hadir ke sana ‘’ Dataran Merdeka Rakyat ‘’ dan di sertakan dengan ole-ole tentang janji bersih. Janji yang seharusnya perdana menteri  najib razak ingat - bahwa rakyat tidak pernah lupa dengan tuntutan bersih. Tuntutan ke arah pilihanraya yang telus dan adil.

Berita akan rakyat turut berhimpun pada malam 31 ogos tahun ini dengan memakai baju kuning tanda kebersamaan menyokong agenda bersih telah di ketahui umum. Tersebarnya berita ini telah membuatkan perdana menteri kaget ,lalu terus menukar lokasi sambutan ke bukit jalil.

Pelbagai spekulasi telah di buat oleh rakyat semua bangsa bahwa Perdana Menteri Malaysia penakut – bacul dan ada yang mengatakan Perdana Menteri sebenarnya pondan. Untuk saya, saya menganggap perkara ini perkara biasa. Biasa untuk seorang Perdana Menteri yang takut dengan kebangkitan rakyat.

RAKYAT BERANI BERDEPAN

Telah di beritakan kepada saya bahwa semua pintu masuk ke dataran merdeka rakyat - akan di tutup tiga hari sebelom hari kemerdekaan tersebut. Jalan-jalan ini di tutup bukan di sebabkan kerana mahu memberi laluan kepada sambutan hari kemerdekaan, tetapi adalah kerana puak pemerintah takut dengan bayang-bayang sendiri kerana akan hadirnya sosok sosok yang akan memenuhi dataran merdeka rakyat pada hari tersebut.

Dengan tindakan seperti ini jelas bahwa seluruh rakyat yang hadir pada malam tersebut akan berdepan dengan sebarang kemungkinan dan tidak mustahil tragedi berdarah bersih 3.0 akan berulang. Bagi rakyat yang sayangkan kedaulatan wilayah tercinta Malaysia, semua itu telah di lubang najiskan. Maknanya rakyat akan  berdepan. Membujur lalu melintang patah.

Rakyat semua bangsa telah sebulat suara. Tuntutan bersih maseh belom di tunaikan oleh puak pemerintah. Justeru itu, perhimpunan janji bersih yang akan menjelma pada malam 31 ogos ini bukan yang terakhir selagi tuntutan belom di lunaskan.

Untuk itu rakyat mengingatkan pemerintah. Rakyat pilih Dataran Merdeka adalah untuk menjadikan Dataran ini medan suci untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. Jangan sampai rakyat memilih Dataran ini untuk di jadikan medan menuntut supaya pemerintah di turunkan. Ini bukan amaran mahupun ugutan. Ini  janji rakyat!!!!

No comments:

Post a Comment