Tidak perlu aku cerita lebih-lebih sebab semua sudah tahu -
malam 31 ogos rakyat akan berhimpun di Dataran Merdeka. Di beritakan, rakyat mahu
berjumpa Najib Razak di sana - memakai baju berwarna kuning. Tapi sayang, najib tak kuasa nak melayan.
Tapi tidak mengapa. Tuntutan bersih maseh belom di tunaikan. Demo tetap demo. Jadi kat sini aku nak kongsi sedikit dengan sahabat yang ku cintai lagi di kasehi tentang tips dan adab ketika berdemo. Aku ambil semua ini dari praktikal yang sudah aku buat . Praktikal ini berdasarkan pengalaman penyertaan perhimpunan bersih satu – dua – tiga - mansuh isa - ppsmi dan bla bla bla..aku harap dengan tulisan untuk kali ini boleh mengelak diri kita semua dari malapetaka, bala, musibah, bencana mahupun kecelakaan ketika acara rakyat itu berlangsung.
1. Hmm.. ok hahahaha..lupa pulak tipsnya. Ok ok, yang pertama pastikan ketika mula turun berdemo baca bismillah dahulu. Ambil berkat
2. Kedua ketika berdemontrasi jangan sesekali memakai selipar . terompah lagi lah tak boleh. Pastikan memakai kasut. Kalau tak de kasut korang boleh cari kat bundle. Sapuloh ringgit boleh dapat. Bukan apa, pakai kasut supaya senang untuk korang membuat pecutan ketika polis sedang mengila. Kang elok-elok duk lari terpeleot pulak kat bahu jalan. Take note yang ni.jangan main gilo.
3. Yang ketiga. Korang Tak payah nak tunjuk hero maki-maki polis. Korang maki polis, pastu polis mengamuk, korang lari. Yang kena dengan polis nanti orang-orang lama yang tak larat nak lari. Kerja macam ni kadang-kadang kita tak sedar bahawa tindakan sedemikian boleh memberi musibah kepada orang lain. Jika nak maki, boleh. Di alu-alukan. Hadap betul-betul dengan polis. Nak lagi cool ajak one by one. Hmm kalau tak berani duduk diam2..Cuma laungkan slogan bersih bersih !!! pilihanraya!!!!
4. Pastikan bawa beg kecil. Simpan air banyak-banyak. Kalau boleh bawak sekali air yang bertenaga tapi jangan air bateri kereta pulak.macam aku, aku bawak redbull. Redbull boleh sedikit sebanyak mengurangkan pahit tekak ketika terkena serpihan gas pemedih mata. Air 100plus pun ok. Jangan beer pulak. Kalau beer nanti tak jadi kerja.
5. Yang kelima, Ketika polis melepaskan air kimia dan tembakan gas pemedih mata, elakkan berlari. Jalan perlahan-perlahan dan terus berjalan mengikut jalanraya yang terpampang di sediakan oleh kerajaan. Tidak perlu anda masuk ke lorong-lorong mahupun lari menghala ke kaki lima banggunan. Ini kerana jika korang masuk ke lorong-lorong , udara makin berkurang. Di tambah pula dengan asap gas pemedih mata yang di lepaskan dan berkemungkinan korang boleh pengsan – sesak nafas. ( dont play-play ya )
6. Jika korang nak elak pedih mata terkena gas. Korang boleh bawak spec renang. Tak payah nak segan pakai. Masa korang terkena gas tu memang tak pikir apa dah. Yang korang pikir adalah, celake umno. Hancur umno, mampus umno. Ini dari apa yang aku alami. Tak tahu lah pula bila korang kena gas tu korang akan cakap sayang kak mah. Tengkiyu Be End.
7. Ok yang ni penting, untuk mengurangkan kesakitan dan mengelak diri korang menyedut gas pemedih mata berlebihan, korang boleh letakkan jus limau pada sapu tangan. Beli sebiji limau purut dan perah atas sapu tangan. Kemudian tutup sapu tangan tersebut di hidung ketika gas di lepaskan.
8. Yang ni biasa orang buat. Bila rasa pedih terkena serpihan gas pemedih mata, telan garam banyak-banyak. Jika muka berasa pedih sapu garam tersebut di muka. Inshallah boleh meredakan keadaan. Silap-silap dengan jerawat-jerawat boleh hilang.
9. Jika ada garam lebih jangan lupa kongsi bersama demonstran yang lain. Ingat, kita semua satu keluarga.
10. Jangan sesekali sapu muka korang dengan baju yang korang pakai. Ini boleh menyebabkan muka korang bertambah pedih. sebab pada baju tersebut, gas pemedih mata telah meresap. Bawak kain tambahan. Hmm jangan korang curi kain dekat kedai jalan tar tu sudah. kang tak pepasal keluar surat khabar, bersih bukan sahaja kotor tapi perompak. Hemm jenuh pulak pak samad nak menjawab.
11. Opsss.. tertinggal satu perkara. Korang boleh Turun awal bagi mengelak kesulitan. Banyak shoping-shoping mall yang boleh korang pergi sementara menunggu acara rakyat bermula. Kadang-kadang cakap je mula pukul 10 malam, sekali petang tu pun dah mula. Benda macam ni selalu berlaku.
12. Ok geng,,,Setakat ni - Cuma ini sahaja yang termampu aku sediakan untuk kengkawan yang ku kasehi sekalian. Jika ada yang perlu aku tambah, aku akan tambah di lain waktu. Kalau korang ada tambahan idea yang nak kongsi, aku mewakili pihak kincirtua mengalu-alukan. Untuk itu semoga berjaya. Jumpa di sana semua..
No comments:
Post a Comment