Monday, 23 July 2012

DAP : AKU TETAP MELAYU ISLAM ( Oleh : Mohd Zairi HS )



Sedar dengan wujudnya kumpulan poyo melayu yang tidak jemu memperbodohkan umat melayu maka surat ini dilunaskan. Surat ini untuk memberikan pencerahan kepada seluruh bangsa Malaysia khususnya umat melayu.
Mustahaknya adalah surat ini dilunaskan sesudah empat hari saya menyerahkan borang keahlian sebagai ahli Parti Tindakan DEMOKRASI atau mesra di panggil DAP. Surat ini akan menjawab segala persoalan untuk umat yang masih buta dengan real politik dan dalam masa yang sama bercita-cita untuk menawan Putrajaya.
Ketika surat ini di lunaskan juga, telinga saya masih di hempuk dengan kata-kata dari umat sekeliling yang mempertikai tindakan yang saya lakukan iaitu menyertai DAP. Kata- kata ini adalah dari kalangan umat yang bermimpi siang dan malam mahu menawan putrajya. Maka dengan itu Telingga saya tidak tertanggung lagi, lalu, surat ini saya lunaskan untuk mereka.
Tembok pemisah
Telah diketahui oleh rakyat semua bangsa bahwa United Malay National Organisation merupakan parti politik yang mentadbir negara ini dalam masa tempoh sekian lama. Hal ini tidak perlu dibincangkan.
Seleweng dan diseleweng harta pusaka hak rakyat semua bangsa merupakan agenda mereka dalam masa tempoh 50 tahun berkuasa . Hal ini juga tidak perlu dibincangkan.
8 Mac 2008 - segalanya berubah. Projek Pembodohan Rakyat Terbangang ( PPRT ) telah menjadi projek gajah putih. Maknanya projek ini telah dimandulkan oleh rakyat semua bangsa. Tarikh ini, United Malay National Organisation tersungkur layu. Keyakinan rakyat terhadap parti itu semakin terhakis khususnya anak muda. Maknanya United Malay National Organisation bakal dimuziumkan di loji penapisan kumbahan Teluk Kemang.
Terdesak dengan itu cara lama mereka gunakan. Cara ini pasti berjaya. Disentuh pasti rakyat termakan. Caranya adalah dengan menghidupkan api perkauman. Rakyat semua bangsa mesti dipecahkan segera. Ketiga-tiga parti PAS DAP dan keADILan yang mendukung hasrat murni perjuangan adil rakyat malaysia mesti dipatahkan.
Penampakkan DAP anti Islam dan Melayu telah diwujudkan. Pas pula dimomokkan sebagai  parti yang akan menyunatkan ( Khatan ) Aney dan Apek sekiranya mereka berkuasa. Ini semua kerja-kerja yang dibina oleh United Malay National Organisation bagi menghentikan kebangkitan rakyat semua bangsa.
Justeru itu tidak pelik jika di kampong-kampong penerimaan masyarakat ke atas DAP cukup tersasar dari landasan perjuangan Parti tersebut. Seolah-olah seperti Komunis masuk kampong. Dengar sahaja perkataan DAP, pasti wajah Ching Peng yang terbayang di dalam kepala masyarakat melayu khususnya. Walhal Ching Peng tidak pernah menjadi wakil rakyat DAP.
DAP KENAPA MESTI PILIH
Kebelakangan ini dilihat segerombolan umat Tiong Hua memilih PAS dan Umat melayu memilih DAP sebagai wadah perjuangan mereka. Ini merupakan kerja murni. Ini adalah kerja yang molek. Ini adalah bala untuk United Malay National Organisation. Ini juga merupakan satu perkara yang telah mematahkan projek yang di bina oleh mereka united malay antional organisation.projek yang telih di bina hampir sekian lama terhadap DAP untuk mengalih sokongan rakyat kepada parti selain mereka.
Dominasi sesebuah parti yang di dukung oleh hanya satu bangsa adalah satu perkara yang tidak relevan dalam masa suasana politik zaman sekarang. Sekiranya sesebuah parti mahu menampakkan keutuhannya, parti tersebut seharusnya di dukung oleh semua bangsa bermaruah Cina India Melayu Kadazan dan bla bla bla...
Ini adalah berita benar. Ini real politik yang berlaku. Bagi umat yang mengkaji perkara ini pasti nampak. Melayu menyertai DAP adalah ancaman untuk United Malay National Organisation. Segerombolan melayu yang menyertai DAP akan membuatkan umat nusantara celik bahwa “ oh DAP sebenarnya bukan parti rasis hanya untuk kaum Teong Hua sahaja, tetapi adalah Parti untuk semua kaum. Terhakisnya momokkan United Malay National Organisation terhadap DAP adalah tanda mereka sedang menuju ke hari-hari akhir untuk di kapankan. Ini juga akan menyebabkan secara automatiknya Pakatan Rakyat berada di persada putrajaya.
United malay national Organisation sedar bahwa politik perkauman sudah tidak relevan lagi dalam keadaan negara yang sedang menuju ke arah negara yang kematangannya makin menampakkan hasil. Sebab itu kerja-kerja gila mentafsirkan andaian songsang untuk rakyat menerima bahwa PAS parti anti agama lain dan DAP parti totok cina adalah kerja mereka untuk memerintah negara ini sehingga tiupan sesangkala.
PESANAN
Projek penyertaan beramai-ramai melayu menyertai DAP dan Kaum lain menyertai PAS harus di segerakan. Ini sahaja yang mampu memeningkan kepala pUak gerombolan poyo melayu United Malay National Organisation. Mahu putrajaya atau tidak? Jika mahu, teruskan projek ini.semoga berjaya..
Tunggu surat kedua..
P/S : jangan risau, walaupun Melayu masuk DAP mereka tidak akan berhenti makan belacan dan tempoyak..hahahahahaha...bincangkan.

3 comments:

  1. mirip gaya tulisan hisyam rais aka TT

    ReplyDelete
  2. sokong!cuma ada juga kelainan tersendiri.ditambah dgn p/s tu..hehii

    ReplyDelete
  3. Biarkan biarkan si Lucai terjun dengan labunya.
    Memang hebat. Menang sorak kampung tergadai.
    Memang pandai. Berjuang untuk gadai bangsa dan ugama.
    Hakikatnya melayu dah tolol dan gila diampu

    ReplyDelete