BERMULANYA AL-KESAH
Semenjak
Negara kita Malaysia meniti usia matang iaitu 55 tahun, terdapat cerita
menarik yang mahu saya kongsi bersama pembaca budiman.
Cerita
ini adalah cerita sahih lagi menyahihkan melebihi tayangan iklan
pampers kanak kanak di dalam Tb. Malah cerita ini lebih sahih dari
cerita Bik Mama menyembah Tok Dukun untuk menambat hati Si suami
tersayang. Ataupun , kesah cerita Sapie Apedal membedal artis.
Cerita
ini kejadiannya berlaku ini di negeri nun jauh di Utara iaitu negeri
Pulau Mutiara yang tiada Dara. Maka saya tarikhkan di sini pada 1990
tahun berlakunya peristiwa. Pada tahun yang sudah saya tarikhkan
sebentar tadi 1990 adalah tarikh keramat untuk orang melayu.
Ketika
itu, pulau mutiara yang tiada dara itu telah ditadbirkan oleh seorang
melayu tulen yang di beri nama Haji Koh Bin Sukun. Hj Koh Bin sukun ini
berketurunan dari melayu jawa di seberang pulau,pulau mutiara. Aman,
damai dan permai – seronok, gumbira dan senang hati. Itulah gambaran
yang di terima segenap umat negeri tersebut di kala zaman pemerintahan
Haji koh bin sukun.
Haji
Koh Bin Sukun ini mempunyai pengikut setia yang juga orang melayu.
Walaupun pengikutnya ini, bagi saya mempunyai kesangsian dari segi asal
keturunan melayu berdasarkan warna kulit mereka yang ala – ala seperti Drogba pemain bola sepak Chelsea. tetapi saya kagum dengan kesetian mereka untuk mempertahankan ketua yang sebangsa dengan mereka itu.
Ketika
Hj koh Bin Sukun mentadbirkan negeri tersebut, kemana sahaja Hj koh Bin
Sukun Pergi, pengikut setia beliau akan setia mengikut. Dari melawat
projek kalung bunga di hadapan rumah Ketua Menteri sehinggalah ke dalam
bilik “ melepas hajat “ pengikutnya pasti akan pergi.
Dengan
bahasa mudah,mereka ini begitu setia. sayang menyayangi -senang hati
dan seronok ketika Hj Koh Bin Sukun mentadbir. Ini adalah susulan
daripada keperbadian Hj Koh bin Sukun dengan sifat pemurah beliau yang
dilakukan tatkala membahagi hasil negeri kepada mereka setiap hari.
Tawaduk
dan rajin ke masjid , mentelaah ilmu agama juga di antara rutin harian
Hj Koh Bin Sukun di kala ’ Free ‘. Jadi tidak pelik mengapa budak ala
–ala Drogba ini menyayangi beliau.
NASIB DI TIMPA GAJAH
Sesudah berpuluh kelendar di tukar, jam dinding beratus bateri di ganti, hari berganti hari,tahun berganti tahun maka
terhumbanlah Hj Koh sukun ke celahan Batu feringgi apabila di dalam
pilihanraya 2008 menyaksikan Hj Koh bin Sukun tidak di terima rakyatnya
lagi.
Terberak dan terkencing – kencing lah pengikut setia Hj Koh bin Sukun berlari meninggalkan beliau.
Tidak
berguna – lupa diri – tidak kenang budi adalah lontaran kata – kata Hj
Koh bin sukun kepada pengikut – pengikut yang meninggalkan beliau. Nasib
badan – nasib di timpa Gajah.
NAMANYA LIM GUAN ENG BUKAN ABU SAMAH
Setelah Hj Koh bin sukun tersungkur dari jawatannya, tempatnya diganti seorang bangsa cina yang di beri nama Lim Guan Eng ( Lim ). Mendengar akan berita Lim di lantik menjadi ketua negeri tersebut, maka melompatlah pengikut- pengikut Hj Koh bin Sukun membantah.
Manakan tidak,
Lim ini berlainan bangsa dengan mereka sama seperti Hj Koh bin Sukun.
Lim ini asal keturunannya memang saya tiada kesangsiannya. Beliau
berasal dari tanah besar China. Sebab ini lah mengapa pengikut –
pengikut Hj Koh bin Sukun marah.
Di
cananglah olehnya, bekas pengikut Hj Koh bin Sukun kepada umat negeri
pulau mutiara bahawa ketua menteri mereka sekarang bukan sebangsa dengan
mereka. Ketakutan menghantui umat negeri itu. Budak ala – ala Drogba
berperanan sebagai egen untuk menakut – nakutkan umat di sana.
Telah
di ceritakan kepada saya, bahawa penduduk di sana hidup mereka terlalu
takut dan sengsara di bawah pentadbiran budak cina Lim ini. makan tidak
lalu sebab terlampau banyak sangat makan. Tidur tidak lena sebab
terlampau sejuk kerna setiap rumah ada aircond. Ini lah saban hari umat
di sana terpaksa menempuh kehidupan seharian dengan kesengsaraan.
Justeru ini fahamlah kita akan maksudnya, mengapa bekas pengikut Hj Koh bin sukun yang ala-ala Drogba ini marah. Puncanya kerana Lim berlainan warna kulit. – Jom kita anggukkan kepala tanda terlalu setuju – HAHAHAHAHAHHHAHAHAHAHA
“ wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas “
Penulisan merupakan pelajar tahun akhir Industrial Psychology