Salam sejahtera untuk semua rakyat yang mendukung Aspirasi
perjuangan adil rakyat Malaysia. Dalam masa sesingkat ini saya ingin
memberikan sedikit kata-kata perangsang untuk semua bangsa bermaruah sebelom
kita menawan Putrajaya. Saya mengharapkan dengan penulisan saya untuk kali ini
mampu membuatkan rakan-rakan menyedari bahwa waktu ini – jam ini dan saat ini
adalah masa yang sesuai. Masa yang sesuai untuk kita membuat Pukulan Maut
terhadap Rejim sebelom ke Putrajaya.
EMPUK GOYANG
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Waktu ini Rejim berada di dalam keadaan tenat. Rejim teraju
United Malay National Organisation telah mengalami satu penyakit misteri yang
di panggil Histeria sumpahan Rakyat. Penyakit ini adalah tanda-tanda
akhir sebelom mereka melangkah ke lubang najis sejarah. Rakyat semua
bangsa mengetahui hal ini. Simptom-simptom penyakit ini boleh di lihat dengan
tindakan kekanda Najib di saat hari-hari akhir sebelom pilihanraya di umumkan
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Limpahan penghargaan Kekanda Najib kepada rakyat yang mahukan
perubahan mudah untuk kita rasai. Dari Durian Runtuh Felda sehingga ke
pembinaan jamban untuk penduduk-penduduk kampong telah dilaksanakan.
Jalan-jalan kampong diturap. Bumbung beratapkan Nipah telah di perbaiki.
Sekolah-sekolah Jenis kebangsaan Cina dan Tamil di bantu. Ini merupakan
tanda-tanda rejim berada di dalam keadaan tenat.
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Penolakan masyarakat Teong Hua kepada Barisan Nasional teraju
United Malay National Organisation adalah satu perkara yang jelas untuk kita
lihat. Perkara ini mudah untuk kita perhatikan. Ia mudah untuk kita nilai
tentang kesahihan berita ini. Bersih 2.0 – Bersih 3.0 dan Perhimpunan Aman
Lynas adalah bukti kukuh untuk kenyataan ini. Mata rakyat amnya Melayu
melihat sendiri bahwa perhimpunan rakyat bukan lagi milik mereka. Sebelom ini
hanya masyarakat Melayu sahaja yang menguasai perhimpunan rakyat. Itu cerita
lama. Cerita itu adalah sejarah untuk peninggalan anak cucu Nusantara. Keadaan
dan situasi sudah berubah. Masyarakat Teong Hua telah menjadikan perhimpunan
jalanan sebagai adat resam budaya dan darah daging mereka.Syabas semua!!!
ini adalah tanda-tanda Rejim berada di dalam keadaan tenat
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Rakyat Malaysia harus mengetahui bahwa kita mempunyai senjata
berharga. Biawak hidup yang berada di dalam peneraju Barisan Nasional adalah
senjata utama kita untuk kita menjayakan projek pukulan maut ini. Biawak hidup
itu bukan sahaja memberi bala kepada rakyat Malaysia malah turut memberi bala
kepada peneraju Barisan Nasional United Malay Nasional Organisation. Biawak
hidup yang saya maksudkan adalah Rosmah a.k.a manusia poyo Cun. Bagi saya, saya
mengharapkan supaya biar Si Biawak Hidup ini berlamunan di dalam
tugas-tugasnya. Ini merupakan senjata utama kita. Makin lama si Biawak Hidup
ini berlamunan, semakin dekat Perjuangan adil rakyat Malaysia menghampiri
kemenangan. Ini juga merupakan tanda-tanda Rejim berada di dalam keadaan
tenat
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Laporan khas dari Mahkamah Perancis di antara senjata perjuangan
adil rakyat Malaysia. Semua rakyat mengetahui tentang kesahihan berita
ini. Lim Huan Yek, Ahmad Jaabar, Puti A/L Maniam, Jugah A/L Limbong tahu bahwa
Kekanda Najib Bakal di heret ke Mahkamah Perancis dengan Kes Rasuah Pembelian
Kapal Selam. Kes ini telah mengorbankan awek Cun Altantuya Saaribu. Ini juga
merupakan tanda-tanda rejim berada di dalam keadaan tenat
HEMPUK GANYANG
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Ayat-ayat di atas yang telah saya susun sebentar tadi merupakan
tanda-tanda bahwa Rejim United Malay Nasional Organisation berada di dalam
keadaan tenat. Ini adalah peluang untuk rakyat mencapai kemenangan. Caranya
pasti ada. Caranya pasti wujud untuk rakyat menambah luka yang semakin membiak
di dalam United Malay National Organisation. Peluang ini jarang lahir. Keadaan
ini sukar untuk kita temui. Rakyat harus memanfaatkan peluang yang sedang
terhidang untuk kita bersama-sama menghumbankan mereka ke lubang najis sejarah.
Untuk rakyat yang sedang menanti kemenangan, Pilihanraya
merupakan perkara yang sia-sia. Kita boleh menyoal kepada pemimpin-pemimpin
Perjuangan adil rakyat Malaysia sejauh mana keyakinan mereka bahwa rakyat akan
menang melalui Pilihanraya. Selama 50 tahun rakyat telah di hidangkan dengan
cherita-cherita, kesah-kesah tentang United Malay Nasional Organisation
menjalankan tektik Kencing dan menang dalam mengharungi Pilihanraya. Undi Pos
oleh Mat Rela, Mat Polis, Mat Askar – Pengundi hantu Mat Bangla – Minah
Sulawesi – Ahmad Nepal dan Mat Pilipin adalah tunjang kepada kenyataan ini. Ini
merupakan bahwa mereka akan mentadbir sehingga tiupan sangkakala berbunyi.
Untuk yang masih percaya dan yakin bahwa kemenangan rakyat akan dicapai melalui
pilihanraya, maka saya serahkan kata-kata ini “ Biar berkecai badan
sekalipun, putrajaya kita pertahankan – ( Najib Razak Bini Rosmah )‘’.
Ungkapan ucapan tersebut adalah panduan tentang kenyataan saya.
Rakan-rakan yang saya hormati sekalian,
Jalanraya medium pertempuran sebenar. Mesir – Tunisia –
Revolusi Bolshevik 1917 dan bla bla bla adalah mata rantai
perjuangan rakyat yang menuntut Keadilan. Sejarah ini bukan sekadar sejarah
untuk rakyat mengetahui tentang kesahnya. Sejarah ini adalah pengajaran untuk
kita. Sejarah ini juga telah mendidik kita bahwa Revolusi/kemenangan rakyat
hanya di capai melalui kebangkitan rakyat melawan rejim menerusi turun ke
jalanraya. Caranya mudah, dengan kekuatan rakyat yang sedia ada Melayu – Iban –
India – Cina – Kadazan – Malanau – Orang Asal mampu untuk mengangkat perjuangan
adil rakyat Malaysia ke Persada Putrajaya. Terpulang kepada kalian. Waktu ini
adalah masa yang sesuai. Masanya sudah boleh di tuai. Ranum dan Molek.
Untuk yang masih mempercayai Pilihanraya semoga Selamat menanti kemenangan
dengan sabar. Penantian satu penyeksaan ( bukan tajuk lagu ). Penantian kalian
mengembirakan Rosmah yang sedang mentedarah Harta pusaka Rakyat..Ikhlas dari KT
= Kincirtua.
Ungkapan Emas :
Kincirtua = United Malay National Organisation Adalah kaki
kencing. Jika benar pilihanraya Malaysia mampu mengubah Peneraju kerajaan,
masakan perlu untuk mereka laksanakannya.
- PERTEMPURAN SUDAH BERMULA. AYUH ke JALANRAYA . JALANRAYA
PENTAS KEMENANGAN RAKYAT!!!!
Wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas ( Mohd
Zairi HS 2012)
Penulisan itu ada jiwa dan roh. Ia lahir dari perasaan penulis
dan bukan dari perasaan orang lain ( Mohd Zairi HS 2012 )