Saturday, 30 June 2012

DAJAL SUDAH ADA ( Oleh : Mohd Zairi HS )





















Dajal sebenar Sudah Turun
Dajal sebenar telah Lahir

Usah serabai kaji Freemason
Usah bazir kantung Masa

Inilah di sebut sebagai kontradiksi
Ia sudah berlaku
Ia sudahWujud

Palestin dan kerajaan Islam tumbang sebab Dajal
Ia memang sebab dajal
Dajal sudah ada....
Dajal sudah muncul....

Wall Street,  Bursa Saham, Nasdaq, New York Mercantile Exchange adalah Rumah Dajal
Ben Benarke adalah Bapa Dajal
Dolar adalah Mata Wang Dajal 
Ini Semua Pengenalan tentang Dajal dan...

dan...

dan....


Dajal juga Pandai Makan Char Kew Teow..hahahahhahaha













 lambang hukum kapitalis












Nota :  TAHU PERLAWANAN KAPITALISME DAN SOSIALISME
MAKA UMAT TIDAK AKAN BODOH MENGETAHUI HAL DAJAL..

DAJAL SUDAH ADA.....




Untuk makluman pembaca 
anda boleh melayari di Page www.facebook.com/BersihUltras untuk sebarang pencerahan.
pages ini bukan sekadar pages biasa.
page ini mendukung usaha-usaha murni perjuangan adil rakyat Malaysia
Mohon panjang-panjangkan
Bersih Ultras Tukang Hempuk Pembohongan!!!

BERSIH ULTRAS TUKANG HEMPUK PEMBOHONGAN


  

Rakyat Malaysia Wajib Tahu

Mat Bangla - Mat Pilipin - Mat Lombok - Minah Sulawesi akan mengundi pada PRU 13.
Mereka ini akan memilih kumpulan Mat Poyo Melayu.
Mereka ini akan buat muka selamba mengundi kumpulan Poyo Melayu.
Ini adalah sebagai balasan untuk mereka kepada Kumpulan Poyo melayu setelah mendapat IC penduduk tetap.

Ini adalah projek BR1M ( Bantuan Rakyat 1Malaysia ).
Ini di panggil Wasitiayah Oleh Ah Jib Gor.

Rakyat Malaysia Wajib Tahu

Semua Ayat-ayat di atas adalah tanda Kumpulan Poyo Melayu United Malay National Organisation Mahu menipu
Mereka guna cara lama
Mereka guna modal lama
Mereka guna tektik lama - 
tektik Kencing dan Menang 


Rakyat malaysia wajib tahu

Tahun 2007 - 2011 - 2012 telah berlaku perhimpunan mega di Kuala Lumpur sehingga menjemput 400ribu rakyat empunya Negera

perhimpunan ini bukan perhimpunan belia 4b.    Jelas!!!!

perhimpunan ini bukan perhimpunan membeda nombor plat.    Jelas!!!!!

perhimpunan ini bukan perhimpunan sepak kepala lembu.      Jelas!!!


perhimpunan ini adalah perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil

ini disebabkan kerana SPR Malaysia seperti SPR Mesir
SPR Malasyia telah menjadi Barua Pemerintah
SPR  Malaysia termimpi-mimpi Mahu Dataran Merdeka Gelap Di penuhi Sosok Seperti Di Dataran Tahrir 

MEdia pemerintah tidak lapor tentang tujuan rakyat menabrak arus ke jalanraya
media pemerintah lebih berminat dengan cerita Bik Mama Merasmi Pakaian dalam 
dan..

dan.. 

akan datang Bik Mama akan umum Tarikh Puasa..hahahahaha

untuk itu ,,,,
Pesanan Rakyat kepada SPR Malaysia jangan jadi Pak Kencing.
Andai jadi juga Pak Kencing,,,
Tunggu Pesan Rakyat

DATARAN MERDEKA PASTI AKAN MENJADI DATARAN TAHRIR..INI JANJI RAKYAT!!!!


Untuk makluman pembaca 
anda boleh melayari di Page www.facebook.com/BersihUltras untuk sebarang pencerahan.
pages ini bukan sekadar pages biasa.
page ini mendukung usaha-usaha murni perjuangan adil rakyat Malaysia
Mohon panjang-panjangkan

Bersih Ultras Tukang Hempuk Pembohongan!!!
















Friday, 29 June 2012

ROCK DAN KAKI JILAT

Ini bukti sejarah
ini fakta sejarah
maknanya ia bukan di ambil dari tepi jalan

Tahun 90an merupakan tahun malang untuk pengiat seni, pencinta seni, mat rock, perjuang rock kapak, pengemar lagu pelesit kota dan
bla bla bla...

tahun ini golongan seni di hina
tahun ini mat rock di tindas
tahun ini perjuang rock kapak di nafikan hak

mereka dihina oleh kumpulan poya melayu United Malay National Organisation
rambut mereka terpaksa di potong
kata mereka kurang bertamadun





untuk yang faham apa dia kebebasan akan paham benda ini
benda ini senang
benda ini simple
benda ini tidak payah seperti makan kacang untuk difikirkan

rambut panjang itu hak
rambut panjang itu perjuangan mereka

tetapi....
tetapi rakyat pelik....
mereka ini di hina oleh kumpulan poyo melayu
malang
malang mereka menyokong kumpulan yang menghina mereka

ini namanya apa?
ini bermaksud apa?

tolol?
bodoh?
haprak?
penjilat?

terserah untuk anda semua...

yang penting aku peminat Tomok....

dan..

dan..

apa lagi

Rosmah sedang mengidam bertanding program Kilauan Emas Astro

hahahahahahahahahahahahhaa


Hidup Rock Kapak.....

Tuesday, 19 June 2012

JIN PAKAI TONCET DI SEBALIK RANTAI NAJIB

Cerita-cerita dahula kala, mempunyai anak yang sudah dewasa tetapi masih mengekalkan tabiat lama iaitu kencing malam di atas tilam merupakan mimpi ngeri buat si ibu. 
sewaktu itu si Nujum Google masih belum wujud untuk si ibu mencari panduan. sewaktu itu Hospital Pusrawi masih belum wujud untuk si Ibu mengadul hal. sewaktu itu cuma yang ada, adalah bomoh Wak Katmon untuk mencari jawapan. 

MENTERA

Untuk permulaan si bomoh wak Katmon akan membacakan mentera bila Si ibu datang mengadu hal. terkumit-kumit mulut wak katmon. Berasap-asap dan tersemburlah segala macam air di dalam mulut Wak Katmon ke seluruh ruang maya. Jin-jin belaan si bomoh wak katmon ini akan di ternak ke dalam tangkal dan di pakaikan kepada Si anak yang telah dewasa tersebut. Baiklah hendaknya penyakit si anak untuk harapan si ibu.


haaa..kalau yang ini apa pulak kes nya?? 

spesis jenis ni jenis yang kencing malam jugak?? 


aku percaya spesis jenis ini tidak pernah kencing atas tilam...Mampus Bik Mama mengamuk

Aku percaya spesis ini tidak pernah berjumpa dengan Wak Katmon

tetapi aku percaya Jin jenis peliharaan Wak Katmon Ada bertenggek dekat rantai Spesis ini.

Sebab?

Alasan??

Berjuta kali rakyat menegur tapi spesis ini tidak jugak menanggalkannya.

jelas..

kukuh..

Bukti sah..

spesis ini menenggekkan Jin Jenis peliharaan Wak Katmon Di rantai Lehernya. 





 

Sunday, 17 June 2012

SIAPA BENAR, SULTAN JOHOR ATAU MAT NIZAR


PUNAH – RABAK – TERKOYAK

Itulah gambaran negara ku ku sekarang.

Saya di antara jutaan rakyat yang memandang dua sosok berlainan perasaan ini. Sosok ini adalah Nizar dan Sultan Johor. Sudah berkali-kali saya ingin menulis kesah ini. tetapi tidak kesampaian. Sehingga ke hari ini tidak ada sosok di kalangan rakyat yang berani tampil ke hadapan untuk menyatakan pendirian termasuk sosok kerdil ini.

SebelUm itu Ampun Tuanku sembah Patik harap di ampun.

Bagi rakyat yang mempunyai otak dalam kata lain bukan mengunakan otak kera, isu ini boleh di nilai dengan baik. Isu ini juga akan membongkar seperti isu mat indera bagaimana yang telah Saudara abang Mat Sabu bajak. Nizar pula membajak isu ini iaitu Sultan johor.

Episodnya sama. Watak dan pentasnya berbeza. Satu di Perak dan satu di johor.

Sekali lagi untuk rakyat yang tidak mengunakan otak kera, akan menilai dan menyokong dua sosok ini adalah berdasarkan mereka ini berada dari kalangan mana. Lahirnya di antara mana. Dari kalangan perjuang rakyat atau sebaliknya. Dari kalangan penyangak atau sebaliknya. Dari kalangan penyamun atau sebaliknya. Dari kalangan kaki mabuk atau sebaliknya.

Rakyat memerhati, siapa salah akan dihumban...

Untuk itu Ampun Tuan ku Sembah Patik harap di ampun..

BAB 1 : RADIKALISME GOLONGAN KIRI MELAYU – BAPAK DAN BONDA DALAM MEMERDEKAKAN MALAYA




Dunia hari ini kian hancur kerana munculnya cerita-cerita dan dakyah penipu. Ia tidak ubah seperti tanda-tanda kemunculan Dajal. Maka bukan tajuk dajal yang mahu saya pertontonkan kepada pembaca. Tidak ada bersangkut paut atau berkait kiut di antaranya.

Kesah ini dilakarkan untuk peninggalan anak cucu pewaris nusantara. Kesah ini merupakan kesah sebenar - suka duka perjuangan golongan kiri melayu dalam memerdekakan Malaya. Kesah ini juga di lakarkan bertujuan menyangkal segala dakwaan-dakwaan songsang yang tidak pernah jemu menfitnah kelompok golongan ini dalam memerdekakan Malaya.

Wujudnya golongan kiri melayu yang begitu radikal semenjak era memerdekaan Malaya adalah satu sejarah yang tidak mungkin umat nusantara padamkan. Maknanya ia tidak boleh di bohong. Ini adalah penanda aras sebenar sejarah Malaya dalam mengecapi kemerdekaan.

Maka hari ini saya akan membawa pembaca mengenali dan memahami tentang pengorbanan golongan kiri melayu dalam memerdekakan Malaya. Tajuk ini bagi saya fikir cukup sesuai di kala rakyat masih menunggu pengumuman tarikh pilihanraya. Ia bertujuan membongkar siapa sebenar Kumpulan poyo Melayu United Malay National Organisation.
SUMBER PENCETUS KEBANGKITAN RAKYAT

Ketika di awal tahun 20an, umat di tanah melayu kecelikan mereka terhadap politik adalah cukup kritikal. Maknanya mereka buta politik. Cerita ini dirujuk dari buku-buku yang sudah saya telanjangkan.

Sebagai contoh buku pendeta Za’aba. Di dalam buku ini Za’aba telah mengkritik golongan melayu ketika itu yang tidak cerdik dan tidak mahu untuk berpolitik sehingga Si penjajah inggeris berada di dalam keadaan selesa menjarah harta kekayaan Negara. Bagi penulis Za’aba, ilmu dan kesedaran politik itu penting. Maknanya umat yang mempunyai ilmu dan kesedaran untuk berpolitik yang baik ketika itu akan menyebabkan penjajah inggeris menjadi pening-pening lalat ketakutan. Saya menyokong kenyataan penulisan Zaaba.

Maka saya lampirkan kenyataan ini dengan fakta politik. Politik itu adalah untuk mendapatkan kuasa. Kuasa adalah untuk ekonomi dan ekonomi adalah untuk pembahagian kelas. Justeru itu ternyata dan benar sekali bahawa politik itu cukup penting bagi umat yang berotak.

Kebangkitan Gerakan Nasionalisme rakyat di Indonesia merupakan salasilah bermulanya kebangkitan di tanah Malaya. Nama Sneevliet adalah pembawa ideologi komunisme dari Nederland dan disebarkan di Indonesia ketika itu. Sewaktu itu presiden pertama Indonesia Bapak Sukarno menjadi pemimpin gerakan. Kejayaan Indonesia menghalau penjajah Belanda dari tanah Indonesia telah menguatkan lagi golongan sedar di tanah Malaya dengan menyahut cabaran yang sama menghalau si penjajah Inggeris.

Selain itu, pendokong golongan agama iaitu kaum muda yang mendapat pendidikan dari Sheikh Muhammad Abduh dari timur tengah juga turut menjadi penyumbang kepada kebangkitan perjuangan rakyat di tanah Malaya menghalau penjajah inggeris. Majalah Al Iman di jadikan sebagai alat penyalur idealogi modenisme Islami. Golongan pemikir yang mendapat pendidikan Inggeris dari institut pendidikan Sultan Idris ( SITC ) juga merupakan penyumbang kepada kesedaran gerakan memerdekaan Malaya. ( boleh rujuk buku STPM Kesusasteraan Melayu )

Memandangkan rakyat Malaysia suka membaca artikel yang panjang-panjang maka saya akan sambung pada sesi berikutnya. Ikuti sambungannya …

Bersambung…..

Tuesday, 12 June 2012

WARKAH UNTUK BONDA SHAMSEAH FAKEH

                                            BONDA SHAMSEAH FAKEH


Dalam kami meniti usia dewasa dan teramat memerlukan modal semangat untuk menongkah arus melawan REJIM, kau pergi meninggalkan kami

ketika kau berjuang kami masih lagi di alam maya.

ketika kau berjuang, kami masih terkapai kapai di lembah Kalzum.

Kami di antara puluhan malah ratusan ribu anak muda yang setia dengan perjuangan Kau. Perjuangan kau perjuangan Benar.

Perjuangan kau perjuangan Hakiki.

Perjuangan kau perjuangan yang mengoncang penjajah sehingga menghambat mereka keluar dari Malaya.

Hati kami  tidak tertanggung lagi bila membaca kesah-kesah duka kau dalam mengharungi perjuangan. Lalu kami corehkan warkah ini untuk kami semadikan di dalam muzium abadi.

kami tahu kau dituduh pengkhianat bangsa, walhal kau memerdekakan Malaya. kami tahu Kau di tuduh Penjenayah, walhal kau berjuang untuk anak-anak cucu pewaris nusantara.

YA kami tahu dan kami tidak menolak bahawa kau sebenarnya adalah penderhaka. kau sebenarnya penderkaha kepada penjajah Inggeris laknatullah....
kau penderhaka kepada United Malay National Organition LAknatullah...


kami berjanji Inshallah

kami akan lakarkan warkah sebenar untuk Diri kau - Biar anak cucu Nusantara mengetahui Siapa Pengkhianat Sebenar Malaya.

Biar mereka anak cucu nusantara mengetahui bahawa Bonda kami Samseah Fakeh Adalah perjuang Malaya dan perjuang Emansipasi WAnita yang sebenar..

Moga Allah Semadikan Kau di kalangan orang yang saleh...Al Fatehah...

MENABRAK ARUS KE JALANRAYA - DEMO TRENDY ANAK MUDA


Berdemo itu adalah trendy anak muda


Mat skema - Mat Kopiah Putih - Mat Baju Kemeja Masuk Dalam - Mat Hip Hop - Mat Skinhead - Mat Tabligh - Mat Dabel Trabel mengetahui hal ini

Berdemo itu bukan sahaja trendy anak muda tetapi ia mampu mengubat sakit sendi tulang dan sakit senggugut,


malah berdemo juga mampu memberi stress kepada Bik Mama dan Sekutunya
Puluhan malah ratusan ribu anak muda tidak mendaftar sebagai pengundi.
Berserabut pemimpin rakyat memikiorkannya.
Tidak menjadi masalah, berdemo adalah trendy anak muda.
Ratusan anak muda yang tidak mengundi ini akan turut memenangkan perjuangan rakyat.
Tidak Percaya??


Tidak Yakin??


Hanya Pelawok??
Ratusan anak muda yang tidak mengundi ini akan menghumbankan Bik mama dan sekutunya ke Haiwey Karak menerusi Menabrak Arus ke Jalanraya
‘’ini bukan Berita Utusan, ini janji anak mUda’’





‘’Penulisan itu ada jiwa dan roh. Ia berdiri atas perasaan penulis dan bukan perasaan orang lain’’ ( MOHD ZAIRI HS 2012)
‘’Wujudnya kritikan dan Pujian tanda penulisan itu bernafas‘’ ( MOHD ZAIRI HS 2012 )

NIke RATNADILLA YA AMPUN..

Ya Ampun,

sosok lembut ini rupanya anak kelahiran  Bandung Indonesia..
namanya Raden Rara Nike Ratnadilla Kusnadi. 27 Desember 1975 - 18 Mac 1995
lagunya sering ku dengarin di corong-corong radio malaya.

ya Ampun,

Lunak sungguh suara sosok ini
serak basah mengalah Ratu Ella....

ya Ampun,

lagu bintang kehidupan sungguh tidak jelik bunyinya
lagu yang sering memerli aku... 
namun kau Nike Ratnadilla tetap penghibur setia aku 
walaupun kau sudah tiada

ya Ampun,

Dalam mengejar glamor akhirnya kau rebah di bahu jalan
suratan takdir
yang hidup pastinya di tanamkan..

kau penghubur, kau perdana menteri, kau Penguli roti
kau juga akan di tanamkan..

AL- FATEHAH....


 

Sunday, 10 June 2012

PERISTIWA PERJUANGAN MAHASISWA UNISEL

Mukadimah

Sebelum saya memulakan langkah. Saya ingin menyatakan sebab musabab tulisan ini dilaksanakan. Ia bertujuan untuk meraikan rakan-rakan di dalam perjuangan Mahasiswa di Universiti Selangor. Maknanya bukan mahu mengangkat nama mana-mana individu. Ya, mungkin saya bukan orang yang paling layak untuk mencoret warkah ini - niat tulisan ini dilaksanakan tidak lebih dari untuk menghargai mereka yang berjuang siang - malam tanpa jemu dan paksaan. Maka tulisan ini saya laksanakan. Ia sekadar sumbangan kecil dari saya untuk mereka.

Permulaan Gerakan

Sekitar tahun 1974, golongan Pelajar ketika itu boleh berbangga dengan pergerakan Mahasiswa yang menjadi penyambung hayat di antara rakyat dan kaum pemerintah. sebagai contoh, kebangkitan Mahasiswa membela kemiskinan rakyat Baling. kemiskinan yang melanda rakyat di Baling Kedah telah mengheret golongan pelajar yang bergelar Mahasiswa bangun membantu menuntut hak. Antara aktivis pelajar yang memimpin gerakan ketika itu adalah Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan rakan-rakan yang lain. ia memjadi inspirasi dan kenangan yang tidak mungkin untuk rakyat Malaysia lupakan terutamanya golongan Pelajar( Mahasiswa ).

Di Universiti Selangor ( UNISEL ) kewujudan pergerakan Mahasiswa tidak kurang hebatnya. Berpunca daripada kelewatan pihak pengurusan dan golongan pentadbiran Universiti membayar Pinjaman PTPTN, menyebabkan Ratusan pelajar bangun melawan. ketika ini saya di antara celahan ratusan pelajar tersebut. bagi saya yang memimpin gerakan ketika itu adalah semua pelajar Universiti Selangor yang sedar. Bermula dengan ucapan kecil di perkarangan Rod Tunda Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial yang sekarang telah bertukar menjadi Fakulti Bioteknologi .ia di lakukan oleh  pemimpin pelajar seperti Saudara Nasir Presiden Persatuan Islam, Saudara Shahimi Ariffin Bekas Ketua Umum Aksi, Saudara Farel segmentasi Mahasiswa SAMM, Saudara Sabril Shafiq Exco Bina Insan dan Saya sendiri. Slogan dan kain rentang yang tertulis perkataan di antaranya " mahasiswa kelaparan " " lunaskan Segara PTPTN " " ini permulaan gerakan Mahasiswa " menghiasi perhimpunan ketika itu - sehinggalah ke perarakan besar-besaran menuju ke pejabat pentadbiran Universiti.

Bibit-bibit peristiwa ini telah menguatkan seluruh pelajar yang prihatin kepada nasib perjuangan Mahasiswa dengan mewujudkan satu gerakan yang lebih konkrit.justeru itu lahirlah gerakan Revolusi Mahasiswa


Bersambung...




BOB MARLEY a la la la long


Seperti biasa berinternet merupakan juadah untuk jadikan santapan harian. Seperti biasa Si Nujum Google dan Si penglipur Youtube aku godam. 


Aku mengodam tanpa arah tujuan. Mungkin jodoh - aku di temukan dengan satu sosok berambut kerinting. Mamat ini aku kenal. Namanya Robert Nesta Bob Marley. Anak kelahiran Jamaika. Jika di tanya kepada pengemar lagu raggae pasti mengenalinya. 
Bukan sekadar penyanyi dan pencipta lagu beliau juga adalah di antara pendukung Gerakan agama baru yang mengelar Allah Sebagai Rastafari. Gerakan Rastafari berasal dari nama bekas kaisar Ethiopia iaitu Haile Selassie.
Beliau banyak melahirkan lagu-lagu yang berunsurkan ketuhanan. Sebab itu ada di kalangan pembaca yang tidak bersetuju bila aku mengatakan si mamat ini di antara pengerak kepada penyatuan makhluk. 

Aku lihat dari sudut yang berbeza. Jika sudut agama sahaja yang di lihat, maka lagu Sofea Jean juga boleh menjadi lagu kumpulan Raihan.

Sebagai contoh di sini adalah lagu One Love. Lagu yang mengajak sekalian makhluk menuntut hak. Menuntut hak bemakna menuntut sesuatu yang di anggap benar. Jika United Malay National Organisation ada di jamaika sudah tentu lagu tersebut Si mamat ini akan tuju kepada Kumpulan itu.

Si mamat ini juga sering berbicara soal politik – kesejahteraan umat – pembelaan hak wanita terutamanya.











Yeahhh....ya reggae reggae...

CINTA PEMBUNUH PERASAAN



Malam ini, aku ingin coretkan satu kesah yang sering menghantui makhluk yang bernama Insan. Ia berpunca daripada ayat-ayat jiwang yang masih berteraburan di dalam benak kepala aku.

Ayat-ayat ini telah menyemakkan fikiran aku. Ayat-ayat ini telah memaksa aku menulis tentangnya. Lalu aku adaptasikan dalam penulisan aku untuk kali ini.

Aku bukanlah seorang jantan jiwang yang terhandal. Aku bukanlah seorang penulis novel cinta yang tersohor. Aku juga bukanlah seorang pakar cinta untuk di jadikan panduan. Aku hanya insan kerdil pemilik perasaan itu, iaitu cinta.

Dunia ini kian merana. dunia ini juga selalu menangis. Menangis kerana adanya perasaan dan nafsu yang sedang memaksanya mengeluarkan tangisan tersebut. cinta juga begitu. Ia tidak pernah lari dari tuntutan asal.

Sama ada Kau cinta tuhan. kau cinta makhluk. Kau cinta dunia. Namun kau tetap akan menangis kerananya.

AKU CINTA DIAA

Ahh..

Kau pendusta.

Kau pembohong.

Kau penipu.

Kau hanya berpura-pura mengatakan kau memiliki cinta. kau cinta kepada siapa. Tuhan? Makhluk ? Dunia ? kau cinta siapa sebenarnya.

Kau sebenarnya pembunuh perasaan itu. Kau pemain layar hebat yang sedang berdiri di atas pentas cinta.

Kau bilang kau cinta. tapi mengapa kau bunuh perasaan ini. Mengapa? Mengapa?

Hening cinta kian memandul.

Hening cinta kian mengecil.

Hening cinta kian mengucup.

Kau nampak semua itu. Tapi Masih kau bilang perkara sama?

Kau bilang kau cinta tapi kau seksa jiwa dan sosok kerdil ini

Kau bilang kau cinta tapi kau guris jiwa dan sosok ini.

Kau bilang kau cinta tapi kau herdik jiwa dan sosok ini.

Jiwa dan sosok ini bukan lagi untuk kau. Jiwa dan sosok ini untuk mereka yang mahukan jiwa ini. biarkan jiwa ini bebas mencari tuan.

Cerita ini adalah rekaan semata-mata. Ia Tidak ada kena mengena di antara yang hidup ataupun yang tengah di kapankan. Jangan ada yang terasa

Sekian..

‘’Penulisan itu ada jiwa dan roh. Ia berdiri atas perasaan penulis dan bukan perasaan orang lain’’ ( MOHD ZAIRI HS 2012)
‘’ Wujudnya kritikan dan Pujian tanda penulisan itu bernafas ‘’ ( MOHD ZAIRI HS 2012 )

Saturday, 9 June 2012

KOTA LENDIR RUMAH MERAH



Tahniah Safuan Azahari

Maka selesailah majlis perkahwinannya. ‘’ tak kan nak tunggu pengantin masuk bilik plak baru kau nak balik ‘’. Usik teman-teman. Hari ini aku bersama teman-teman pergi mengunjung ke majlis perkahwinan sahabat baik yang terletak di negeri selatan tanah air. Majlis ini sampai lewat petang. Kami pulang berenam.

 Dalam perjalanan pulang, kami sudah menjangkakan jam berapa sampai ke ibu kota. Kami akan sampai dalam jam dua hingga tiga pagi. Maknanya ibu kota ketika itu sedang di landa musibah. Ibu kota ketika itu sedang di landa carca merba. Ibu kota sedang di landa songsang alam.

Di benak fikiran teman-teman aku yang lain, melepak di kedai mamak adalah tujuan asal sebelum pulang ke rumah. Kami mengubah haluan, Rumah Merah di jadikan pilihan.

Rumah merah

Untuk aku, ini kali pertama aku pergi ke sana. Aku percaya Wakil Rakyat – Tok Lebai – Golongan Agama Tersohor – Mat Skema tidak mungkin pernah sampai ke kota ini iaitu kota lendir. Kota ini merupakan kota untuk si jalang mencari sesuap nasi. Kota ini merupakan tempat si saudagar lendir mencari rezeki. Kota ini juga untuk mat-mat hidung belang mencari berahi.

kami sampai awal. Yang turun dari kereta hanya aku dan dua sahabat lain. Tiga lagi sahabat aku katanya mahu tunggu di kereta sahaja. Mungkin mereka ini penat – atau mungkin mereka menjaga maksiat mata kerana yang bakal kami pergi ini adalah kota lendir bukan kota Madinah tempat suci. Kami bertiga melangkah laju. Bersahaja – berlagak seperti orang lama kami lakokan.

Kawasan ini, suasananya seperti perhimpunan belia. Bersepah tubuh-tubuh jantan sedang berkeliaran.Tidak kurang juga penjaja-penjaja makanan sedang sibuk memperagakan juadah. Dari bebola ikan sehingga roti canai mamak ada di sini. Pegawai-pegawai beruniform yang mengawal jenayah juga kelihatan. Ada yang sedang meronda. Ada juga sedang membaham nasi lemak di kedai mamak yang berada di bawah Rumah Merah tersebut. Kawasan ini jika di lihat dari mata kasar seperti kawasan-kawasan lain. Deretan rumah-rumah kedai memenuhi ruang alam.

Aku bersama dua sahabat sampai ke pintu masuk pertama. Sinaran samar lampu merah memenuhi ruang pintu masuk hingga ke dalam. Untuk pengetahuan pembaca, rumah merah ini bukan hanya satu tetapi ia lebih dari sepuluh. Setiap kedai, tangganya pasti merupakan pintu masuk ke rumah merah. Maknanya deretan rumah kedai di sini, tingkat atasnya adalah rumah jalang mencari rezeki.

Tiga pasang kaki berlainan tuan melangkah masuk. Sebelum masuk, aku di sapa oleh satu sosok kepunyaan mata sepet. ‘’ Mai-mai masuk melayu ada, chinese ada ‘’. Aku Cuma lemparkan senyuman. Di dalam hati, ludahan kata kesat aku lemparkan kepada sosok ini.
Untuk sampai ke dalam, aku terpaksa menyusuri puluhan anak tangga. Dari satu anak tangga sehinggalah ke anak tangga yang terakhir. Di sepanjang menyusuri tangga tersebut, aku bergesaran dengan bahu-bahu jantan yang lain. Keadaannya tidak ubah seperti Pasar Malam di waktu sedang menyenja. Sesak – padat – laris dengan sosok. Itulah gambaran yang dapat aku terjemahkan di sini.

Keterpaksaan mencari jawapan

Akhirnya aku sampai ke atas. Sinaran lampu merah juga memenuhi ruang. Di dalamnya mempunyai berpuluh bilik. Di setiap bilik tersebut ada sosok manis yang taat berdiri. Ada juga bilik yang pintunya tertutup. Mungkin di dalamnya sosok mat hidung belang tengah bermadu dengan jalang.

Sosok-sosok manis melemparkan senyuman kepada kami bertiga. Tidak kurang ada di antara mereka yang cuba menarik tangan kami dengan belaian manja. Demi Mu Tuhan, Allah pemilik alam ini, hati aku ketika itu cukup gundah gulana. Kerisauan dan rasa berdosa bermain di segenap ruang jiwa aku. mungkin ini secebis iman yang masih ada untuk aku sehingga aku berasa sedemikian. 

Niat untuk aku ke sini aku kuatkan dengan berkiblatkan ‘Dia’ Allah mengetahui apa yang aku lakukan. Aku pergi sehingga ke bilik yang terakhir dan sosok-sosok manis kami tinggalkan.

Sosok Dan Air Mata

Dalam perjalanan pulang, hati aku - jiwa aku menangis teresak-esak kerana di sebalik sosok-sosok manis itu ada sosok yang seagama dengan aku.

Dari sosok manis yang aku lihat tadi, aku terfikir adakah sosok ini layak untuk aku mengelarnya jalang. Mungkin mereka di hambat dengan mainan alam sehingga terhumban sosok ini ke neraka dunia. Aku juga hairan, tuan pegawai yang berkeliaran di kawasan ini seolah-seolah tidak menyedari adanya sosok-sosok manis yang sedang terpenjara di bilik lendir. Berapa agaknya saudagar lendir membayar mereka, sehingga mereka buta tentang kewujudan sosok manis di kawasan tersebut. Lalu aku hadiahkan gelaran Pegawai Lendir untuk mereka.

Sekian..
  • Untuk pencerahan, Kota Lendir Rumah Merah ini terletak di Kuala Lumpur. Lokasinya aku tak boleh bagitahu. Nanti ada plak yang pergi menjalang. hahahahahaha
‘’Penulisan itu ada jiwa dan roh. Ia berdiri atas perasaan penulis dan bukan perasaan orang lain’’ ( MOHD ZAIRI HS 2012)
‘’ Wujudnya kritikan dan Pujian tanda penulisan itu bernafas ‘’ ( MOHD ZAIRI HS 2012 )

Friday, 8 June 2012

KESAH RINGKAS ,AKU DAN KEHIDUPAN


Jam menunjukkan angka 3.09am. Aku masih belum mampu melelapkan mata. Berfikir tentang kehidupan dan hari-hari yang bakal mendatang. Hari-hari yang terpaksa aku tabah harungi. Mungkin itu yang aku fikirkan. Maka aku terjemahkan di dalam penulisan. Dengan menulis tanpa mengunakan tinta ini aku mengharapkan ia akan merungkai apa sebenar yang aku fikirkan.

Kekurangan modal mungkin sebab musabab aku mencoret penulisan ini. Modal di sini bermaksud penulisan aku kali ini tiada panduan dan arah tujuan. Untuk aku, itu sahaja yang termampu aku lakukan di kala mata belum mampu tertutup untuk menjemput sinar pagi yang akan menjelma tidak lama lagi.

Ya, mungkin ada yang mengatakan waktu sebegini lebih enak kiranya membedah Al-Quran ataupun sujud menyembah Ya Rahman ya Rahim. Untuk itu, Terima kasih aku hadiahkan kepada yang mengatakan sedemikian.

Kenali Aku yang sebenar

Dalam masa sesingkat ini sementara menunggu subuh, aku ingin mencoretkan kepada sahabat budiman tentang aku –kincirtua -. Rasanya lebih elok mengenali siapa aku sebelum aku memandu ke hadapan di dalam dunia penulisan .

Nama aku Mohd Zairi Hj Shafa’ai. Dahulu ( bukan tahun 60an ) nama aku Mohd Hairi tetapi di sebabkan semasa aku bersama ibu aku mendaftar nama aku di pejabat pendaftaran, pegawai yang mendaftarkan nama aku tersalah dengar. Peristiwa yang menghayat hati ini berlaku selepas Kad Pengenalan aku hilang. Lalu di tulis oleh pegawai tersebut Zairi. Maka di sebabkan kecekapan pegawai pendaftar tersebut menjalan tugas, sehingga ke saat ini- sehingga ke nafas ini nama aku adalah Mohd Zairi. Maksud nama aku, tidak pula di ketahui. Berpuluh buku telah aku cari, namun maksud nama tersebut tidak aku temui.

Aku adalah seorang anak muda yang berasal dari Negeri Mat kilau Pahlawan Negara. aku berasal dari keluarga sederhana. Nama bapa aku Shafa’ai Mat Sudin. seorang rakyat bawahan. Ibu aku namanya Fatimah Ahmad seorang suri rumah dan peneman setia bapa aku. Aku di timang dengan panggilan manja sejak usia aku semasa kecil. Nama timangan itu untuk seluruh ahli keluarga aku adalah kerry. Ala-ala nama orang putih bukan.

Ketika ini, Usia aku masih muda jika di bandingkan dengan Tuan Pegawai Daerah yang sedang menunggu surat pencen. Usia aku sekarang sudah hampir ke penghujung 30an. Rakan-rakan sepermainan ketika aku di bangku sekolah sudah pun ada yang berkahwin, beranak dan khabarnya masih belum yang bercucu. Maknanya, jemputan untuk aku melangkah ke alam tersebut sudah hampir. Dengan siapa – orang mana – waktu kejadian hanya Ya Rabbi pemilik Alam yang tahu.

Alam kanak-kanak,

Cerita ini berkiblatkan kejadian yang hanya aku ingat. Cerita ini juga di kongsi bersama ahli keluarga untuk aku jadikan panduan.

Dari apa yang di ceritakan oleh kakak aku Anisah yang merupakan seorang pendidik , semasa aku kecil aku adalah seorang yang petah bercakap – banyak bercakap. Kakak aku anisah menceritakan ketika aku baru menerima keputusan SPM. ‘’ masa kecil banyak cakap, ingat bila besar bijak la..’’ lebih kurang begitulah. Aku pun sudah lupa. itu di antara kata-kata kakak aku Anisah yang di lohong ke telinga aku sewaktu itu. Aku Cuma mampu tersenyum seperti kerang busuk ketika itu. Ya benar aku mengakui aku bukan di kalangan kanak-kanak yang bijak dalam pelajaran.

Nombor angkanya berbelas merupakan nombor kesukaan aku untuk keputusan peperiksaan sewaktu aku di bangku sekolah. Aku pun tidak tahu bagaimana aku tercampak ke Universiti di pinggir Negeri Selangor. Selain itu, perkara yang penting bagi aku, aku adalah di antara adik beradik yang hatinya terlalu lembut seperti kain kapas. Berita ini juga kakak aku Anisah yang menceritakan. Mungkin orang yang rapat dengan aku, dapat merasai perkara tersebut.

Ketika usia aku seawal enam tahun, aku mempunyai musuh ketat. Musuh itu adalah abang aku sendiri. Abang aku usianya tujuh tahun lebih tua dari aku. Namanya Zainal Abidin juga seorang pendidik. Dengan usianya yang lebih tua dari aku, tidak pelik jika aku sering di buli dan tewas ketika bergaduh. Entah mengapa, aku dengan abang aku sering bertelagah. Persoalan itu sehingga ke hari ini aku tidak dapat menjawabnya. Tetapi dalam hubungan antara aku dan abang aku, aku banyak menyimpan kisah manis bersama beliau. Mungkin Cuma aku sahaja yang mengingati kisah manis tersebut. Kisah tersebut, sekiranya di izinkan maha pencipta Alam akan aku semai sebagai kenangan yang tidak mungkin aku padam.

Ya memang aku sering bergaduh dengan beliau. Tetapi ketika hubungan kami baik, abang aku selalu mengajak aku bermain gusti. kami akan meniru gaya pemain gusti di dalam Tb. Abang aku akan memukul aku olok-olok dan ketika aku menumbuknya, dia akan berlakon seolah-olah hug Hogan sedang menumbuknya. Ketika itu kegilaan pemain gusti aku adalah Rockers. Rockers adalah Dua Sahabat. Mungkin ada di kalangan pembaca yang masih mengingati nama tersebut. Sehingga ke saat ini aku mengingati nama pemain gusti tersebut. Ketika usia aku menjangkau 11 tahun, abang aku telah bertukar sekolah dan duduk di asrama. Mungkin di sebab kelakuannya yang terlalu baiknya sehingga menghambat ayah dan emak aku menghantarnya ke asrama. Jadi, aku bebas hidup di dalam rumah, tanpa ada musuh ketat aku.

Dunia Persekolahan,

Aku mendapat pendidik seperti anak-anak Malaysia yang lain. Maknanya aku bukan di kalangan pelajar yang tercicir di dalam pelajaran. Bermula di sekolah rendah berhampiran rumah aku sehingga tamat darjah enam. Selepas itu ayah aku menghantar aku bersekolah di pinggir Daerah Pahang. Sekolah ini sekolah Agama. Aku tinggal di asmara. Ketika itu, ia adalah Satu pengalaman baru untuk aku berjauhan dengan ayah dan emak tersayang. Dari hari pertama aku memasuki sekolah tersebut aku tidak pernah menangis kerana rindukan ayah dan emak aku. Di sini bukanlah bermaksud aku tidak sayang mereka. Itu adalah tanda aku ketika itu adalah anak lelaki yang cekal. Aku berani berkata begitu kerana aku bandingkan dengan rakan-rakan yang seusia aku ketika itu yang sering menangis di dalam selimut ketika malam menjelma. Jika perlu ,aku letak namanya.

Aku di sana sempat sehingga tingkatan dua. Mungkin jodoh aku bersama sekolah itu tidak lama. Masalah beberapa perkara telah memaksa aku meninggalkan sekolah tersebut. Jika aku kekal di sana mungkin aku sekarang adalah pemenang Program Realiti Imam muda yang pertama dan bergelar ustaz.

Seawal usia 15 tahun aku telah berpindah ke sekolah menengah biasa. Aku turut tinggal di asrama.Cabaran di sini cukup besar berbanding sekolah sebelumnya. Pelajar di sini meniti angka seribu orang. Untuk permulaan aku di masukkan ke kelas paling hujung maknanya kelas tercorot. Tetapi ada lagi yang kelas yang hujung dari aku. aku berjaya menghabiskan pengajian di sekolah ini sehingga SPM.

Sekolah ini bagi aku menyimpan seribu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Kenangan manis dan pahit aku simpan sebagai kenangan yang berharga untuk aku. di sekolah ini, sahabat – teman - guru – kakitangan Sekolah telah melengkapkan tugasan aku sebagai pelakon di pentas alam yang bertuan. Banyak yang ingin aku kongsi dengan pembaca tentang kenangan aku di sekolah ini. mungkin masa telah menghalang untuk aku mengajak sahabat pembaca pergi merasai dunia aku ketika itu.

Cuma satu yang boleh aku sisipkan kisah kepada pembaca - jika di beri aku belajar di University Oxford sekalipun, aku tetap memilih sekolah ini sebagai kenangan termahal untuk aku simpan di dalam muzium abadi hidup aku. itulah gambaran yang mampu aku kongsi bersama pembaca ketika aku di sekolah tersebut.

Belajar hafazan Al-Quran adalah langkah aku seterusnya sesudah aku lunaskan menjawab peperiksaan SPM. Aku belajar di Negeri Tok Guru, negeri kelantan. Di sana Cuma aku belajar selama 4 bulan. Tempatnya hanya lima minit untuk ke selatan Thai. Ini Cuma permulaan untuk aku memperlajari ilmu Tuhan ketika menunggu keputusan SPM. Jadi sekiranya pembaca meminta aku menghafal surat Al-fatihah, inshaALLAH aku akan membaca dengan penuh keyakinan.

selepas aku mendapat keputusan SPM maka bermula penjelajahan aku sebagai seorang hamba. Tempat belajar begitu banyak aku pergi. Dari Selatan Thai bawa ke Kolej hingga ke pondok atap nipah di Negeri Kedah telah aku pergi menuntut. Liku-liku dalam mencari kehidupan yang lebih baik, aku harungi dengan tidak begitu tabah.

Bersambung...aku nak tidur 4.30am





Wednesday, 6 June 2012

SURAT WASIAT : HANYA JALANRAYA ( Oleh : Mohd Zairi HS )


 Seluruh rakyat Malaysia mengetahui hal ini. Kita akan menyambut pesta rakyat – pesta demokrasi iaitu pilihanraya ke 13. Ini adalah cabang Fundamental untuk sesebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi bagi menyempurnakan rukun iman sistem tersebut .
Di Malaysia, rakyat semua bangsa yang empunya Negara ini telah memasuki kali yang ke 12 pilihanraya diadakan. Ia menyaksikan Barisan Nasional memenangi ke semua pilihanraya tersebut. Dahulunya Parti Perserikatan.

MENANTI PRU 13

Sahabat budiman,

Saya di antara jutaan rakyat Malaysia yang masih menunggu tentang pengumuman tarikh pilihanraya yang ke 13. Semua rakyat Malaysia yang empunya Negara ini masih terlopong berteka bin teki tentang tarikh tersebut. Ia akan diumumkan oleh Tuan Perdana Menteri. Mungkin esok – minggu hadapan – selepas raya ataupun awal tahun hadapan. Saya pun tidak mengetahuinya. Untuk itu saya yakin hanya Rosmah sahaja yang mengetahui tarikhnya.
  
Sahabat budiman,

Sebelum saya memulakan langkah berbicara, saya ingin mengatakan bahwa Surat ini ditulis bukan sekadar surat biasa dari surat sebelumnya. Surat ini ditulis untuk memberi amaran kepada si kaki kencing. Surat ini ditulis untuk memberi keyakinan kepada sahabat budiman tentang perubahan dan pencerahan suasana Real politik Negara kita yang hakiki. Surat ini juga untuk ditinggalkan kepada anak-anak dan cucu kita nanti. 

Bagi persediaan, untuk menjawab segala persoalan yang akan ditanya oleh anak-anak cucu kita nanti maka surat ini saya lunaskan. Surat ini untuk mereka bangsa bermaruah/bangsa merdeka.

Sahabat budiman,

Untuk makluman, saya baru hanya sekali mengundi. Usia saya masih mentah. Usia saya belum menjangkau 80 tahun. Usia saya masih setahun Betik. Namun, bagi saya itu bukan persoalan untuk saya terus memandulkan diri, diam membeku.

Setelah kita dan sahabat-sahabat terdahulu mengharungi pesta rakyat yang pertama dan kali ini masuk yang ke 13 - kita semua boleh lihat bagaimana si kumpulan poyo Melayu United Malay National Organisation meraikan pesta rakyat tersebut.
Ayat-ayat yang berteraburan masih belum tersusun telah menjelaskan perilaku kumpulan poyo ini dalam menghadapi arena sabungan politik. Maka saya susun semua ayat yang berteraburan itu untuk para sahabat budiman dan anak-anak cucu kita nanti mengetahui hal realiti. 

Ayuh saya kongsi dengan sahabat budiman dengan fakta ini. Sebelum saya pergi kehadapan, saya tinggalkan pencerahan untuk sahabat fahami. Hal ini penting untuk sahabat memahami makna sebenar surat saya.

Sahabat budiman,

Mengapa saya begitu berahi sehingga meleleh air liur basi untuk menunggu Pilihanraya ke 13? Maka saya lampirkan alasan. Sedar dengan hakikat bahawa ‘kita’ sedang berhadapan dengan malapetaka yang cukup besar. Ia pernah disebut berulang kali oleh kolumnis Negara Isham Rais dalam penulisannya.

 Siapa ‘kita’ itu. ‘kita’ itu adalah Tok Ayah, Aney, Achi, Abang cu, Pak Long, Mak Ngah, Pak Abu dan semua bangsa yang merasakan diri anak Malaysia. Malapetaka ini bahayanya melebihi serangan tsunami di Aceh. Malah Malapetaka ini bahayanya melebihi turunnya Ayah Pin dari takhta Kerajaan Langit. Cuma itu yang saya dapat gambarkan kepada sahabat budiman betapa dasyat dan besar malapetaka tersebut.

 Malapetaka itu adalah pada 31 Ogos 1957, British yang menjalang tanah Negara kepunyaan semua bangsa Malaysia telah menyerahkan kuasanya kepada budak suruhan mereka “ The Running Dog “iaitu United Malay National Organisation. Setelah kumpulan poyo melayu United Malay National Organisation ini menyambung kuasa tersebut maka bermula pembinaan empayar yang cukup besar sehingga ke hari ini. 

Empayar itu juga adalah malapetaka. Malapetaka empayar tersebut mudah dirasai oleh semua bangsa bermaruah sebagai contoh kenaikan harga tol - kenaikan harga minyak - peningkatan sara hidup - peningkatan harga gula - peningkatan harga ayam – kelahiran pemimpin-pemimpin macam Hampeh sehingga tidak boleh di tegur - kes jenayah - kes Rogol - Buang Anak - Rasuah dan curi selipar di masjid juga adalah malapetaka kesan daripada pembinaan empayar tersebut.

KUMPULAN POYO TIDAK AKAN UNDUR

Sahabat budiman,

Saya sering berkongsi pendapat dengan rakan-rakan ( Saudara Nasir Al-Dzokar dan Saudara Safuan ) tentang malapetaka tersebut. Untuk menghalau malapetaka ini kita tidak perlu menggunakan Khidmat tukang telek Feng Shui atau Bomoh marang kerapu kepundir marang sekeper. Untuk menghalau malapetaka ini juga kita tidak perlu menggunakan Bomoh yang digunakan oleh Bik Mama untuk kelihatan sentiasa bergetah dan untuk si Suaminya sentiasa menyembah. 

Untuk menghalau malapetaka ini kita mempunyai kaedah yang terbaik iaitu Pilihanraya (Pesta Rakyat). Kaedahnya ialah dengan memberi undi selain mereka kumpulan poyo Melayu United Malay National Organisation pada Pesta rakyat nanti.  

Sahabat budiman,

Dalam memasuki pusingan terakhir menghadapi pesta rakyat, kita dapat lihat bagaimana persediaan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin perjuang Rakyat ( Pakatan Rakyat ) dalam memastikan terhumbannya kumpulan poyo melayu United Malay National Organisation ke lubang najis sejarah.

 Pemahaman dan pertimbangan nilai dipahat dengan konkritnya oleh mereka untuk semua bangsa bermaruah. Ini adalah kerja murni. Ini adalah kerja jihad. Ini adalah kerja untuk memampuskan malapetaka – United Malay National Organisation. Ini juga adalah tanda bahawa Perjuangan Adil Rakyat Malaysia akan menang melalui Pesta Rakyat. (Perubahan)

Sahabat budiman,

Sebelum itu, kita harus Menyedari hakikat tentang  sejauh mana keberkesanan Pesta Rakyat  di negara kita. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kumpulan poyo melayu United Malay National Organisation tidak akan melepaskan empayarnya yang dibina sudah sekian lamanya dengan mudah. Segala kemewahan telah dibina bersama. Menikmati kekayaan dari hasil jerih perit hasil titik peluh rakyat dilakukan sejak berpuluh tahun lamanya. Sahabat boleh lihat Rosmah tentang bukti kemewahan tersebut. Gemuk bukan?
Penipuan di dalam pilihanraya di rancang sejak sekian lama. Dizahirkan dengan menampakkan ia seperti kain Putih yang belum dicarik. Agen-agen untuk membantu kumpulan Poyo Melayu memperolehi kemenangan di Setiap Pilihanraya diwujudkan dengan mengunakan tektik Tipu + Canang = Menang.

Hujah ini saya sisipkan lagi dengan alasan kukuh dengan laungan Tuan Perdana Menteri ketika di perhimpunan agong Kumpulan Poyo melayu “ biar berkecai badan, Putrajaya kita pertahankan “- NAJIB RAZAK-.

Maknanya, mereka akan mentadbir sehingga tiupan sangkakala berbunyi. Ini adalah perkara sahih lagi menyahihkan.

‘’  Woi kau bukan Tuhan, macamlah kau tahu benda yang akan datang “.

 Mungkin ada yang mengatakan sedemikian. Tunggu, ayuh saya bawa sahabat budiman ke dunia yang nyata. Ini adalah hakikat sebenar yang berlaku. Hujah ini tidak akan berdiri tanpa fakta. 

Masih ingat dengan Kes Altantuya ? Kapal Selam ? Sukoi ? PERWAJA ? Mata Lebam Saudara Anwar  Ibrahim? cincin 24 Juta ? Rogol minah Cun Indonesia dan Rogol Budak Bawah Umur ? Ini adalah di antara kes yang membabitkan golongan elit Negara. Siapa Golongan elit Negara? Yang pasti golongan elit bukan Tok Anjang yang berada di Hulu Sg Rejang Sarawak. 

KETERPAKSAAN MENDESAK PERUBAHAN

Sahabat budiman,

Ayuh kita jenguk di luar jendela Negara kita. Mesir sebagai contoh. Hosni Mubarak memimpin Mesir lebih dari 30 tahun. Pesta Rakyat Di Mesir sama seperti Malaysia. Tok Lebai ditangkap – golongan pemikir kebebasan rakyat ditangkap – mahasiswa dan anak muda ditangkap – aktivis Rakyat ditangkap – golongan sosialis ditangkap. Dosanya adalah kerana menentang kepimpinan Hosni Mubarak. 

Hosni Mubarak
Fenomena tersebut sama seperti Malaysia. Persamaan antara Mesir dan Malaysia yang seperti Adik dengan Abang ini berakhir pada tahun 2011. Dirakamkan untuk dijadikan iktibar kepada seluruh pemimpin diktator dunia bahwa pada 2011, tercetusnya Revolusi  rakyat Mesir. Revolusi Mesir di zahirkan melalui perhimpunan besar-besaran di Dataran Tahrir.
 Mereka rakyat Mesir sudah Jelik dengan kepimpinan Hosni Mubarak. Mereka berhimpun kerana tidak mempercayai sistem Pilihanraya Mesir yang diatur untuk memenangkan Hosni Mubarak. Justeru itu jalan terakhir untuk mencampakkan Hosni Mubarak ke kandang pengadilan adalah menerusi turun ke jalanraya. Hasilnya, minggu lalu Hosni Mubarak di jatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan jenayah beliau lakukan. Menteri yang bertanggungjawab dalam menyuraikan perhimpunan di Dataran Tahrir sehingga menyebabkan kematian rakyat Mesir juga dikenakan hukuman. Ini adalah Natijah/hasil perhimpunan jalanraya.

Sahabat budiman,

Bagi saya, Mesir harus dijadikan contoh. Pilihanraya hanya papan iklan untuk menyatakan kewujudan Perjuangan rakyat. Jalanraya Medium Sebenar. Hanya dengan jalanraya sahaja yang mampu mengubah Negara dari dipimpin pemimpin-pemimpin hampeh. Bila, di mana semua di tangan anda.
Untuk persoalan anak-anak cucu kita nanti, ketahuilah oleh mereka mengapa Negara di ubah melalui jalanraya. 

INI BUKAN DALIL KOSONG TAPI INI AMARAN RAKYAT!!!


“ wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas “
                                            ( MOHD ZAIRI HS )