Tahniah Safuan
Azahari
Maka selesailah majlis
perkahwinannya. ‘’ tak kan nak tunggu pengantin masuk bilik plak
baru kau nak balik ‘’. Usik teman-teman. Hari ini aku bersama
teman-teman pergi mengunjung ke majlis perkahwinan sahabat baik yang
terletak di negeri selatan tanah air. Majlis ini sampai lewat petang.
Kami pulang berenam.
Dalam perjalanan pulang, kami sudah menjangkakan
jam berapa sampai ke ibu kota. Kami akan sampai dalam jam dua hingga
tiga pagi. Maknanya ibu kota ketika itu sedang di landa musibah. Ibu
kota ketika itu sedang di landa carca merba. Ibu kota sedang di landa
songsang alam.
Di benak fikiran
teman-teman aku yang lain, melepak di kedai mamak adalah tujuan asal
sebelum pulang ke rumah. Kami mengubah haluan, Rumah Merah di jadikan
pilihan.
Rumah merah
Untuk aku, ini kali
pertama aku pergi ke sana. Aku percaya Wakil Rakyat – Tok Lebai –
Golongan Agama Tersohor – Mat Skema tidak mungkin pernah sampai ke
kota ini iaitu kota lendir. Kota ini merupakan kota untuk si jalang
mencari sesuap nasi. Kota ini merupakan tempat si saudagar lendir
mencari rezeki. Kota ini juga untuk mat-mat hidung belang mencari
berahi.
kami sampai awal. Yang
turun dari kereta hanya aku dan dua sahabat lain. Tiga lagi sahabat
aku katanya mahu tunggu di kereta sahaja. Mungkin mereka ini penat –
atau mungkin mereka menjaga maksiat mata kerana yang bakal kami pergi
ini adalah kota lendir bukan kota Madinah tempat suci. Kami bertiga
melangkah laju. Bersahaja – berlagak seperti orang lama kami
lakokan.
Kawasan ini, suasananya
seperti perhimpunan belia. Bersepah tubuh-tubuh jantan sedang
berkeliaran.Tidak kurang juga penjaja-penjaja makanan sedang sibuk
memperagakan juadah. Dari bebola ikan sehingga roti canai mamak ada
di sini. Pegawai-pegawai beruniform yang mengawal jenayah juga
kelihatan. Ada yang sedang meronda. Ada juga sedang membaham nasi
lemak di kedai mamak yang berada di bawah Rumah Merah tersebut.
Kawasan ini jika di lihat dari mata kasar seperti kawasan-kawasan
lain. Deretan rumah-rumah kedai memenuhi ruang alam.
Aku bersama dua sahabat
sampai ke pintu masuk pertama. Sinaran samar lampu merah memenuhi
ruang pintu masuk hingga ke dalam. Untuk pengetahuan pembaca, rumah
merah ini bukan hanya satu tetapi ia lebih dari sepuluh. Setiap
kedai, tangganya pasti merupakan pintu masuk ke rumah merah. Maknanya
deretan rumah kedai di sini, tingkat atasnya adalah rumah jalang
mencari rezeki.
Tiga pasang kaki berlainan
tuan melangkah masuk. Sebelum masuk, aku di sapa oleh satu sosok
kepunyaan mata sepet. ‘’ Mai-mai masuk melayu ada, chinese ada
‘’. Aku Cuma lemparkan senyuman. Di dalam hati, ludahan kata
kesat aku lemparkan kepada sosok ini.
Untuk sampai ke dalam, aku
terpaksa menyusuri puluhan anak tangga. Dari satu anak tangga
sehinggalah ke anak tangga yang terakhir. Di sepanjang menyusuri
tangga tersebut, aku bergesaran dengan bahu-bahu jantan yang lain.
Keadaannya tidak ubah seperti Pasar Malam di waktu sedang menyenja.
Sesak – padat – laris dengan sosok. Itulah gambaran yang dapat
aku terjemahkan di sini.
Keterpaksaan mencari
jawapan
Akhirnya aku sampai ke
atas. Sinaran lampu merah juga memenuhi ruang. Di dalamnya mempunyai
berpuluh bilik. Di setiap bilik tersebut ada sosok manis yang taat
berdiri. Ada juga bilik yang pintunya tertutup. Mungkin di dalamnya
sosok mat hidung belang tengah bermadu dengan jalang.
Sosok-sosok manis
melemparkan senyuman kepada kami bertiga. Tidak kurang ada di antara
mereka yang cuba menarik tangan kami dengan belaian manja. Demi Mu
Tuhan, Allah pemilik alam ini, hati aku ketika itu cukup gundah
gulana. Kerisauan dan rasa berdosa bermain di segenap ruang jiwa aku.
mungkin ini secebis iman yang masih ada untuk aku sehingga aku berasa
sedemikian.
Niat untuk aku ke sini aku kuatkan dengan berkiblatkan
‘Dia’ Allah mengetahui apa yang aku lakukan. Aku pergi sehingga
ke bilik yang terakhir dan sosok-sosok manis kami tinggalkan.
Sosok Dan Air Mata
Dalam perjalanan pulang,
hati aku - jiwa aku menangis teresak-esak kerana di sebalik
sosok-sosok manis itu ada sosok yang seagama dengan aku.
Dari sosok manis yang aku
lihat tadi, aku terfikir adakah sosok ini layak untuk aku mengelarnya
jalang. Mungkin mereka di hambat dengan mainan alam sehingga
terhumban sosok ini ke neraka dunia. Aku juga hairan, tuan pegawai
yang berkeliaran di kawasan ini seolah-seolah tidak menyedari adanya
sosok-sosok manis yang sedang terpenjara di bilik lendir. Berapa
agaknya saudagar lendir membayar mereka, sehingga mereka buta tentang
kewujudan sosok manis di kawasan tersebut. Lalu aku hadiahkan gelaran
Pegawai Lendir untuk mereka.
Sekian..
- Untuk pencerahan, Kota Lendir Rumah Merah ini terletak di Kuala Lumpur. Lokasinya aku tak boleh bagitahu. Nanti ada plak yang pergi menjalang. hahahahahaha
‘’Penulisan itu
ada jiwa dan roh. Ia berdiri atas perasaan penulis dan bukan perasaan
orang lain’’ ( MOHD ZAIRI HS 2012)
‘’ Wujudnya
kritikan dan Pujian tanda penulisan itu bernafas ‘’ ( MOHD ZAIRI
HS 2012 )
No comments:
Post a Comment