Jam menunjukkan angka 3.09am. Aku masih belum mampu melelapkan
mata. Berfikir tentang kehidupan dan hari-hari yang bakal mendatang.
Hari-hari yang terpaksa aku tabah harungi. Mungkin itu yang aku
fikirkan. Maka aku terjemahkan di dalam penulisan. Dengan menulis
tanpa mengunakan tinta ini aku mengharapkan ia akan merungkai apa
sebenar yang aku fikirkan.
Kekurangan modal mungkin sebab musabab aku mencoret penulisan ini. Modal di sini bermaksud penulisan aku kali ini tiada panduan dan arah tujuan. Untuk aku, itu sahaja yang termampu aku lakukan di kala mata belum mampu tertutup untuk menjemput sinar pagi yang akan menjelma tidak lama lagi.
Ya, mungkin ada yang mengatakan waktu sebegini lebih enak kiranya membedah Al-Quran ataupun sujud menyembah Ya Rahman ya Rahim. Untuk itu, Terima kasih aku hadiahkan kepada yang mengatakan sedemikian.
Kenali Aku yang sebenar
Dalam masa sesingkat ini sementara
menunggu subuh, aku ingin mencoretkan kepada sahabat budiman tentang
aku –kincirtua -. Rasanya lebih elok mengenali siapa aku sebelum
aku memandu ke hadapan di dalam dunia penulisan .
Nama aku Mohd Zairi Hj Shafa’ai. Dahulu ( bukan tahun 60an ) nama aku Mohd Hairi tetapi di sebabkan semasa aku bersama ibu aku mendaftar nama aku di pejabat pendaftaran, pegawai yang mendaftarkan nama aku tersalah dengar. Peristiwa yang menghayat hati ini berlaku selepas Kad Pengenalan aku hilang. Lalu di tulis oleh pegawai tersebut Zairi. Maka di sebabkan kecekapan pegawai pendaftar tersebut menjalan tugas, sehingga ke saat ini- sehingga ke nafas ini nama aku adalah Mohd Zairi. Maksud nama aku, tidak pula di ketahui. Berpuluh buku telah aku cari, namun maksud nama tersebut tidak aku temui.
Aku adalah seorang anak muda yang berasal dari Negeri Mat kilau Pahlawan Negara. aku berasal dari keluarga sederhana. Nama bapa aku Shafa’ai Mat Sudin. seorang rakyat bawahan. Ibu aku namanya Fatimah Ahmad seorang suri rumah dan peneman setia bapa aku. Aku di timang dengan panggilan manja sejak usia aku semasa kecil. Nama timangan itu untuk seluruh ahli keluarga aku adalah kerry. Ala-ala nama orang putih bukan.
Ketika ini, Usia aku masih muda jika di bandingkan dengan Tuan Pegawai Daerah yang sedang menunggu surat pencen. Usia aku sekarang sudah hampir ke penghujung 30an. Rakan-rakan sepermainan ketika aku di bangku sekolah sudah pun ada yang berkahwin, beranak dan khabarnya masih belum yang bercucu. Maknanya, jemputan untuk aku melangkah ke alam tersebut sudah hampir. Dengan siapa – orang mana – waktu kejadian hanya Ya Rabbi pemilik Alam yang tahu.
Alam kanak-kanak,
Cerita ini berkiblatkan kejadian yang hanya aku ingat. Cerita ini juga di kongsi bersama ahli keluarga untuk aku jadikan panduan.
Dari apa yang di ceritakan oleh kakak aku Anisah yang merupakan seorang pendidik , semasa aku kecil aku adalah seorang yang petah bercakap – banyak bercakap. Kakak aku anisah menceritakan ketika aku baru menerima keputusan SPM. ‘’ masa kecil banyak cakap, ingat bila besar bijak la..’’ lebih kurang begitulah. Aku pun sudah lupa. itu di antara kata-kata kakak aku Anisah yang di lohong ke telinga aku sewaktu itu. Aku Cuma mampu tersenyum seperti kerang busuk ketika itu. Ya benar aku mengakui aku bukan di kalangan kanak-kanak yang bijak dalam pelajaran.
Nombor angkanya berbelas merupakan nombor kesukaan aku untuk keputusan peperiksaan sewaktu aku di bangku sekolah. Aku pun tidak tahu bagaimana aku tercampak ke Universiti di pinggir Negeri Selangor. Selain itu, perkara yang penting bagi aku, aku adalah di antara adik beradik yang hatinya terlalu lembut seperti kain kapas. Berita ini juga kakak aku Anisah yang menceritakan. Mungkin orang yang rapat dengan aku, dapat merasai perkara tersebut.
Ketika usia aku seawal enam tahun, aku mempunyai musuh ketat. Musuh itu adalah abang aku sendiri. Abang aku usianya tujuh tahun lebih tua dari aku. Namanya Zainal Abidin juga seorang pendidik. Dengan usianya yang lebih tua dari aku, tidak pelik jika aku sering di buli dan tewas ketika bergaduh. Entah mengapa, aku dengan abang aku sering bertelagah. Persoalan itu sehingga ke hari ini aku tidak dapat menjawabnya. Tetapi dalam hubungan antara aku dan abang aku, aku banyak menyimpan kisah manis bersama beliau. Mungkin Cuma aku sahaja yang mengingati kisah manis tersebut. Kisah tersebut, sekiranya di izinkan maha pencipta Alam akan aku semai sebagai kenangan yang tidak mungkin aku padam.
Ya memang aku sering bergaduh dengan beliau. Tetapi ketika hubungan kami baik, abang aku selalu mengajak aku bermain gusti. kami akan meniru gaya pemain gusti di dalam Tb. Abang aku akan memukul aku olok-olok dan ketika aku menumbuknya, dia akan berlakon seolah-olah hug Hogan sedang menumbuknya. Ketika itu kegilaan pemain gusti aku adalah Rockers. Rockers adalah Dua Sahabat. Mungkin ada di kalangan pembaca yang masih mengingati nama tersebut. Sehingga ke saat ini aku mengingati nama pemain gusti tersebut. Ketika usia aku menjangkau 11 tahun, abang aku telah bertukar sekolah dan duduk di asrama. Mungkin di sebab kelakuannya yang terlalu baiknya sehingga menghambat ayah dan emak aku menghantarnya ke asrama. Jadi, aku bebas hidup di dalam rumah, tanpa ada musuh ketat aku.
Dunia Persekolahan,
Aku mendapat pendidik seperti anak-anak Malaysia yang lain. Maknanya aku bukan di kalangan pelajar yang tercicir di dalam pelajaran. Bermula di sekolah rendah berhampiran rumah aku sehingga tamat darjah enam. Selepas itu ayah aku menghantar aku bersekolah di pinggir Daerah Pahang. Sekolah ini sekolah Agama. Aku tinggal di asmara. Ketika itu, ia adalah Satu pengalaman baru untuk aku berjauhan dengan ayah dan emak tersayang. Dari hari pertama aku memasuki sekolah tersebut aku tidak pernah menangis kerana rindukan ayah dan emak aku. Di sini bukanlah bermaksud aku tidak sayang mereka. Itu adalah tanda aku ketika itu adalah anak lelaki yang cekal. Aku berani berkata begitu kerana aku bandingkan dengan rakan-rakan yang seusia aku ketika itu yang sering menangis di dalam selimut ketika malam menjelma. Jika perlu ,aku letak namanya.
Aku di sana sempat sehingga tingkatan dua. Mungkin jodoh aku bersama sekolah itu tidak lama. Masalah beberapa perkara telah memaksa aku meninggalkan sekolah tersebut. Jika aku kekal di sana mungkin aku sekarang adalah pemenang Program Realiti Imam muda yang pertama dan bergelar ustaz.
Seawal usia 15 tahun aku telah berpindah ke sekolah menengah biasa. Aku turut tinggal di asrama.Cabaran di sini cukup besar berbanding sekolah sebelumnya. Pelajar di sini meniti angka seribu orang. Untuk permulaan aku di masukkan ke kelas paling hujung maknanya kelas tercorot. Tetapi ada lagi yang kelas yang hujung dari aku. aku berjaya menghabiskan pengajian di sekolah ini sehingga SPM.
Sekolah ini bagi aku menyimpan seribu kenangan yang tidak mungkin aku lupakan. Kenangan manis dan pahit aku simpan sebagai kenangan yang berharga untuk aku. di sekolah ini, sahabat – teman - guru – kakitangan Sekolah telah melengkapkan tugasan aku sebagai pelakon di pentas alam yang bertuan. Banyak yang ingin aku kongsi dengan pembaca tentang kenangan aku di sekolah ini. mungkin masa telah menghalang untuk aku mengajak sahabat pembaca pergi merasai dunia aku ketika itu.
Cuma satu yang boleh aku sisipkan kisah kepada pembaca - jika di beri aku belajar di University Oxford sekalipun, aku tetap memilih sekolah ini sebagai kenangan termahal untuk aku simpan di dalam muzium abadi hidup aku. itulah gambaran yang mampu aku kongsi bersama pembaca ketika aku di sekolah tersebut.
Belajar hafazan Al-Quran adalah langkah aku seterusnya sesudah aku lunaskan menjawab peperiksaan SPM. Aku belajar di Negeri Tok Guru, negeri kelantan. Di sana Cuma aku belajar selama 4 bulan. Tempatnya hanya lima minit untuk ke selatan Thai. Ini Cuma permulaan untuk aku memperlajari ilmu Tuhan ketika menunggu keputusan SPM. Jadi sekiranya pembaca meminta aku menghafal surat Al-fatihah, inshaALLAH aku akan membaca dengan penuh keyakinan.
selepas aku mendapat keputusan SPM maka bermula penjelajahan aku sebagai seorang hamba. Tempat belajar begitu banyak aku pergi. Dari Selatan Thai bawa ke Kolej hingga ke pondok atap nipah di Negeri Kedah telah aku pergi menuntut. Liku-liku dalam mencari kehidupan yang lebih baik, aku harungi dengan tidak begitu tabah.
Bersambung...aku nak tidur 4.30am
No comments:
Post a Comment