Wednesday, 6 June 2012

SURAT WASIAT : HANYA JALANRAYA ( Oleh : Mohd Zairi HS )


 Seluruh rakyat Malaysia mengetahui hal ini. Kita akan menyambut pesta rakyat – pesta demokrasi iaitu pilihanraya ke 13. Ini adalah cabang Fundamental untuk sesebuah Negara yang mengamalkan sistem demokrasi bagi menyempurnakan rukun iman sistem tersebut .
Di Malaysia, rakyat semua bangsa yang empunya Negara ini telah memasuki kali yang ke 12 pilihanraya diadakan. Ia menyaksikan Barisan Nasional memenangi ke semua pilihanraya tersebut. Dahulunya Parti Perserikatan.

MENANTI PRU 13

Sahabat budiman,

Saya di antara jutaan rakyat Malaysia yang masih menunggu tentang pengumuman tarikh pilihanraya yang ke 13. Semua rakyat Malaysia yang empunya Negara ini masih terlopong berteka bin teki tentang tarikh tersebut. Ia akan diumumkan oleh Tuan Perdana Menteri. Mungkin esok – minggu hadapan – selepas raya ataupun awal tahun hadapan. Saya pun tidak mengetahuinya. Untuk itu saya yakin hanya Rosmah sahaja yang mengetahui tarikhnya.
  
Sahabat budiman,

Sebelum saya memulakan langkah berbicara, saya ingin mengatakan bahwa Surat ini ditulis bukan sekadar surat biasa dari surat sebelumnya. Surat ini ditulis untuk memberi amaran kepada si kaki kencing. Surat ini ditulis untuk memberi keyakinan kepada sahabat budiman tentang perubahan dan pencerahan suasana Real politik Negara kita yang hakiki. Surat ini juga untuk ditinggalkan kepada anak-anak dan cucu kita nanti. 

Bagi persediaan, untuk menjawab segala persoalan yang akan ditanya oleh anak-anak cucu kita nanti maka surat ini saya lunaskan. Surat ini untuk mereka bangsa bermaruah/bangsa merdeka.

Sahabat budiman,

Untuk makluman, saya baru hanya sekali mengundi. Usia saya masih mentah. Usia saya belum menjangkau 80 tahun. Usia saya masih setahun Betik. Namun, bagi saya itu bukan persoalan untuk saya terus memandulkan diri, diam membeku.

Setelah kita dan sahabat-sahabat terdahulu mengharungi pesta rakyat yang pertama dan kali ini masuk yang ke 13 - kita semua boleh lihat bagaimana si kumpulan poyo Melayu United Malay National Organisation meraikan pesta rakyat tersebut.
Ayat-ayat yang berteraburan masih belum tersusun telah menjelaskan perilaku kumpulan poyo ini dalam menghadapi arena sabungan politik. Maka saya susun semua ayat yang berteraburan itu untuk para sahabat budiman dan anak-anak cucu kita nanti mengetahui hal realiti. 

Ayuh saya kongsi dengan sahabat budiman dengan fakta ini. Sebelum saya pergi kehadapan, saya tinggalkan pencerahan untuk sahabat fahami. Hal ini penting untuk sahabat memahami makna sebenar surat saya.

Sahabat budiman,

Mengapa saya begitu berahi sehingga meleleh air liur basi untuk menunggu Pilihanraya ke 13? Maka saya lampirkan alasan. Sedar dengan hakikat bahawa ‘kita’ sedang berhadapan dengan malapetaka yang cukup besar. Ia pernah disebut berulang kali oleh kolumnis Negara Isham Rais dalam penulisannya.

 Siapa ‘kita’ itu. ‘kita’ itu adalah Tok Ayah, Aney, Achi, Abang cu, Pak Long, Mak Ngah, Pak Abu dan semua bangsa yang merasakan diri anak Malaysia. Malapetaka ini bahayanya melebihi serangan tsunami di Aceh. Malah Malapetaka ini bahayanya melebihi turunnya Ayah Pin dari takhta Kerajaan Langit. Cuma itu yang saya dapat gambarkan kepada sahabat budiman betapa dasyat dan besar malapetaka tersebut.

 Malapetaka itu adalah pada 31 Ogos 1957, British yang menjalang tanah Negara kepunyaan semua bangsa Malaysia telah menyerahkan kuasanya kepada budak suruhan mereka “ The Running Dog “iaitu United Malay National Organisation. Setelah kumpulan poyo melayu United Malay National Organisation ini menyambung kuasa tersebut maka bermula pembinaan empayar yang cukup besar sehingga ke hari ini. 

Empayar itu juga adalah malapetaka. Malapetaka empayar tersebut mudah dirasai oleh semua bangsa bermaruah sebagai contoh kenaikan harga tol - kenaikan harga minyak - peningkatan sara hidup - peningkatan harga gula - peningkatan harga ayam – kelahiran pemimpin-pemimpin macam Hampeh sehingga tidak boleh di tegur - kes jenayah - kes Rogol - Buang Anak - Rasuah dan curi selipar di masjid juga adalah malapetaka kesan daripada pembinaan empayar tersebut.

KUMPULAN POYO TIDAK AKAN UNDUR

Sahabat budiman,

Saya sering berkongsi pendapat dengan rakan-rakan ( Saudara Nasir Al-Dzokar dan Saudara Safuan ) tentang malapetaka tersebut. Untuk menghalau malapetaka ini kita tidak perlu menggunakan Khidmat tukang telek Feng Shui atau Bomoh marang kerapu kepundir marang sekeper. Untuk menghalau malapetaka ini juga kita tidak perlu menggunakan Bomoh yang digunakan oleh Bik Mama untuk kelihatan sentiasa bergetah dan untuk si Suaminya sentiasa menyembah. 

Untuk menghalau malapetaka ini kita mempunyai kaedah yang terbaik iaitu Pilihanraya (Pesta Rakyat). Kaedahnya ialah dengan memberi undi selain mereka kumpulan poyo Melayu United Malay National Organisation pada Pesta rakyat nanti.  

Sahabat budiman,

Dalam memasuki pusingan terakhir menghadapi pesta rakyat, kita dapat lihat bagaimana persediaan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin perjuang Rakyat ( Pakatan Rakyat ) dalam memastikan terhumbannya kumpulan poyo melayu United Malay National Organisation ke lubang najis sejarah.

 Pemahaman dan pertimbangan nilai dipahat dengan konkritnya oleh mereka untuk semua bangsa bermaruah. Ini adalah kerja murni. Ini adalah kerja jihad. Ini adalah kerja untuk memampuskan malapetaka – United Malay National Organisation. Ini juga adalah tanda bahawa Perjuangan Adil Rakyat Malaysia akan menang melalui Pesta Rakyat. (Perubahan)

Sahabat budiman,

Sebelum itu, kita harus Menyedari hakikat tentang  sejauh mana keberkesanan Pesta Rakyat  di negara kita. Kita juga harus menerima hakikat bahawa kumpulan poyo melayu United Malay National Organisation tidak akan melepaskan empayarnya yang dibina sudah sekian lamanya dengan mudah. Segala kemewahan telah dibina bersama. Menikmati kekayaan dari hasil jerih perit hasil titik peluh rakyat dilakukan sejak berpuluh tahun lamanya. Sahabat boleh lihat Rosmah tentang bukti kemewahan tersebut. Gemuk bukan?
Penipuan di dalam pilihanraya di rancang sejak sekian lama. Dizahirkan dengan menampakkan ia seperti kain Putih yang belum dicarik. Agen-agen untuk membantu kumpulan Poyo Melayu memperolehi kemenangan di Setiap Pilihanraya diwujudkan dengan mengunakan tektik Tipu + Canang = Menang.

Hujah ini saya sisipkan lagi dengan alasan kukuh dengan laungan Tuan Perdana Menteri ketika di perhimpunan agong Kumpulan Poyo melayu “ biar berkecai badan, Putrajaya kita pertahankan “- NAJIB RAZAK-.

Maknanya, mereka akan mentadbir sehingga tiupan sangkakala berbunyi. Ini adalah perkara sahih lagi menyahihkan.

‘’  Woi kau bukan Tuhan, macamlah kau tahu benda yang akan datang “.

 Mungkin ada yang mengatakan sedemikian. Tunggu, ayuh saya bawa sahabat budiman ke dunia yang nyata. Ini adalah hakikat sebenar yang berlaku. Hujah ini tidak akan berdiri tanpa fakta. 

Masih ingat dengan Kes Altantuya ? Kapal Selam ? Sukoi ? PERWAJA ? Mata Lebam Saudara Anwar  Ibrahim? cincin 24 Juta ? Rogol minah Cun Indonesia dan Rogol Budak Bawah Umur ? Ini adalah di antara kes yang membabitkan golongan elit Negara. Siapa Golongan elit Negara? Yang pasti golongan elit bukan Tok Anjang yang berada di Hulu Sg Rejang Sarawak. 

KETERPAKSAAN MENDESAK PERUBAHAN

Sahabat budiman,

Ayuh kita jenguk di luar jendela Negara kita. Mesir sebagai contoh. Hosni Mubarak memimpin Mesir lebih dari 30 tahun. Pesta Rakyat Di Mesir sama seperti Malaysia. Tok Lebai ditangkap – golongan pemikir kebebasan rakyat ditangkap – mahasiswa dan anak muda ditangkap – aktivis Rakyat ditangkap – golongan sosialis ditangkap. Dosanya adalah kerana menentang kepimpinan Hosni Mubarak. 

Hosni Mubarak
Fenomena tersebut sama seperti Malaysia. Persamaan antara Mesir dan Malaysia yang seperti Adik dengan Abang ini berakhir pada tahun 2011. Dirakamkan untuk dijadikan iktibar kepada seluruh pemimpin diktator dunia bahwa pada 2011, tercetusnya Revolusi  rakyat Mesir. Revolusi Mesir di zahirkan melalui perhimpunan besar-besaran di Dataran Tahrir.
 Mereka rakyat Mesir sudah Jelik dengan kepimpinan Hosni Mubarak. Mereka berhimpun kerana tidak mempercayai sistem Pilihanraya Mesir yang diatur untuk memenangkan Hosni Mubarak. Justeru itu jalan terakhir untuk mencampakkan Hosni Mubarak ke kandang pengadilan adalah menerusi turun ke jalanraya. Hasilnya, minggu lalu Hosni Mubarak di jatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan jenayah beliau lakukan. Menteri yang bertanggungjawab dalam menyuraikan perhimpunan di Dataran Tahrir sehingga menyebabkan kematian rakyat Mesir juga dikenakan hukuman. Ini adalah Natijah/hasil perhimpunan jalanraya.

Sahabat budiman,

Bagi saya, Mesir harus dijadikan contoh. Pilihanraya hanya papan iklan untuk menyatakan kewujudan Perjuangan rakyat. Jalanraya Medium Sebenar. Hanya dengan jalanraya sahaja yang mampu mengubah Negara dari dipimpin pemimpin-pemimpin hampeh. Bila, di mana semua di tangan anda.
Untuk persoalan anak-anak cucu kita nanti, ketahuilah oleh mereka mengapa Negara di ubah melalui jalanraya. 

INI BUKAN DALIL KOSONG TAPI INI AMARAN RAKYAT!!!


“ wujudnya kritikan dan pujian tanda penulisan itu bernafas “
                                            ( MOHD ZAIRI HS )

No comments:

Post a Comment