Sunday, 17 June 2012

BAB 1 : RADIKALISME GOLONGAN KIRI MELAYU – BAPAK DAN BONDA DALAM MEMERDEKAKAN MALAYA




Dunia hari ini kian hancur kerana munculnya cerita-cerita dan dakyah penipu. Ia tidak ubah seperti tanda-tanda kemunculan Dajal. Maka bukan tajuk dajal yang mahu saya pertontonkan kepada pembaca. Tidak ada bersangkut paut atau berkait kiut di antaranya.

Kesah ini dilakarkan untuk peninggalan anak cucu pewaris nusantara. Kesah ini merupakan kesah sebenar - suka duka perjuangan golongan kiri melayu dalam memerdekakan Malaya. Kesah ini juga di lakarkan bertujuan menyangkal segala dakwaan-dakwaan songsang yang tidak pernah jemu menfitnah kelompok golongan ini dalam memerdekakan Malaya.

Wujudnya golongan kiri melayu yang begitu radikal semenjak era memerdekaan Malaya adalah satu sejarah yang tidak mungkin umat nusantara padamkan. Maknanya ia tidak boleh di bohong. Ini adalah penanda aras sebenar sejarah Malaya dalam mengecapi kemerdekaan.

Maka hari ini saya akan membawa pembaca mengenali dan memahami tentang pengorbanan golongan kiri melayu dalam memerdekakan Malaya. Tajuk ini bagi saya fikir cukup sesuai di kala rakyat masih menunggu pengumuman tarikh pilihanraya. Ia bertujuan membongkar siapa sebenar Kumpulan poyo Melayu United Malay National Organisation.
SUMBER PENCETUS KEBANGKITAN RAKYAT

Ketika di awal tahun 20an, umat di tanah melayu kecelikan mereka terhadap politik adalah cukup kritikal. Maknanya mereka buta politik. Cerita ini dirujuk dari buku-buku yang sudah saya telanjangkan.

Sebagai contoh buku pendeta Za’aba. Di dalam buku ini Za’aba telah mengkritik golongan melayu ketika itu yang tidak cerdik dan tidak mahu untuk berpolitik sehingga Si penjajah inggeris berada di dalam keadaan selesa menjarah harta kekayaan Negara. Bagi penulis Za’aba, ilmu dan kesedaran politik itu penting. Maknanya umat yang mempunyai ilmu dan kesedaran untuk berpolitik yang baik ketika itu akan menyebabkan penjajah inggeris menjadi pening-pening lalat ketakutan. Saya menyokong kenyataan penulisan Zaaba.

Maka saya lampirkan kenyataan ini dengan fakta politik. Politik itu adalah untuk mendapatkan kuasa. Kuasa adalah untuk ekonomi dan ekonomi adalah untuk pembahagian kelas. Justeru itu ternyata dan benar sekali bahawa politik itu cukup penting bagi umat yang berotak.

Kebangkitan Gerakan Nasionalisme rakyat di Indonesia merupakan salasilah bermulanya kebangkitan di tanah Malaya. Nama Sneevliet adalah pembawa ideologi komunisme dari Nederland dan disebarkan di Indonesia ketika itu. Sewaktu itu presiden pertama Indonesia Bapak Sukarno menjadi pemimpin gerakan. Kejayaan Indonesia menghalau penjajah Belanda dari tanah Indonesia telah menguatkan lagi golongan sedar di tanah Malaya dengan menyahut cabaran yang sama menghalau si penjajah Inggeris.

Selain itu, pendokong golongan agama iaitu kaum muda yang mendapat pendidikan dari Sheikh Muhammad Abduh dari timur tengah juga turut menjadi penyumbang kepada kebangkitan perjuangan rakyat di tanah Malaya menghalau penjajah inggeris. Majalah Al Iman di jadikan sebagai alat penyalur idealogi modenisme Islami. Golongan pemikir yang mendapat pendidikan Inggeris dari institut pendidikan Sultan Idris ( SITC ) juga merupakan penyumbang kepada kesedaran gerakan memerdekaan Malaya. ( boleh rujuk buku STPM Kesusasteraan Melayu )

Memandangkan rakyat Malaysia suka membaca artikel yang panjang-panjang maka saya akan sambung pada sesi berikutnya. Ikuti sambungannya …

Bersambung…..

No comments:

Post a Comment