Sebelum saya memulakan langkah. Saya ingin menyatakan sebab musabab tulisan ini dilaksanakan. Ia bertujuan untuk meraikan rakan-rakan di dalam perjuangan Mahasiswa di Universiti Selangor. Maknanya bukan mahu mengangkat nama mana-mana individu. Ya, mungkin saya bukan orang yang paling layak untuk mencoret warkah ini - niat tulisan ini dilaksanakan tidak lebih dari untuk menghargai mereka yang berjuang siang - malam tanpa jemu dan paksaan. Maka tulisan ini saya laksanakan. Ia sekadar sumbangan kecil dari saya untuk mereka.
Permulaan Gerakan
Sekitar tahun 1974, golongan Pelajar ketika itu boleh berbangga dengan pergerakan Mahasiswa yang menjadi penyambung hayat di antara rakyat dan kaum pemerintah. sebagai contoh, kebangkitan Mahasiswa membela kemiskinan rakyat Baling. kemiskinan yang melanda rakyat di Baling Kedah telah mengheret golongan pelajar yang bergelar Mahasiswa bangun membantu menuntut hak. Antara aktivis pelajar yang memimpin gerakan ketika itu adalah Anwar Ibrahim, Hishamuddin Rais dan rakan-rakan yang lain. ia memjadi inspirasi dan kenangan yang tidak mungkin untuk rakyat Malaysia lupakan terutamanya golongan Pelajar( Mahasiswa ).
Di Universiti Selangor ( UNISEL ) kewujudan pergerakan Mahasiswa tidak kurang hebatnya. Berpunca daripada kelewatan pihak pengurusan dan golongan pentadbiran Universiti membayar Pinjaman PTPTN, menyebabkan Ratusan pelajar bangun melawan. ketika ini saya di antara celahan ratusan pelajar tersebut. bagi saya yang memimpin gerakan ketika itu adalah semua pelajar Universiti Selangor yang sedar. Bermula dengan ucapan kecil di perkarangan Rod Tunda Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial yang sekarang telah bertukar menjadi Fakulti Bioteknologi .ia di lakukan oleh pemimpin pelajar seperti Saudara Nasir Presiden Persatuan Islam, Saudara Shahimi Ariffin Bekas Ketua Umum Aksi, Saudara Farel segmentasi Mahasiswa SAMM, Saudara Sabril Shafiq Exco Bina Insan dan Saya sendiri. Slogan dan kain rentang yang tertulis perkataan di antaranya " mahasiswa kelaparan " " lunaskan Segara PTPTN " " ini permulaan gerakan Mahasiswa " menghiasi perhimpunan ketika itu - sehinggalah ke perarakan besar-besaran menuju ke pejabat pentadbiran Universiti.
Bibit-bibit peristiwa ini telah menguatkan seluruh pelajar yang prihatin kepada nasib perjuangan Mahasiswa dengan mewujudkan satu gerakan yang lebih konkrit.justeru itu lahirlah gerakan Revolusi Mahasiswa
No comments:
Post a Comment